SWM 12

200 21 2
                                    

Bip!

Aku melihat sekiling. Putih!

Bayangan seorang namjaku lihat. Muka dia! Macam aku! Tapi kenapa dia nampak sedih?

Aku melihat dia termenung. Aku merasakan yang aku pernah alami situasi ini.

"Arghh!" Kepalaku sakit. Aku memandang ke arah bangku kosong itu,mana namja yang menyerupaiku?

Aku duduk di bangku kosong yang tersedia di taman, sedang aku mengelamun tiba-tiba suatu perkara terjah masuk kedalam fikiran aku,

Aku teringat akan hal ini,perkara ni dah lama berlaku.

Perkara yang aku tak suka untuk aku hadapi.

Aku melihat sebelah,ye! Namja yang menyerupaiku!

Kenapa baru sekarang nak jadi. Aku belum cukup bersedia dengan semua ni. Aku melepaskan keluhan yang berat, sungguh aku tak sanggup kehilangan orang yang aku sayang.

"Kim taehyung! " aku toleh ke belakang dan melihat seorang gadis yang cukup aku kenali.

Dia menuju ke arah namja yang menyerupaiku dengan nafas yang tidak teratur, baru lepas berlari mungkin?

"Hey jennie" sapa namja tersebut sambil tersenyum. Siapa sangka gadis dihadapannya mampu mencairkan hatinya yang keras seperti batu.

Tiba-tiba pandanganku kabur dan menjadi putih. Mana namja tu? Mana Jennie yeoja yang telah mencuri hatinya? Mana?

Bip!

Kenapa aku rasa sejuk?

"Taehyung? Bila nak sedar. Kita orang rindu kau"

Suara tu? Aku kenal.

Jungkook!

"Kita orang semua ada dekat sini. Hyung! Kookie rindu hyung. Siapa nak tolong kookie settelkan hal office,siapa nak ajak kookie lunch. Hyung tahu tak? Yeoja-yeoja yang hyung memang tak layan tu asyik datang office. Kookie rindu bila hyung marah dia orang dan halau dia orang keluar hikss"

Bts ada? Aku dekat mana? Kenapa tangan aku rasa berat. Jungkook tolong hyung!

"Kook dahlah,seharian kita dekat sini. Esok kita lawat lagi taehyung"

Tu namjoon.

Dia orang nak balik! Korang! Hyung! Aku dekat mana!

Aku dengar bunyi pintu tertutup,tahulah aku bahawa mereka dah pergi.

Bip!

Mata aku kabur,penglihatan aku terus gelap.

"Hyung! Kookie! Jiminie!" Jerit aku sekuat-kuat hati. Aku tak nampak apa-apa,gelap menyelubungi diriku.

Satu lintasan cahaya melaluiku.

"Please Kim taehyung? untuk kebaikan kita" ujar yeoja itu sayu.

"Stay with me?" Dengan penuh pengharapan perkatan itu diungkapkan.

"One day Kim taehyung,we will meet again and I'll stay with you forever"
Yeoja tersebut terus meninggalkan namja itu keseorangan.

Segalanya berputar seperti sebuah video yang dirakam.

"Arghh!" aku mengerang kesakitan. Kepala aku! Sakit!

"Hyung! Tolong taehyung! Jennie! Eomma!" Jerit taehyung berselang dengan tangisan.

Bip!

"Doktor! Doktor!" Aku terdengar nurse sedang menjerit. Kenapa?

"Nadi pesakit semakin lemah" aku dengar doktor tu berkata.

Adakah aku akan pergi? Tiada lagi nama Kim taehyung? Adakah jasad aku akan terkubur? Macam mana dengan semua orang yang aku sayang?

Pandangan aku kembali gelap,hitam. Dimanakah aku sekarang? Adakah aku boleh bernafas lagi? Atau aku dah mati?

"Pergi mana tadi kim taehyung?  Jumpa perempuan tu?  Eomma dah cakap dia tak sesuai untuk tae. Kenapa degil sangat! "

Suara tu aku kenal,eomma?

"Kita orang dah putus"

Aku melihat 'diriku' dihadapan. Ye aku ingat,ketika eomma tidak membenarkan aku berkawan dengan Jennie.

"Ouh baguslah,agaknya dah puas kikis harta orang lepas tu mintak putus. Hebat permainan dia"

Prang!

Aku terdengar bunyi kaca diatas,kaki terus melulu naik. Dalam pada masa yang sama bayangan eomma dan 'diriku' hilang sekelip mata.

"Arghhh tak guna! "

Aku mendengar jeritan seseorang dalam bilikku. Ye namja tu! Aku!

"Auch!" Aku memegang kepalaku yang berdenyut sebelum badanku menjadi lemah dan pandanganku menjadi gelap. Segalanya gelap!

Bip!

Aku bangun dari katil,terasa terlalu lemah badanku. Aku memerhati sekeliling bilik,pelik! Kenapa bilik ni bukan macam bilik aku?

"Taehyung,kau dah bangun?" Aku nampak yeoja itu datang menhampiriku dan aku tersenyum.

"Jennie" terus sahaja aku memeluknya. Rindunya terhadap gadis dihadapanya itu tak terkata.

"Lama dah kau tidur,kenapa tak bangun? Aku tunggu kau tiap-tiap hari. Kesian aku tengok bts,sunyi tanpa kau. Bangunlah,aku nak bagitahu kau perkara penting ni. Ingat tau,kau kena bangun" ujar Jennie dan perlahan-lahan menghilang daripada pandangan mataku.

"Jennie!" Aku mampu menjerit,aku tak mampu mengejar.

Kenapa? Apa yang aku dah lakukan? Kenapa aku berada dalam dunia asing? Kenapa aku keseorangan?

Bip!

Semuanya menjadi gelap,tiada lagi bayangan wajah-wajah yangku sayang. Tiada lagi senyuman mereka yang mampu menghiasi diriku. Tinggal hanya kegelapan, tiada cahaya untuk aku terus berjalan.

  ****
To be continued
*STAY WITH ME*



okeyy done! Chap fr u guyss❤
Mian klau ada yg trtunggu² (spe je yg tunggu?)
Thank read and vote.
Support guys.
Thank again❤❤🙋





STAY WITH ME | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now