My Routine Part 1

1K 53 5
                                    

Beep!!! Beep!!! Beep!! Beep!!! Beepppppp!!!!

Arrrghhh!!!! Macam mo pecah gegendang telinga sy dengar tu alarm punya bunyi. Sy antak satu kali tapi deringan tu jam inda pandai berhenti jadi terpaksa juga la sy bangun. Mata sy berkedip-kedip lagi tingu tu jarum jam. Adei.. pukul 5.20am sudah. Macam baru ja sy tidur tadi, skarang mo bangun sudah balik. Cepat-cepat sy berdiri sambil bikin senaman miaw-miaw (korang tau ka tu kalau kucing bangun trus menggeliat, tu macam la bah) sy lipat kumbang (selimut) dan ampai atas bantal yang mo nipis sudah. Mata sy memandang bilik studio yang berukuran 30m² yang dilengkapi keperluan asas seperti single bed, dapur kecil, satu almari pakaian, peti sejuk kecil, a two seater sofa dan a coffee table yang kecil. Bibir sy tersenyum. Bagus tempat tinggal sy ni, kici dan inda banyak barang dan senang kasi bersih. Cepat-cepat sy ambil towel yang menyangkut di pintu menuju ke bilik mandi. Tempat tinggal sy ni sebenarnya di atas bumbung rumah tiga tingkat dan sewa bulanan sebanyak RM800 belum campur utilities/internet.**(Penulis: memandangkan sy ni peminat drama Korea, sy pilih lah kenen rumah heroin sana atas bumbung walaupun ni cerita kenen berlaku di negara Jepun. Imaginasi Penulis saja bahh :D)**. Dalam bilik mandi sy main rejis-renjis saja sebab sejuk butul dan inda sampai 5 minit sudah sy keluar. GGrrrrrrrrrr!!! Macam mandi dalam ais oh! Cepat- cepat sy pakai baju dan menggalas bag sikut yang berisi buku sebelum keluar dari rumah. Langkah kaki sy laju menuju ke kedai runcit Uncle Liam yang jaraknya dalam 500 meter saja.

"Uncle Liam good morning!!!", sy melambai tangan ke arah Uncle Liam yang mungkin sudah berusia 60 tahun, tapi masih sado. Uncle Liam tinggal di dalam kedai runcit itu bersama bini dia Anty Lily tapi dorang teda anak. 

"Ko ni Serra, lambat saja bangun, mau jam 6 sudah ni. Pukul brapa juga ko balik semalam? Ko kasi bersih bangunan mana lagi?", tersengih-sengih sy tingu Uncle Liam sambil meletak bag sy di atas meja yang berada di luar kedai. Anty Lily keluar dari kedai membawa secawan kopi, buli nampak lagi tu asap panas keluar dari mulut cawan. Tanpa menjawab soalan Uncle Liam, sy menggambil kopi yang Anty Lily surung.

"Nah, minum dulu ni Serra. Ko sudah sarapan ka?", seperti biasa Anty Lily sapu-sapu kepala sy macam sy ni si Buntal, kucing siam dia.

"Blum lagi Anty Lily, nanti la lepas abis sy kerja baru sy pikir apa mau makan", Anty Lily cuma menggeleng-geleng kepala. Sy tersenyum saja sambil menghirup kopi panas yang sudah satu tahun sy merasa. Wahhhhh!!!!! Mimang kaw2 sadap la bah, apa lagi sajuk-sajuk macam ni minum kupi punya la nikmat... 

"Ok Uncle Liam! Suratkhabar sama susu sudah ready ka?", Uncle Liam menggangguk saja. Cepat-cepat sy angkat kotak suratkabar dan meletakkannya atas skuter kepunyaan mereka. Susu pula sy taruh di dalam basket yang di atas tempat duduk.

Vroooommmmmmmmm!! Bermula la rutin morning sy; hantar susu sama newspaper di rumah-rumah yang sign-up sama kedai runcit Uncle Liam. Selalunya sy ambil masa lebih kurang 2 jam sebab sy bikin dua trip untuk cover semua customer. Lepas habis sy akan balik semula ke kedai runcit dan menerima gaji pada hari itu iaitu fixed pay at RM20. Lepas tu sy akan berjalan kaki terus ke university tempat sy belajar. Sebelum pergi, sy beli menu breakfast yang inda pernah sy miss sebab paling murah, sadap, express dan berkhasiat; sandwich telur; dari kedai runcit Uncle Liam juga sebab dia kasi diskaun 50% + sebotol susu which is free of charge :D. 

****Iklan lu (lama sudah kan korang inda dingar iklan dari sy :D) --- Walaupun kenen ni cerita sy bilang berlaku di luar negara, sy tetap guna matawang RM sebab susah bah mo conversion-conversion ni, bikin bingung. Antam saja la kan :D -- Iklan tamat ****

First class start pukul 9am, selalunya kalau sy linggang-linggang berjalan sy akan sampai di kelas jam 8.45am. Paling cepat sy sampai 8.20am. Bila sy ingat-ingat balik, inda pernah la sy mangkir (absent) atau datang lambat walaupun hujan ribut melanda, walaupun sy sakit yang mo pingsan sudah..

THE PART-TIMER (COMPLETED) ~ Season 1Where stories live. Discover now