SWM 19

156 11 0
                                    

|pssst pasang lagu sedih tau huhu|

"Awak okey? " tanya taehyung risau dan terus memusingkan badan jennie menghadapnya.

"Muka awak pucat, awak okey ke jennie?"

"Oo..k.. "

"Jennie?  Jennie?!! "

Sejak jennie pengsan dan tak sedarkan diri aku bagaikan hilang seluruh jiwa aku. Hati aku kosong, tiada apa yang harus aku lakukan. Hanya menunggu dan menunggu itu yang sedang berlegar di fikiran aku.

Perkara ni tak semestinya terjadi, belum cukup lama untuk aku merasakan kebahagiaan bersamanya.

'Aku tak sanggup kehilangan kau jennie'

"Hey" sapa pn kim.

"Eomma... Jennie, tae tak kuat eomma. Kenapa jennie tak bagitahu kita eomma. Tae tak sanggup kehilangan jennie! Tae tak sanggup eomma! " Pn Kim memeluk taehyung untuk menenangkan hati taehyung, dia cukup faham apa yang dirasakan oleh taehyung sekarang.

"Kim Taehyung? Awak suami jennie kan?" panggil doktor yang bernama minho ketika doktor itu berada di hadapan Pn Kim dan taehyung.

"Ye saya kim taehyung, suami jennie. Kenapa doktor? " taehyung tanya dengan penuh debaran. Dia risau dengan apa yang akan dikatakan oleh doktor tersebut. Dia takut kata-kata itu cukup melukakan hatinya.

"Jennie.. "

"Jennie kenapa doktor!  Bagitahu saya" desak taehyung.

"Tae, biar doktor jelaskan semuanya, jangan macam ni" ujar pn kim.

"Jennie dah sedar taehyung tapi keadaan dia terlalu kritikal" terus doktor itu memberitahu hal yang sebenar tentang keadaan jennie.

"Jennie... " terduduk taehyung apabila mendengar berita yang disampaikan oleh doktor. Hati dia luluh..

"Awak boleh melawat dia sekarang, saya harap awak tabah taehyung.

Taehyung terus bangun selepas mengucapkan terima kasih kepada doktor tersebut. Setiap langkah adalah sungguh berat dan terlalu lama. Setiap langkah yang teratur menuju ke arah jalan kerisauan. Setiap langkah terbayang segala memori dan kenangan yang tercipta selama ini.

Sungguh tak dijangka yang aku harus melalui detik yang susah dan perit. Setiap kata-katanya tiada yang membawa maksud dia ingnvtinggalkan aku. Kenapa harus berlaku saat kita ingin mengecapi kebahagiaan jennie?

Soalan yang sama berulang kali muncul dalam fikiran aku tapi aku tak mampu untuk mencari jawapan untuk soalan yang hadir dalam fikiran aku, aku serabut...

Aku masuk ke bilik jennie, wayar yang penuh pada kiri dan kanan jennie membuatkan aku bertambah pilu, ini ke kesudahan hidup awak jennie?

"Jennie.. " aku capai tangganya, aku genggam sekuat hati aku.

"Jennie.. Bangunlah, saya nak berborak dengan awak.. " air mata bergenang walaupun cuba untuk tidak menangis tapi aku tak mampu.

"Awak tak rindu saya ke jennie?  Saya rindukan awak sayang" air mata yang menitis aku biarkannya jatuh.

"H..e.yy tae" ujar jennie lemah.

Taehyung terus menatap wajah jennie yang pucat.

"Jan..janganlah nangis" jennie terus lap air mata taehyung dengan jarinya sambil tersenyum.

STAY WITH ME | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now