"Eh Jimin bukan tadi kau dengan Taehyung baru habis karaoke ke?" Soal Yoon Jisung yang menjaga kaunter di pusat karaoke itu.
"Tadi aku datang dengan Tae je ann? Tapi sekarang aku datang dengan hyung aku dengan crush aku." Balas Jimin sambil tersengih.
"So bilik untuk 8 orang?" Soal Jisung setelah melihat Namjoon, Seokjin, Yoongi, Hoseok, Taehyung, Jungkook dan Hara berjalan ke arahnya dan Jimin.
"Nae!" Jimin mengangguk.
"Cie crush konon." Kata Jihoon.
"Laa pehal jeles?" Soal Jimin sambil menjongketkan keningnya banyak kali.
"Buat apa aku jeles. Haa nak minum apa?" Jisung tersenyum.
"Cola. Dah la aku gerak dulu." Balas Jimin lalu menuju ke bilik yang disediakan.
"Yela have fun." Balas Jisung.
Lelaki comel bernama Park Jimin itu menghampiri ahli BTS yang lain dan Hara yang sedang menunggu di tempat menunggu.
"Jom." Ajak Jimin.
"Kau ambik berapa jam?" Soal Namjoon.
"2 jam. Jisung hyung kata tak payah bayar. Dia belanja." Kata Jimin.
"Baiknya lahai anak Yoon sorang tu." Gumam Seokjin.
"Hah, siapa sampai bilik dulu dia dapat nyanyi dulu." Ujar Taehyung.
Maka yang lain semua berlari menuju ke bilik karaoke kecuali Yoongi, Hara dan Jungkook. Hara sedikit terkejut. Macam budak-budak betul. Nasib baik Jungkook ni tak macam tu. U wrong Min Hara...
"Ehh Jungkook pahal tak join lari sekali dengan dorang tu?" Soal Yoongi.
"Hah yang hyung tak join kenapa?" Soal Jungkook.
Ehh budak Jungkook ni orang tanya dia, dia tanya orang pulak. Geget kang!
"Aku, malas." Semudah itu Yoongi memberi jawapan.
"Aku pun malas." Ujar Jungkook. Serta-merta Yoongi menoleh untuk memandang Jungkook di sebelahnya.
"Mwo?" Tanya Jungkook.
"Tak ada apa. Kau pelik hari ni." Gumam Yoongi.
"Mana ada aku pelik." Jungkook menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.
"Whateverlah." Balas Yoongi lalu menolak daun pintu bilik karaoke itu.
Hah, Namjoon dapat nyanyi dulu. Laju pulak dia berlari.
Yoongi mengambil tempat di sebelah Jimin. Hara pula mengambil tempat di sebelah Yoongi. Jungkook pula di sebelah Taehyung yang sedang focus mencari lagu untuk dinyanyi olehnya selepas Namjoon.
"You’re my tear
You’re my you’re my tear
You’re my tear
You’re my you’re my tear
You’re my tear
You’re my you’re my tear
What more can I say?
You’re my tear"Seusai sahaja Namjoon selesai menyanyi, Taehyung pula menyanyi manakala Jungkook sedang memilih lagu.
"Hara tak nak nyanyi ke?" Yoongi berbisik di telinga Hara kerana muzik yang kuat.
"Malu la daddy." Balas Hara.
"Laa bila masa princess daddy ni malu-malu ni?" Soal Yoongi.
"Alaa Hara kenal Seokjin oppa, Hoseok dengan Jimin je. Yang lain tak kenal lagi Namjoon oppa pun baru je kenal." Jawab Hara panjang lebar.
"Hara nyanyi buat dunno je. Dorang okay je la. Pergi cepat pilih lagu." Arah Yoongi.
"Iyolahhh." Balas Hara lalu dia ke arah tempat memilih lagu.
YOU ARE READING
[OG] Panadol + JHS
Fanfiction"Bagilah Panadol tu!" -Hara "Aku yang sentuh Panadol ni dulu. Bermakna Panadol ni milik aku!" -Hoseok Dia sekeping manusia. Dia comel tapi WEIRD . "You're my happy pills." Stastus; On-going ( Slow update )