Kehancuran Hokkai - Part 30

319 34 15
                                    

"Watashi no Ojo!!", Iyo dan Mirayaki tiba-tiba muncul dan memegang badan Princess Mono dari menyembah lantai.

"Tunaikan amanat beta, Iyo", kata-kata Princess Mono yang terakhir itu diiringi dengan suara tangisan kedua-dua gundik maharaja.

"Adinda Princess Mono!!!", Prince Okawa yang terpaksa melihat upacara itu sejak dari permulaan berlari laju ke arah adiknya yang malang. "Adinda Princess Mono!!", namun cuma mata Princess Mono yang tidak bergerak memandang tepat ke arahnya. "Tidakkkk!! Adinda Princess Mono! Kembalilah! Princess Mono!!!", walau jeritan Prince Okawa memenuhi seluruh kawasan istana, badan Princess Mono tetap kaku. Tanpa menghiraukan darah yang membanjiri lantai dan bajunya, putera mahkota memeluk tubuh adiknya yang sudah tidak bernyawa dengan airmata yang deras bercucuran.

Tangisan Iyo, Mirayaki dan Prince Okawa berselang seli dengan bunyi dentuman guruh dari langit dan gunung ganang yang mengelilingi kerajaan Hokkai. Darah dari badan Princess Mono yang sudah tidak bernyawa menitik jatuh membasahi bumi yang menyaksikan kehidupan dan kematiannya, dan sekali lagi kawasan istana utama bergegar dengan kuat sehingga membuatkan patung buddha yang tadinya cuma retak kini pecah kepada beberapa bahagian. Suara jeritan dari orang-orang yang berada di istana itu kedengaran riuh-rendah.

BUMMMMMMMM! BUMMMMMM!! BUMMMMMMMM! Sejurus selepas tiga dentuman guruh, gegaran tadi berhenti kembali. Orang-orang di dalam istana mulai terasa panik dan bingung. Dalam fikiran mereka apakah yang telah membuatkan dewa-dewi alam murka seperti ini?

"MAHARAJA!! Apa yang telah maharaja lakukan?! Princess Mono tidak bersalah! Permaisuri telah dianiaya, maharaja!", tanpa memperdulikan gegaran tersebut, gundik Iyo berdiri dan menjerit dalam tangisan kepada Maharaja Sinsei

"Shoben Iyo! Berani kamu mempertikaikan keputusan beta!? Adakah kamu tahu apa yang telah dilakukan oleh permaisuri?!", jerit Maharaja Sinsei dengan garang sambil menghempap tapak tangannya ke atas meja di depan takhtanya. Hatinya sungguh terluka kerana terpaksa menjatuhkan hukuman mati kepada Princess Mono namun ada kepuasan dalam dirinya kerana memikirkan kecurangan permaisuri telah dibalas dengan hukuman yang setimpal. Kasih sayangnya yang tidak terhingga dibalas permaisuri dengan bermain kayu tiga. Siapa yang tidak berasa sedih dan marah??! Itu lah tanggapan Maharaja Sinsei terhadap Princess Mono.

"Ya! Patik tahu apa yang permaisuri telah lakukan! Princess Mono berdosa kerana terlalu mencintai baginda maharaja!! Itu lah kesalahan permaisuri! Cintanya kepada maharaja telah membunuhnya!!!", suara gundik Iyo yang parau kerana menangis membuatkan Maharaja Sinsei terkesima. Perasaan gelisah mula menyelubunginya.

"Itu semua bohong! Ini! Lihat surat-surat yang diterima oleh permaisuri dan juga surat yang ditulis olehnya kepada lelaki lain! Lihat! Kamu tidak tahu apa perasaan beta bila dipermainkan sebegini! Kamu tidak tahu beta mencintainya separuh gila tapi apa yang permaisuri balas kepada beta!?? Perbuatan Princess Mono sungguh keji!", Maharaja Sinsei masih teguh dan yakin dengan keputusannya. Sedikit pun tiada penyesalan di dalam hatinya.

BUMMMMMM!!! BUMMMM!!! BUMMMM!! Sekali lagi bunyi dentuman yang kuat dari langit dan diikuti oleh gegaran dari bawah tanah yang lebih hebat dari sebelumnya.

 "Arrgghhh! Tolong! Tolong patik, Tuanku! Tolong kami!", gundik Hokko, Tomoko dan Yosei berteriakan sambil berpaut antara satu sama lain kerana lantai tempat mereka berdiri terbelah dua dan membentuk jurang tanah yang agak dalam di antaranya. Maharaja Sinsei segera belari mendapatkan tiga gundiknya yang hampir terjatuh ke dalam belahan itu dengan menghulurkan kayu yang digunakan oleh arwah Princess Mono dalam cubaannya merejam gundik Hokko tadi. Maharaja Sinsei menarik mereka dengan sepenuh tenaga dan berjaya membawa mereka berdiri di tempat yang selamat namun anehnya tempat di sekeliling tubuh Princess Mono, Prince Okawa, gundik Iyo dan Mirayaki tidak terjejas walau sedikitpun.   

THE PART-TIMER (COMPLETED) ~ Season 1Where stories live. Discover now