"Min Hara!" Laung Yoongi dari arah dapur. Apron bercorak Kumamon dibuka lalu disangkut di tempat yang sudah disediakan khas.
"Ye daddy, Hara is coming coming!" Hara yang baru saja siap bergegas turun menuju ke dapur di mana daddy kesayangannya memanggil.
"Princess daddy dah siap?" Soal Yoongi. Tangan putih mulus miliknya sibuk mencedok nasi goreng ke dalam pinggan hidang.
"Baru je siap ni haa." Hara tersenyum manis ke arah Yoongi. Tanggannya dihulur kepada Yoongi untuk menyambut pinggan yang penuh dengan nasi goreng yang baru sahaja Yoongi selesai memasaknya. Yoongi menghulurkan pinggan itu lalu mengarahkan Hara meletakkannya di atas meja makan.
"Hara makanlah dulu. Daddy nak mandi kejap." Kata Yoongi seraya mengusap lembut rambut anak gadisnya itu.
"Hara nak makan sekali dengan daddy. Hara bagi Burley makan dulu lah." Balas Hara.
"Daging Burley daddy dah sediakan kat sebelah singki tu." Ujar Yoongi.
"Eo? Gomawo daddy." Hara tersenyum manis. Yoongi menganggukkan kepalanya lantas beredar masuk ke biliknya untuk membersihkan diri.
Langkah gadis bernama Hara itu mula mengorak ke dapur. Singki dituju oleh gadis itu. Bekas yang berisi daging untuk harimaunya yang sudah disediakan oleh sang ayah diambil lalu dibawa keluar. Sangkar harimaunya, Burley dituju.
"Burley ku sayang, meh makan meh. Mama bawa daging fresh daboom lagi aww." Ujar Hara. Bekas yang berisi daging ditayang di depan sangkar si harimau.
Sangkar Burley dibuka oleh gadis comel itu. Maka, Burley pun secara perlahan-lahan keluar dari sangkarnya apabila dia sudah dapat bau daging segar.
"Semekom Hara- arghhh!" Jung Hoseok yang baru sahaja sampai di depan rumah keluarga Min terus berlari pergi sebaik sahaja lelaki itu melihat Burley.
"Eo? Dengar macam suara Hoseok tadi?" Hara mengerdipkan matanya berkali-kali sebelum dia mengorak langkah ke pagar rumahnya yang sudah dibuka.
Dia melihat Hoseok elok bercangkung di bawah peti surah rumah keluarga Min. Badannya menggigil teruk. Dah kenapa lelaki bernama Jung Hoseok ni? Dahi muda Hara berkerut seribu tatkala dia melihat Hoseok. Hara mendekati Hoseok.
"Hoseok, kau buat apa kat sini?" Soal Hara.
"W-weyy Hara. Ada h-h-harimau dalam rumah kau." Kata Hoseok dengan tergagap-gagap.
"Tu Burley la. Harimau aku." Kata Min Hara.
"Kau bela dia ke?" Soal Hoseok. Matanya mengerling sekilas ke arah Burley yang sedang sedao melahap daging segar.
"Iyolah. Takkan aku nak makan dia pula kot." Tutur Hara. Apa punya soalanlah budak Hoseok ni tanya.
"Haa, kau pehal pagi-pagi dah datang rumah aku?" Soal Hara. Keningnya dijongketkan banyak kali.
"Yoongi hyung, ajak aku datang sini." Kata Hoseok dengan muka polos.
"Eo? Daddy aku yang ajak kau? Tapi kitorang nak keluar ngedate ni." Kata Hara.
"Eh Hoseok dah sampai pun kau." Ujar Yoongi sambil melangkah keluar dari rumahnya menuju ke halaman rumah.
"Taklah hyung, aku baru je nak balik ni haa." Hoseok berloyar buruk sambil mengulingkan biji matanya ke atas.
"Kau tak payah nak berloyar buruk dengan aku. Aku bagi Burley ngap kau kang sia-sia je hidup." Balas Yoongi. Matanya dikerling sekilas melihat Burley untuk menakutkan lelaki yang bernama Jung Hoseok itu.
"Bagi je Burley ngap dia ni daddy." Seloroh Hara menyokong si ayah.
"Alaaa, aku melawak je pun." Hoseok mencebik. Korang ni suka ambik serius. Tak main la cam ni hiks-
YOU ARE READING
[OG] Panadol + JHS
Fanfiction"Bagilah Panadol tu!" -Hara "Aku yang sentuh Panadol ni dulu. Bermakna Panadol ni milik aku!" -Hoseok Dia sekeping manusia. Dia comel tapi WEIRD . "You're my happy pills." Stastus; On-going ( Slow update )