Bab 8: Nak Tolong

2.7K 144 1
                                    

8

RAFFI tersenyum sinis. "Saya tak rasa awak perlu tolong saya sebab kes ni dah jadi kes saya. Bukan lagi kes awak." Raffi lihat ada perubahan pada wajah gadis itu. Dia tidak berniat untuk menyinggung perasaan Nadhrah tetapi dia memang tidak suka diganggu apabila sedang sibuk membuat kerja. Kehadiran Nadhrah di situ sedikit mengganggu konsentrasi lelaki itu.

Nadhrah bingkas bangun daripada duduknya. Dia melibaskan rambutnya sedikit ke belakang sambil membuat muka tidak puas hati. "Kalau tak suka tengok aku menyibuk dekat sini, cakap ajelah tak suka." Dia bercadang untuk mengangkat kakinya dan beredar dari tempat itu. Nadhrah juga sudah tidak sanggup untuk menatap wajah lelaki sombong di sebelahnya itu. Ingat dia bagus sangat? Gadis itu menyumpah di dalam hati.

Raffi tergelak kecil. "You have to get rid of that attitude, you know?"

Walaupun baru masuk tiga hari dia bekerja di pejabat itu tetapi Raffi seperti sudah boleh meneka personaliti Nadhrah yang sebenarnya. Memang tidak dapat dinafikan yang Nadhrah seorang peguam yang hebat tetapi itu semua tidak berguna jika matlamatnya di dalam mahkamah hanyalah untuk menang semata-mata. Kata-kata Raffi tadi kedengaran seperti satu kenyataan dan juga satu persoalan buat diri Nadhrah. Dia masih lagi berdiri di sisi lelaki yang sedang sibuk mencari sesuatu di atas lokasi kejadian dengan tangannya dilipatkan ke dada.

"Apa awak cakap tadi?"

Raffi menoleh ke belakang lalu bingkas bangun. Dia meregangkan tangannya ke udara kemudian mencekak pinggangnya. "Berapa umur awak?" Satu senyuman sindiran terukir di bibir lelaki itu. Raffi sengaja menanya walaupun dia tahu yang ramai wanita tidak suka apabila lelaki menanya umur mereka.

Terasa seperti dirinya dihina, Nadhrah cuba mengawal perasaannya daripada cepat mengamuk. Dilihatnya keadaan sekeliling yang rata-ratanya sudah kosong. Kebanyakan pelajar-pelajar tingkatan satu sekolah itu sudah pun pulang ke rumah. "Much older than you. Why? Awak ada masalah untuk hormat senior awak?" Bengang Nadhrah dibuatnya apabila Raffi mempersoalkan usianya.

"Boleh tak awak jawab aje soalan saya tadi?" Raffi menanya sekali lagi dengan muka ketat.

Nadhrah mengangkat keningnya sebelah kemudian meleraikan tangan yang dilipatkan ke dada tadi. "Saya 29 tahun." Dia menjawab antara dengar dan tidak. Entah kenapa terbit rasa malu apabila seorang lelaki yang jauh lebih muda daripadanya menanya akan umurnya. Pipi Nadhrah mula merona merah.

Sekali lagi Raffi tergelak kecil. "Awak tak nampak macam 29 tahun." Selamba sahaja lelaki itu menjawab kemudian kembali meneliti lokasi kejadian jikalau ada bahan bukti yang tertinggal dan harus diberi perhatian.

Nadhrah menghela nafasnya perlahan. Dia nak kata yang aku ni nampak tua ke? Tak guna punya budak! "Aw.. awak sepatutnya panggil saya Cik Nadhrah! Ta.. tak pun panggil saya ka.. kakak. Apa-apa ajelah asalkan awak hormat saya!" Nadhrah kedengaran seperti anak kecil saat dia meminta Raffi supaya menghormatinya sebagai seorang senior.

Raffi hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Dia meneruskan pekerjaannya tanpa menghiraukan Nadhrah di belakang. 29 tahun tapi perangai macam budak-budak. Dia menggelengkan kepalanya perlahan.

"Saya dah periksa setiap inci kawasan ni. Memang tak ada bahan bukti lain yang tertinggal. Apa yang kita dapat dalam fail kes, itu semua bahan bukti yang pihak polis dah senaraikan." Nadhrah menerangkan dengan teliti saat melihat lelaki itu sudah merangkak masuk ke dalam semak. Kesian pula aku tengok dia ni.

Seminit kemudian, Raffi merangkak keluar dari semak yang dia masuk tadi dengan wajah kusut. Dia kembali berdiri tegak sambil menghadap Nadhrah yang sejak dari tadi asyik menunggunya. "Saya bukannya nak cari bahan bukti." Tangannya yang dikotori debu pasir itu ditepuk-tepuk supaya pasir itu jatuh.

Prima Facie [TERBIT] (Tajuk Lama: Mahkamah Cinta)Where stories live. Discover now