Andartu?!

445 6 0
                                    

Kringgggg!!!!

Jam loceng yang ada di sebelah katil sudah menunjukkan jarum jam tepat pukul 8. Namun, Eva masih belum sedar dari mimpi indahnya. Entah apa yang membuatkannya penat sedangkan semalam dia hanya bercuti seharian di rumah.

"Woi, Eva Marlysha bangunlah!!!"

Jeritan dari Alin, rakan serumahnya berjaya memekikkan telinga Eva sehingga akhirnya dia terjaga dari tidur.

Alin menekan butang off pada remote pendingin hawa lalu menarik selimut yang masih membaluti tubuh Eva.
"Ya Allah, Eva kau tak pergi kerja ke hari ni? Bangunlah. Dah lambat ni. Aku dah siapkan breakfast. Kau jangan lupa makan eh. Aku pergi dulu."

Eva hanya memandang Alin yang mula hilang dari pandangan dengan jelingan tajam. Dia yang masih mamai terus mencapai telefon pintar di atas meja solek. Dia terkejut melihat jam sudah menunjukkan pukul 8.30. Laju dia berlari mengambil tuala yang tersidai lalu bergegas ke bilik air.

.
.
.

//~Teratak Orked~//

Kedai bunga yang dikelilingi taman indah menjadi tumpuan ramai peminat bunga untuk singgah di sini. Setelah ibunya meninggal dunia, Eva lah yang mewarisi perniagaan dan minat ibunya sejak tamat pengajian di luar negara.

Eva melalui sebuah jambatan yang merentasi kolam ikan menuju ke kedai bunganya.

"Hello, bos. Lambat sikit hari ni?" Tegur Dahlia, pembantu kedainya yang masih setia berkhidmat dengannya sehingga hari ini.

"Hai, Dahlia. Maaf saya lambat sikit hari ni. Maklumlah, jalan jem. So, macam mana hari ini?" ujar Eva sambil membetulkan rambutnya yang sedikit kusut akibat kekalutannya harini. Sengaja dia memberi alasan begitu supaya anak buahnya tidak tahu bahawa dia bangun lewat pagi tadi.

"Ouh ya. Hari ini ada tempahan bunga dari Encik Maalik dari The NewlyWeds. Jadi, dia akan datang dalam dua-tiga hari lagi untuk ambil tempahan"

"Baiklah, nanti jangan lupa call Mahmud untuk ambil stock dekat gudang ye. Nanti biar saya check apa yang patut." Jawab Eva.

Walaupun dia seorang pemilik kedai, tetapi dia tidak pernah membebani pekerjanya dengan beban yang terlalu berat. Dia juga seorang bos yang memahami dan bertanggungjawab serta disayangi oleh setiap pekerja yang berkhidmat dengannya sejak mula hingga sekarang.

Setelah berjam - jam dia menggubah bunga yang ditempah oleh pelanggan, tiba - tiba seorang wanita dalam lingkungan 20- an menyergahnya dari belakang.

"Hargh! Tengah buat pe tu?"

"Oh mak kau tercabut bunga!" Serentak itu tercampak bunga yang ada di tangannya.

"Weh, chillah. Asal terkejut sangat ni" Lydia yang melihat Eva melatah mula ketawa terbahak - bahak.

Eva yang terkejut lantas memeluk kawan lamanya sejak zaman universiti. "Arghhh, Lydia!!! Rindunyaa kauu. Amboi, sejak dah beranak ni nak jumpa batang hidung pun susah kan. Sampai hati."

"Hish, apa jerit - jerit ni. Aku hidup lagi lah. Haha. Sorrylah, sejak ada Hafiy ni aku sibuk sikit laa. Jaga anak"

"Hmmm yer la tu. Eh jom la kita berborak dekat gazebo tu. Kat sini semak lah. Kau kan alergik bunga" ujar Eva lalu menuju ke gazebo di taman berdekatan kedai bunganya.

"Duduklah."

"So, macam mana sekarang? Still single?" Lydia memulakan perbualan dengan soalan cepumas yang tak sepatutnya ditanya.

"Hmm, macam tu lah."

"Hey, kau sedar tak umur kau dah 27?! Kau memang tak nak kahwin ke macam mana? Nak jadi andartu?"

Serentak itu terbeliak biji mata Eva setelah mendengar sepatah perkataan berbisa yang pantang didengar olehnya. ANDARTU!

"Ish, kau ni. Kalau rasa nak panaskan telinga aku, lebih baik kau balik je lah. Aku malas nak dengar." Lantas Eva mula bangun dari duduknya lalu ditahan oleh Lydia.

"Eva kejaplah. Aku baru je datang. Ingat senang ke kita nak jumpa. Okaylah sorry. Aku ni bukan apa. Aku risau kau macam ni. Kau dah takde sesiapa dah selain kawan - kawan kau. Nanti sakit siapa nak jaga kau? Adik beradik kau semua dah ada keluarga sendiri. Sampai bila nak jadi macam ni?"

Eva memandang ke arah kolam dengan pandangan kosong. "Entahlah. Perasaan aku ni dah kosong. Dah tiada makna lagi. Please jangan paksa aku. Aku penat. Hati aku bukan untuk dipermainkan lagi oleh lelaki"
Eva mula teringat akan kenangan silamnya.

"Aku minta maaf Eva. Tapi kau kena cuba. Percayalah, tak semua lelaki macam tu.. dan aku yakin ada lelaki yang lebih baik di luar sana." Lydia memeluk Eva.

"Lydia. Kau kena tolong aku. Walau apa pun terjadi, kau jangan pernah bawa dia jumpa aku lagi. Janji dengan aku jangan sesekali cerita apa - apa pun pasal aku" Eva merayu.

"Ya, aku janji."

S.O.F.TWhere stories live. Discover now