SWM 3

252 29 5
                                    

Hidup aku tak gembira. Sejak jennie pergi tinggalkan aku, semua benda yang aku buat tak kena dalam hidup aku. Kenapa aku lahir dalam keluarga yang kaya tapi tak merasai kebahagiaan seperti orang lain.

"Arghhh tak guna! " aku jatuhkan semua barang yang berada diatas almari cermin. Aku tak kisah dengan semua ni! Aku benci hidup aku!

Tok!  Tok!

"Kim taehyung! " laung pn kim dari luar, aku cuma diam dan terus baring diatas katilku yang berselerak dengan bantal yang tak disusun kemas.

Aku penat, letih, sedih, kecewa. Semua ada dan membuatkan aku malas nak ambil tahu hal luar termasuk keluargaku sendiri.


Aku melulu pulang ke rumah, lepas apa yang berlaku di taman. Aku rasa takda hala tuju. Aku masuk ke rumah mewah tiga tingkat itu sebelum ditegur seseorang.

"Pergi mana tadi kim taehyung?  Jumpa perempuan tu?  Eomma dah cakap dia tak sesuai untuk tae. Kenapa degil sangat! " pn kim mula meninggikan suaranya. Taehyung kaku di tempatnya berdiri.

"Kita orang dah putus" ujar taehyung mendatar.

"Ouh baguslah,agaknya dah puas kikis harta orang lepas tu mintak putus. Hebat permainan dia"

"Eomma! Puaslah hati eomma buat tae macam ni! Buat tae merana macam ni, eomma memang kejam!.."

"... Dia tak kikis harta kita,satu sen pun dia tak pernah mintak. Jangan tuduh dia sebarangan dan dia bukan perempuan macam dekat luar sana!" taehyung mula meninggikan suaranya, dia penat dengan semua permainan eommanya.

"Ouh sejak kawan dengan perempuan tu, tae pandai tinggi suara pada eomma? " tanya pn kim yang berdiri dihadapan anaknya.

"Perempuan yang eomma kata tu nama dia jennie dan jennie tak pernah ajar tae semua ni. Eomma yang ajar tae untuk bersikap macam ni, eomma jangan terkejut kalau lepas ni tae boleh buat lebih dari tu" ujar tae mendatar, terus dia melulu ke biliknya dan membiarkan eommanya terkedu melihat perlakuan taehyung sebentar tadi.

Huh memikirkan balik perkara yang lepas hati dia jadi sakit. Sakit sangat, hendak dia lari sejauh-jauhnya dari dunia ini.

Dia mula teringat akan kawannya di german, park jimin yang sedang menguruskan syarikat disitu. Daripada dia gila duduk di rumah ni baik dia pergi berjalan-jalan tenangkan diri.

Syarikat keluarganya akan diserahkan kepadanya 3bulan dari sekarang. Mungkin dia perlu berehat sebelum mula memegang tanggungjawab yang besar selepas ni.

Aku call jimin, harap-harap dia ada lagi disana.

"Bro"

"Yup tae, ada apa call aku"

"Kau ada dekat german lagi? "

"Aku lama lagi dekat sini, syarikat dekat sini belum settel lagi "

"Aku nak datang sana, mungkin malam ni aku gerak. Strees duduk dekat rumah ni"

"Haha asal gaduh? "

"Nanti aku ceritalah bro, tak menyempat"

"Okey-okey, nanti sampai call aku. Aku ambil kau"

"Wo nice, okey jumpa sana"

Aku tempah ticket penerbangan first class untuk malam ni. Ada masa lagi untuk berkemas.

"Nice!  Boleh hilangkan strees! " dengan bahagianya aku mengemas bilik aku yang bersepah dan mengemas baju yang hendak aku bawa ke german.

Don't worry jennie, satu hari nanti kita akan jumpa kembali. Buat masa ni biar Tuhan yang menentukan segalanya.

*STAY WITH ME*

MIAN TAK PANJANG, TAKDA IDEA PULA DEKAT SINI HAHA.
SUPPORT MY STORY ♥
THANKKS A LOT ✌




STAY WITH ME | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now