SWM 15

164 21 0
                                    

Flashback

"Puan Kim,anak puan hampir 9 bulan koma. Jika beberapa hari lagi taehyung tidak bangun kami terpaksa memberhentikan alat pernafasan. Itu prosedur kami puan, kami tak mampu membuat apa-apa kecuali ada satu keajaiban yang berlaku" ujar doktor yang bernama joy.

Air mata puan Kim mula menitis,dia tak sanggup kehilangan anaknya yang dia sayang.

"Tapi doktor tak boleh ke kalau untuk terus macam tu,saya tak sanggup kehilangan anak saya doktor" ujar puan Kim sayu.

"Tak boleh puan. Puan bertabahlah semoga ada satu keajaiban buat puan"

Puan Kim hanya terdiam memikirkan perkara ni.

***

"Mianhae puan,kami terpaksa cabut wayar pernafasan taehyung"

Bip!

Puan Kim menangis terduduk dilantai melihat doktor dan beberapa nurse makin hampir dengan taehyung. Hati dia luluh, dia tak sanggup kehilangan anaknya.

"Tae,Eomma sayang kamu tae. Eomma harap kamu bangun,eomma tak sanggup kehilangan kamu tae, hikss eomma tak kuat takda kamu hiks bangunlah tae. Tuhan jangan ambil nyawa anakku,aku belum menghabiskan waktu indah bersama anakku yang telahku sia-siakan dulu. Tae bangunlah,eomma tunggu kamu"

Ujar puan Kim perlahan sambil menangis teresak-esak,matanya mula kabur dengan air mata yang betakung.

Doktor mula bertungkus lumus membuka wayar tersebut sebelum tersedar akan satu keajaiban yang dilihatnya.

"Kim taehyung?" Ujar doktor tersebut.

Puan Kim mengangkat kepalanya melihat doktor yang memanggil nama anaknya,
Puan kim mula bangun perlahan-lahan mendekati taehyung.

"Taehyung? Taetae? Bangun nak,eomma ada dekat sini"

Bip!

Cahaya lampu suluh disuluh ke mata taehyung dan melepaskan nafas lega kerana sudah lama jejaka ini tidur dan menunggu taehyung untuk sedar.

Cahaya putih mula memasuki mata, pedih!

Mataku buka perlahan-lahan, tanganku cuba untuk angkat menghalang cahaya tapi tanganku seolah-olah tak mampu untuk mengangkat.

Mataku buka perlahan-lahan melawan cahaya itu,kabur akan tetapi lama kelamaan aku boleh nampak sekeliling aku.

'Dekat mana aku sekarang?' Soalan itu terpancul di dalam hati.

Aku melihat sekeliling, dengan wayar yang berselirat penuh dikiri dan kananku.

Taehyung cuba cakap tapi seolah-olah suaranya tersekat dikerongkong.

"Taehyung?"

Dia boleh nampak eommanya dan beberapa orang yang memakai baju seragam putih,mungkin kaki tangan di hospital.

Doktor menyuakan air,mungkin dia tahu aku perlukan air.

Aku cuba mengeluarkan suara.

"E..eo..eomma" pedih! Sakitnya tekak!

Yang lain tersenyum gembira.

"E..eomaa? A..pa dah j..jadi?" Tanya taehyung perlahan,sakit tekaknya semakin kurang daripada tadi.

Puan Kim mendekati taehyung

"Kamu kemalangan sayang"

Kemalangan? Macam mana boleh jadi? Sejak bila?

"Taehyung boleh saya tanya?" Tanya doktor yang bernama joy itu.

Aku menganggukkn kepala.

"Kamu ingat tak perkara yang terakhir kamu buat sebelum kamu sedar?"

Aku berfikir sebelum mengangguk.

"Saya dekat taman, saya jumpa jennie tapi kami putus waktu tu se..sebab.."

"19 tahun" ujar puan kim sambil memandang anaknya sayu.






TBC

STAY WITH ME | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now