Terakhir

190 9 2
                                    

Hari ini merupakan hari terakhir yang menandakan kontrak mereka bakal berakhir. Eva turut diundang ke majlis perkahwinan selebriti terkenal ini. Katanya, wanita tersebut kagum dengan kerjanya bersama Marley. Dia juga turut meminta maaf kerana terkasar bahasa sewaktu kejadian yang terjadi baru - baru ini.

Eva duduk di meja hujung. Dia memerhati Marley yang sibuk memastikan majlis berjalan dengan lancar. Sibuk dia kesana dan kemari. Sungguh, dia tak sangka masa begitu pantas berlalu. Terasa sedih pula apabila dia bakal meninggalkan pondan tersebut. Tapi apa yang dia mampu lakukan? Ingin meluahkan perasaan? Ah, dia bukan gadis seperti itu. Dia cuma berharap yang ini bukanlah kali terakhir dia melihat lelaki tersebut atau lebih senang dikenali sebagai PONDAN!

Eva melambai tangan ke arah Marley yang tersenyum ke arahnya. Marley nampak comel hari ini dengan kemeja putih bersama suspender pada seluar berwarna hitam. Eva pula kelihatan segak berbaju kebaya warna ungu lembut. Sesuai dengan warna tema hari ini.

"Hai? Kenapa tak makan?" Marley memandang pelik apabila melihat di hadapannya kosong tiada hidangan.

"Saya tunggu awak tadi. Awak dah makan ke?"

"Saya pun belum makan lagi. Awak nak apa - apa? Biar saya ambilkan?" Marley bangun ingin mengambil hidangan.

Laju Eva menarik tangan Marley supaya kembali duduk.

"Eh, tidak mengapa. Biar saya ambilkan untuk awak. Sedari tadi saya tengok awak ulang alik kesana kemari." Eva tersenyum dan kemudian beredar.
.
.

"Makanlah. Yang ni saja yang ada. Kalau awak nak apa - apa lagi, saya ambilkan?" Eva menghidangkan makanan yang diambilnya di atas meja. Persis suami isteri pula.

"Ini pun dah lebih dari cukup. Thank you, babe" Marley membuat flying kiss kepada Eva.

"Baju dah hensem, tapi perangai lawa bonar!"


"Saya nak ajak awak dinner malam ni? Sudi tak kalau awak ikut?"

"Ouh, sudi" Ralit Eva menjamah makanan hinggakan soalan yang didengar olehnya tidak jelas.

"Hah? Dinner?!" Setelah sedar dari lamunan, Eva mula terjerit kecil.

"Ya, dinner. Sebagai tanda perpisahan. Sudi tak?"

"Malam ni......"

"Kalau macam tu, lepas isyak saya ambil awak depan rumah, okay?"

.
.
.

Suasana romantik di sebuah restoran membuatkan Eva terpaku seketika. Macam mana seorang pondan boleh jadi seromantik ini?

"Macam mana? Okay tak tempat ni? Kalau awak tak selesa, kita boleh pindah tempat lain?" Memerhatikan Eva hanya berdiam, Marley mula tak senang hati.

"Eh, tak.. Saya okay." Eva tersenyum simpul.

Setelah membuat pesanan  makanan, mereka mula berbual kosong. Sehinggalah makanan tiba, suasana sunyi sehingga kedengaran bunyi violin dan irama piano.

"Terima kasih sebab bawa saya datang ke sini. Saya tak sangka yang malam ni akan jadi special macam ni" Eva berasa janggal tiba - tiba. Dia segan sebenarnya. Sudah lama tidak berada dalam situasi begini.

"Biasa saja. Tiada apa yang menarik pun. Mungkin cuma makan - makan?" Marley ketawa kecil. Dan kemudiannya menyambung.

"Tak.. Sebenarnya macam ni. Saya nak beritahu sesuatu pada awak. Saya tahu yang saya bukan lelaki idaman wanita di luar sana. Saya hanyalah saya. Saya tahu saya bukan lelaki sejati seperti yang awak idamkan."

S.O.F.TWhere stories live. Discover now