SWM 2

297 34 12
                                    

Sampai sahaja jennie di rumah, Jennie terus melulu masuk ke bilik kecilnya.

"Arghh! Kenapa baru sekarang. Kenapa tak sebelum aku kenal tae hiks! Semuanya tak adil. Kenapa aku yang kena? Teruk sangat ke aku ni? Aku pun manusia hiks! " Jennie menekup mukanya dibantal dan menangis sepuas hatinya.

Tahu dia bukan kaya macam Taehyung, dia tak ada harta. Dia tak semewah macam perempuan yang eomma Taehyung nakkan. Tapi dia juga manusia...

Ketika Jennie jumpa Taehyung, Jennie cuba untuk tidak terlalu emosi kerana takut dia tak sanggup untuk melepaskan Taehyung. Dia taknak apa-apa berlaku pada orang yang dia sayang, eomma tae akan buat apa sahaja untuk pisahkan dia dan Taehyung. Walaupun dengan cara membunuh!

Tok! Tok!

"Jennie, jennie! Buka pintu ni. Eomma nak cakap sikit! " laung eomma dari luar pintu bilik Jennie.

Jennie dengan mata sembab terhuyung hayang membuka pintu biliknya dan terpancul wajah eomma yang sudah membesarkannya.

"Kenapa dengan mata kamu ni jennie? Kamu bergaduh dengan Tae ke? " sudah semestinya eomma tahu. Semua rahsia Jennie eomma sudah tahu.

Jennie terus memeluk eommanya dan melepaskan tangisan di bahu eommanya.

Eomma terus menarik Jennie untuk duduk di birai katil bilik Jennie.

"What's wrong dear? Tell me" pujuk eomma.

"Jennie terpaksa lepaskan tae. Puan Kim tak restu hubungan kami eomma, Jennie tak nak apa-apa terjadi pada Tae hiks" teresak-esak Jennie menangis. Susahnya nak berhenti bila air mata ni mengalir.

"Hey dah-dah, Jennie dah buat keputusan yang baik. Kalau ada jodoh kamu dengan Tae, kamu akan jumpa juga. Jangan nangis lagi okey? " ujar eomma sambil mengusap belakang Jennie.

"Baiklah eomma, Jennie tak nak nangis dah" Jennie mengelap air matanya dan tersenyum walaupun senyuman tersebut amatlah payah.

"Macam tulah kesayangan eomma" eomma tersenyum melihat ketabahan anaknya yang seorang ni.

"Eomma kata ada benda nak bagitahu jennie, apa dia? " tanya jennie.

Eomma tak nak bagithu apabila melihat keadaan Jennie macam ni. Tapi dia perlu bagithu perkara sebenar.

"Ouh yang tu hmm. Jennie okey ke? Kalau tak, eomma bagithu nanti.." eomma rasa serba salah untuk cerita.

"Tak apa eomma, Jennie okey. Anak eommakan kuat" senyum Jennie.

"Hmm.. Sekarang umur Jennie dah 20 tahun, dah tiba masanya eomma bagitahu Jennie satu benda yang patut Jennie tahu. Tapi bila Jennie tahu, Jennie jangan marah eomma okey?" Penuh debaran Jennie menantikan apa yang eomma ingin katakan.

"Apa maksud eomma? Eomma jangan buat macam ni dekat Jennie. Eomma nak tinggalkan Jennie ke? Jennie sayang eomma tau tak" Jennie mula sayu. Argh tak nak apa-apa yang berlaku, cukuplah pasal Tae.

"Ehh apa cakap macam tuh,eomma takkan tinggalkan anak kesayangan eomma tau" eomma mengusap lembut pipi Jennie sebelum meneruskan kata-katanya.

"Jennie sebenarnya.." Eomma tunduk memandang bawah, tak sanggup untuk melihat mata Jennie. Dia tak sanggup meninggalkan anaknya yang dia paling sayang, dia takda sesiapa selain Jennie.

"Sebenarnya apa eomma?" Jennie mula risau melihat muka sayu eommanya.

"Jennie..jennie anak angkat eomma" setitis demi setitis air mata eomma jatuh. Mungkin dia perlu terima Jennie akan meninggalkannya sendirian.

"Eomma? Apa maksud eomma? Anak angkat? Jennie anak angkat eomma? Habis selama ni?" Banyak persoalan yang timbul dalam fikiranya. Kenapa semuanya terjadi pada hari ini? Kenapa dunia ini tidak adil?!

"Jennie anak angkat eomma, eomma jaga Jennie dari Jennie umur 1 tahun. Eomma Jennie mintak eomma rahsiakan semuanya selagi umur Jennie belum 20 tahun"

"Dia orang tak sayang Jennie?" sayu..

"Dia orang sayang Jennie,tapi dia orang terpaksa tinggalkan jennie sebab masa tu dia orang tak ada duit untuk besarkan Jennie" ujar eomma panjang lebar, takut Jennie salah faham akan hal ini.

"Ni.." eomma hulur sepucuk sampul surat kepada Jennie.

"Apa ni eomma?" Jennie mengambil sampul surat tersebut dan membukanya.

"Dalam tu ada no telefon dan alamat. Kalau kamu nak jumpa keluarga kamu, pergilah eomma takkan halang kamu"

"Tapi eomma"

"Pergilah jennie, kamu berhak bahagia macam orang lain. Kalau kamu bahagia, eomma pun akan bahagia" ujar eomma dengan senyuman.

"Baiklah eomma terima kasih.."

"Eomma?" Panggil Jennie.

"...Jennie tak akan tinggalkan eomma." senyum eomma sehingga terlihat kedutan mata tuanya. Lepas itu eomma terus keluar dari bilik jennie.

Nak atau tak nak? Itu yang terpancul keluar dari mulut gadis yang serba kerkurangan itu. Jennie memandang sampul surat berwarna coklat yang berada di tangannya.

Jennie melihat isi di dalam sampul tersebut. Terdapat no telefon dan alamat tertera di atas kertas tersebut. Kata eomma keluarga jennie ada datang untuk menjenguk kami, tapi sejak 2 bulan ni dah tak dengar khabar berita, yang ada sebelum 2 bulan tersebut adalah pemberian sampul surat.

2 bulan lepas

"Puan hana, saya nak bagi sampul surat ni. Dalam ni tertera no dan alamat saya, bila puan hana dah betul-betul bersedia untuk bagitahu jennie perkara ni minta dia datang ke alamat ni.

"Baiklah"

Itu yang eomma bagitahu, takda pula nak tanya lebih-lebih. Jennie rasa dia perlu jumpa dengan keluarganya dan ingin mengetahui tentang keluarganya.

Jennie terus bergegas keluar mencari eomma. Dia pasti dengan keputusan dia kali ini.

"Eomma, jennie akan cari keluarga jennie" ujar Jennie setibanya dia di dapur dan terlihat eommanya.

Eomma memandang jennie dan tersenyum.

"Baiklah"






TERUSKAN MEMBACA, SAYA HARGAI
THANK YOU ❇




STAY WITH ME | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now