SWM 1

787 53 13
                                    

Cinta tak semestinya memiliki.
Cinta tak harusnya melengkapi antara satu sama lain.
Kau dan aku berbeza, darjat? Pangkat? Nama? Semuanya berbeza.
Tapi aku tak kisah melainkan kau sendiri mengambil keputusan untuk melangkah pergi dengan sebab yang tak masuk akal!
Walaupun berbeza, bagai langit dan bumi.
Hanya kau yang pertama dan mungkin yang terakhir.

Hanya mampu meluah di atas kertas yang kosong. Biar pun dahulu aku bahagia, tapi sekarang semuanya musnah. Ianya semua disebabkan duit dan dengan duit mampu membutakan manusia.



3 years ago,

Aku duduk di bangku kosong yang tersedia di taman, sedang aku mengelamun tiba-tiba suatu perkara terjah masuk kedalam fikiran aku, perkara yang aku tak suka untuk aku hadapi.

Kenapa baru sekarang selepas 5 tahun bersama. Aku belum cukup bersedia dengan semua ni. Aku melepaskan keluhan yang berat, sungguh aku tak sanggup kehilangan orang yang aku sayang.

"Kim taehyung! " aku toleh ke belakang dan melihat seorang gadis yang cukup aku kenali.

Dia menuju ke arah aku dengan nafas yang tidak teratur, baru lepas berlari mungkin?

"Hey jennie" sapa aku sambil tersenyum. Siapa sangka gadis dihadapannya mampu mencairkan hatinya yang keras seperti batu.

"Lama tunggu? " tanya jennie sambil meneguk air mineral yang dibawa.

"Tak lama dan tak cepat sangat. Kenapa lambat?" kata aku sambil meneliti baju yang dipakai gadis itu.

 Kenapa lambat?" kata aku sambil meneliti baju yang dipakai gadis itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

'Comel' satu perkataan yang terbit dihati aku. Ye, gadis inilah first love aku. Gadis ni yang mampu mencairkan hati aku yang sekeras ice berg! Dan aku taknak kehilangannya.

"Mian taehyung, omma aku ni. Dia sempat lagi suruh aku sidai kain. Nak taknak kena buat juga" Jennie mengaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ouh hmm" Taehyung tunduk memandang kasutnya. Tujuan aku jumpa jennie untuk bagi tahu satu perkara. Tapi lidah aku kelu untuk berkata-kata.

"Taehyung? Kau suruh aku datang sini untuk apa? " Aku rasa jennie mula risau. Mungkin aku nampak lain sebab tak pernah-pernah aku macam ni. Ajak pergi taman pada awal pagi? Selalunya petang aku akan ajak jennie keluar.

"Aku ada benda nak bagi tahu kau jennie. Benda yang sebenarnya berat untuk aku ungkapkan" aku melepaskan keluhan yang berat. Serius aku tak sanggup!

"Apa dia kim taehyung? Jangan buat aku macam ni" jennie pandang aku dengan pandangan sayu. Arghhh kenapa?!

"Huh, aku rasa hubungan kita setakat ni je jennie. Kau boleh cari orang lain yang boleh bahagiakan kau, bukan aku" lega? Tak! Aku takkan lega sebab aku taknak kehilangan satu-satunya gadis yang aku sayang.

"Tapi kenapa? Mesti omma kau halangkan hubungan aku dengan kau? " ujar jennie. Aku mengganguk perlahan mengiyakan kata-katanya adalah benar.

"Kalau macam tu tak apa la taehyung. Aku cuba untuk kuat, kalau ada jodoh walaupun kena halang macam mana pun. Kita tetap akan bersamakan?" jennie senyum walaupun aku tahu senyumannya palsu.

"Tapi jennie. Omma aku melampau! Disebabkan harta dan pangkat dia sanggup biarkan aku merana! Apa ni! " marah aku, air mata lelaki aku jatuh buat pertama kali dihadapan gadis ini.

"Hey, janganlah macam ni. Kau buat aku sedih, aku tahu aku tak sekaya kau. Tapi aku terima kau bukan sebab harta yang ada pada kau, aku sayang kau kim taehyung..." Air mata mula bertakung, tunggu masa je!

"...Kau yang mampu buat aku bahagia, kau sentiasa ada dengan aku. Kau ikut je cakap eomma kau, mungkin dia nak yang terbaik untuk kau. Aku doakan kau bahagia" ujar jennie panjang lebar sambil mengelap air mata aku. Aku lihat dia menangis, arghhh!

"Ta...tapi jennie, aku taknak kehilangan kau" aku lap air mata jennie.

"Aku akan tetap tunggu kau, kau akan tetap tunggu aku. Okey? Mana pun aku atau kau pergi, kalau kita ada jodoh pasti akan jumpa lagi" nasihat jennie buat aku rasa sebak yang teramat. Ye aku akan tunggu kau jennie.

"Dah jangan nangis lagi nanti tak cute, lepas ni cuba untuk tidak contact aku. Kalau eomma kau tahu mesti tak selamat. Lepas ni jaga diri kau, aku akan ada disisi kau" senyum jennie. Dia mula bangun untuk beredar tapi aku pegang tanganya.

Hati aku tak mampu nak biarkan dia pergi dengan hati yang terluka, aku tak nak hilang jennie.

"Please kim taehyung? Untuk kebaikan kita" jennie pandang aku dengan pandangan yang sayu.

"Stay with me? " tanya aku berharap agar jennie tidak terus tinggalkan aku.

"One day kim taehyung, we will meet again and i'll stay with you forever" ujar jennie dan terus berlalu meninggalkan aku keseorangan di taman.





First time dn ni hasilnya hiho
Support aye ♥


STAY WITH ME | Kim TaehyungWhere stories live. Discover now