Memori semalam masih berlayar dikotak fikiran. Sampai sekarang aku masih tak percaya aku dapat keluar dengan Sejun, bukan Sejun seorang, dengan kawan-kawan dia sekali. Faham tak perasaan bila kau beli 1 air kotak milo tapi dapat free 5 air kotak milo bersamaan 6 air kotak milo? Tapi aku nak 1, dapat 5! Untung tak untung?
Sepanjang aku berjalan kesekolah aku cuma tersenyum. Walaupun Sejun ni jenis kurang ajar, aku tahu dia baik. Uwu
Tiba-tiba, aku dapat rasakan bahu aku macam ditolak dari belakang. Macam nangka busuk aku jatuh.
Satu je aku dapat perasan
Darah...
"alamak! Sorry, sakit ke? Mesti sakitkan? Sorrylah, sengaja tolak"
Aku kenal suara ni
Aku kenalllllll sangat.
Aku diam. Aku bangun dan teruskan berjalan.
Aku tak kisah apa yang dia nak cakap, tapi aku betul-betul mabuk sekarang.
Tangan aku mula sejuk, bibir aku terketar-ketar.
Ya, aku trauma melihat darah.
Pemegang besi aku paut, aku cuba pejam mata untuk seketika. Badanku ditolak lagi sampai aku jatuh.
Seriously apa minah ni nak?!
"aku tahu kau keluar dengan siapa semalam. Aku dah bagi warning dekat kau, jangan dekat dengan dia ataupun kawan-kawan dia. Kau degil kan? Ini lah padah-"
"so if a girl hangout with me and my friends is a crime now, hana?"
"o-oppa"
Oppa abah kau. Itu sejun, bukan oppah kau. Oppah kau kat tanah tu ha kena seksa sebab perangai cucu macam setan
Aku tak dengar apa-apa dari mukut sejun malah dia menarik tangan aku dan menyokong badan aku yang serba berat ini untuk ke-
Bilik sakit kot
"oppa!"
Suara hana kedengaran lagi
Ha nampak tak
Ni la oppa kau yang kau sanjung tu tengah tolong aku sekarang
Fulamak
...
"kau dah ok?"
Aku buka mata seluas-luasnya.
"apa jadi dengan aku?"
Ceh, aku tahu apa jadi. Saja je test
"kau pengsan masa aku angkat kau ke bilik sakit tadi..."
"kemain berat kau. Sakit pinggang aku tahu tak?"
Aku memaling ke arah lain.
Kenapa dia mesti ungkit berat aku?!
Memang salah aku ada crush kat dia ni -,-
"okay, tapi sekarang dah waktu rehat. Jom" aku masih baring lagi.
Otak aku tiba-tiba fikirkan perkara yang tak pernah aku fikir dan tak mahu fikir. Tapi dah terfikir, mana boleh patah balik, kan?
"kau tercegat apa lagi kat situ?"
"sejun" panggil aku.
Ha korang dah boleh buka lagu sedih
"apa?"
"kenapa kau layan aku macam kita dah lama jadi bestfriend sedangkan aku ni masih budak mentah yang hambar dan tak matang, sedangkan kau senior pemes yang ramai peminat serta budak pandai kat sekolah ni? Apa kau nak dari aku?"
"kau sewel ke? Nak aku hantar ke hospital gila pulak?" Jawabnya cuba bermain-main.
"aku serious"
"kau nak jawapan macam mana?"
Aku memandang lantai. Kosong
"jawapan jujur"
"contoh?"
"perasaan kau"
Aku tak mahu cakap perkataan ni tapi kenapa bibir aku nakkan aku sebut perkataan ter kutuk tu?!
"jadi kau ingat aku ada hati pada kau?"
Aku dah terlajak.
Ok aku menyesal jadi emo tadi
"i have no feelings towards you. Kau pulak kenapa? Tak sampai seminggu kita hangout, kau dah tanya soal perasaan"
Aku diam. Auch sakitnya
"aku sengaja ajak kau keluar sebab nak tengok sejauh mana perasaan kau pada aku dengan perangai aku yang teruk ni. Aku ingat kau mungkin akan jual mahal dengan aku. Mungkin. Aku silap..."
"kau terlalu desperate"
"aku pergi dulu. Anggap macam kita tak pernah jumpa sebelum ni"
YOU ARE READING
Husband × lim sejun
Casuale* Alice Park * * Lim Sejun * ¤¤¤ "wEH TU SUAMI AKU TENGOK LAH TU WEH" ¤¤¤ "Takpe lah kena reject pun, aku tetap sukakan kau, Lim Sejun" "Berhenti mengharap, perempuan" ¤¤¤ "Awak nak apa lagi?" "Cakap elok elok please. Ni suami kau tau?"