"Aish! Sakit pula kepala ni." Rungut Hara sendirian sambil memicit kepalanya yang sedang sakit.
Hara meletakkan penyapu ke tempat asalnya. Lalu dengan langkah yang bersahaja, dia naik ke tingkat atas untuk mencari Panadol bagi menghilangkan sakit kepalanya.
Sebaik sahaja Hara sampai ke biliknya, serta-merta Panadol dicarinya.
"Aish! Mana pula Panadol yang iklan ada kepala botak tu?" Gumam Hara sambil sibuk mencari Panadol.
"Tak ada. Nampaknya aku kena pergi beli lah ni. Aish menyusahkan betul." Leter Hara seorang diri.
Hara mencapai kunci keretanya lalu turun ke bawah untuk menutup segala pintu yang terbuka, terkangkang luas.
"Eh jap. Silap. Aku mana ada kereta. Kereta mainan yang daddy belikan tahun lepas ada la." Kata Hara. Matanya mengerling sekilas kereta mainan yang dibeli oleh daddynya semasa sambutan hari lahirnya pada tahun lepas.
"Eyy daddy ni, kalau sayang aku pun janganlah sampai bagi kereta mainan. Agak-agaklah nak pergi kedai, guna jalan raya besar. Naik kereta mainan tu. Dehek." Bebel Hara. Memalukan betul.
Nak tak nak Hara terpaksa naik motor kapcai dia yang sudah lama tersadai. Hara mencapai helmet berbentuk kelapa lalu dipakainya.
Enjin dihidupkan.
Proot prooooot prooootttt~
Hara mengetap bibirnya tatkala motornya secara tiba-tiba mampus tanpa sempat mengucap. Astaghfirullah.
"Bodoh." Hara menyepak motor itu.
Hara mencampak kunci motor itu ke dalam kandang harimau peliharaanya. Lalu Hara terus keluar dari perkarangan rumahnya dengan berjalan kaki.
"Bodohlah kau Min Hara. Grab car ada, apa guna?" Hara menepuk dahinya. Kuat.
Telefon pintar yang berjenama iPhone M itu secara automatik dibuka apabila Hara membuat muka seperti hidung babi ke arah kamera iPhone tersebut.
Aplikasi Grab dibuka oleh Hara. Tanggannya laju menari di atas papan kekunci untuk menaip alamat.
Beberapa saat kemudian, Grab yang ditempah oleh Hara tadi sudahpun sampai.
"Ini amoi single lagi ka?" Tanya apek cina yang dah berusia sebaik sahaja Hara masuk ke dalam keretanya.
"Ehh tak la uncle. Saya dah ada album." Jawab Hara berloyar buruk.
"Amoi mau ka couple sama saya? Saya masih handsome lagi ma." Seloroh pakcik cina tu. Sesekali matanya memandang cermin untuk melihat Hara.
"Eh. Pakcik jangan nak mengatal dengan saya ea. Kang saya panggil daddy saya kang." Bidas Hara. Sampai terkeluar air liur dia.
"Amboi garangnya kamu. Kalau kamu panggil daddy kamu tu, apa yang daddy kamu boleh buat? Mau lawan sama saya ka? Saya masih kuat oo." Pakcik cina itu memuji dirinya sendiri.
"Perahsantan bhaii." Hara menggulingkan anak matanya ke atas.
"Haa jawablah. Apa yang daddy kamu boleh buat?" Pakcik cina itu tersenyum sinis.
"Daddy saya akan buat double middle finger up kat pakcik." Balas Hara sambil membuat double middle finger up ke arah pakcik cina itu lalu turun dari kereta itu apabila sudah sampai ke destinasinya. Tanpa membayar .
Pakcik cina itu terkejut terkentut tercirit. Dia terus menekan pedal minyak untuk pulang ke rumahnya kerana tak tahan nak terberak.
"Bodoh betul pakcik tu tadi." Laju saja langkah Hara memasuki pasar raya Jibooty. Pintu masuk pasar raya itu penuh dihiasi dengan buah peach.
Troli dicapai oleh Hara. Bahagian makanan ringan ditujunya. Semua jenis makanan ringan yang terdapat di rak itu semua Hara ambil dan campak ke dalam troli tanpa melihat harga.
"Okay done. Aku nak Panadol." Ujar Hara. Kaunter pembayaran ditujunya.
"Bagi saya panadol." Pinta Hara.
Tapi ada suara lain lagi yang pinta panadol itu. Suara lelaki. Tapi Hara tak tau dari celah mana suara lelaki itu datang.
"Maafkan saya. Panadol hanya tinggal satu sahaja. Memandangkan sekarang sudah jam 12 malam." Kata penjaga kaunter tersebut.
"Aa.. bagi saya satu. Nah duit." Kata lelaki yang Hara tak nampak pun orangnya. Hanya nampak tanggannya saja yang memegang panadol itu.
"Kejap. Bagi aku." Hara merampas panadol dari lelaki itu.
"Ehh bagilah! Aku dah bayar." Lelaki itu merampas kembali panadol dari tangan Hara.
Hara mendengus geram lalu troli yang mengunung dengan makanan ringan itu ditolak ke tepi. Memanglah tak nampak lelaki tu, kalau troli dah mengunung.
"Hoseok?"
"Hara?"
Soal mereka serentak.
"Argh kesah. Bagi panadol tu." Kata Hara lalu cuba merampas panadol tersebut dari tangan Hoseok. Tapi cepat-cepat Hoseok menyorokkan panadol itu ke dalam poket seluarnya.
"Sorry not sorry. It's mine." Hoseok tersenyum kegembiraan.
Hara menjeling Hoseok. Penjaga kaunter tu pula terkebil-kebil menonton drama berbayar 10 hengget sorang.
"Dah kira semua ni." Arah Hara kepada penjaga kaunter itu.
"Ehh Hara, Hoseok?"
"Ehh daddy?" Terkejut Hara apabila bapanya turut di pasar raya itu.
"Ehh Hoseok pun ada?" Min Yoongi tersenyum.
"Aaa~ hyung. Hi." Hoseok tersengih.
"Hara beli apa sayang?" Soal kapten Min Yoongi.
"Ni. Hee~" Hara tersengih sampai matanya pun tak nampak. Sepet sangat matanya pun.
"Banyaknya anak daddy beli?" Yoongi tersenyum seraya mengeleng melihat anak perempuannya.
"A'ah buat stok la daddy. Daddy bukannya selalu balik rumah." Jawab Hara.
"Ye la." Yoongi mengusap lembut rambut Hara sambil mengangguk.
"Hoseok, kau beli barang dapur ke?" Soal Yoongi.
"Err tak. Panadol." Balas Hoseok janggal.
"Daddy~ nak panadol juga. Hara pening kepala." Bibir Hara mencebik.
"Bagi saya pana-"
"Saya dah jual kepada lelaki ni." Ujar penjaga kaunter itu.
"Maaf hyung. Aku dah beli terlebih dahulu." Kata Hoseok. Panadol yang baru dibelinya ditunjukkan kepada Yoongi.
PANADOL .
YOU ARE READING
[OG] Panadol + JHS
Fanfiction"Bagilah Panadol tu!" -Hara "Aku yang sentuh Panadol ni dulu. Bermakna Panadol ni milik aku!" -Hoseok Dia sekeping manusia. Dia comel tapi WEIRD . "You're my happy pills." Stastus; On-going ( Slow update )