Bab 7: Putus Semangat

2.8K 150 0
                                    

7

"KITA ni orang susah bang! Mana mampu nak menjaga anak si Zaki tu! Anak kita sendiri pun ada enam orang! Saya cakap awal-awal yang saya tak nak jaga dia bang!" Rokiah memberitahu suaminya sambil mencekak pinggang. Dia bukannya tidak suka pada Raffi, tetapi dia tidak mahu Raffi menjadi beban kepada keluarganya.

Zarul mengangguk laju. "Iye, abang tahu tu! Tapi, si Raffi tu mana ada saudara lain dah. Kita ni je lah yang tinggal! Abang dengan arwah si Zaki tu kan dua beradik je? Awak ni.." Zarul sendiri buntu sama ada hendak menjaga Raffi ataupun tidak.

Rokiah menggeleng laju. "Abang cuba fikir? Duit gaji abang nak bagi makan anak-anak abang ni pun tak cukup. Lepas tu nak ambil si Raffi tu? Lagilah tak cukup! Makan nasi kosong dengan ikan masin ajelah anak-anak kita ni nanti!" Dia menyuap nasi ke dalam mulut Aqid yang baru sahaja masuk umur tiga tahun.

Zarul menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia baru teringat akan perbualannya bersama dengan peguam keluarga arwah abangnya tadi. Zarul tersenyum lebar. "Hah, abang baru teringat ni!"

Rokiah mengangkat keningnya. "Apa dia?"

"Pagi tadi abang ada bersembang dengan peguam keluarga arwah si Zaki tu. Katanya, si Zaki tu ada tinggalkan harta untuk anak dia. Duit pampasan insurans dia pun dapat dekat si Raffi tu. Kalau kita jaga Raffi, mungkin kita akan dapat sikit daripada duit yang arwah tinggalkan untuk Raffi. Awak tak rasa macam tu?" Zarul mula memasang idea membuatkan Rokiah setuju dengan cadangannya.

RAFFI mengeluh perlahan lalu bangun daripada duduknya. Dia melipat sejadah yang digunakan lalu diletakkan semula ke tempat yang sepatutnya. Kemeja lengan panjang berwarna biru muda yang dia sangkutkan di hadapan almari ditariknya. Tubuh yang hanya berbajukan singlet pagoda tadi kini sudah dipakaikan kemeja. Raffi melangkahkan kakinya ke ruang dapur untuk bersarapan.

Sambil membaca berita di telefon bimbit, dia menarik secangkir kopi panas yang dia buat tadi lalu disuakan ke bibir. Kopi panas itu ditiup dahulu sebelum dihirup. Riak wajah Raffi tenang sahaja saat membaca berita di telefon bimbitnya itu. Setelah menjamah dua keping roti bersama mentega, dia mengerling ke arah jam tangan dan terus bergerak ke tempat kerjanya.

NADHRAH berjalan keluar dari bilik perbicaraannya dengan perasaan marah. Untuk kali pertama dalam hidupnya, dia kalah kepada pihak pendakwa dan tidak dapat mempertahankan hak kliennya. Sebelum ini, Nadhrah tidak pernah kalah dengan mana-mana pendakwa. Dia cuma akan mengaku bersalah jika dia benar-benar yakin bahawa kliennya melakukan jenayah itu. Tetapi kali ini tidak. Nadhrah bengang kerana kliennya terpaksa membayar wang pampasan kepada pihak yang mendakwa. Nasib baik duit, kalau kena hukuman penjara tak ke naya? Nadhrah masih ingat kata-kata profesornya sewaktu di universiti dahulu.

Biarlah sepuluh orang yang bersalah terlepas, tetapi jangan sampai seseorang yang tidak bersalah dipenjarakan. Kata-kata itu sering menghantuinya setiap kali ada perbicaraan. Nadhrah melangkah masuk ke dalam pejabatnya dengan langkah yang berat. Kedengaran bunyi hentakan kasut tumit tingginya itu menghiasi setiap pelosok ruang pejabat itu. Aiman arif benar dengan perangai gadis itu.

"Kalah ke, Nad?" Dia menanya Nadhrah dengan riak wajah prihatin. Pen hitam yang dia pegang tadi diletakkan ke atas meja. Aiman tenung wajah gadis itu dari jauh.

Nadhrah mengeluh perlahan. Dia berjalan ke arah ruang kerjanya kemudian melabuhkan punggungnya ke atas kerusi. "Lagi nak tanya?" Dia meraup wajahnya beberapa kali sebelum meletakkan kepalanya ke atas meja. Lama dia begitu.

Aiman menggeleng perlahan. "Adatlah tu, Nad. Takkan selama-lamanya kau nak menang?" Dia menyusun fail-fail yang bersepah di atas mejanya kemudian menarik botol air mineral yang dia letakkan di hujung meja. Penutup botol air mineral itu dipusingkan dengan lembut.

Prima Facie [TERBIT] (Tajuk Lama: Mahkamah Cinta)Where stories live. Discover now