Dalam beberapa hari lagi, kontrak mereka akan tamat. Eva berasa lega kerana tidak lama lagi kerjanya akan selesai. Dia tidak perlu lagi berulang alik bersama dengan Marley setiap hari dan tak perlu lagi menghadap karenah Marley yang ada kalanya menyakitkan hati. Dia juga benar - benar rindu dengan kedai kesayangannya. Boleh kira beberapa kali sahaja dia singgah bagi melihat keaadan di sana. Tapi....
"Emmm, Eva....Kita ada sedikit masalah!"Marley yang kelihatan gelisah mula menggigit jari setelah baru membuat panggilan dengan seseorang.
"Apadia lagi? Saya rasa semua benda dah selesai kan." Eva memandang pelik
"Memanglah dah selesai. Tapi kita ada masalah baru!" Marley mula mengipas dirinya yang bagaikan cacing kepanasan.
"Apalagi?" Eva menenguk sedikit air oren di dalam gelas setelah puas berhempas pulas menyiapkan segala persiapan.
"Kanopi dah sedia, tetapi isinya tiada!" Marley berlakon ingin pengsan.
Eva yang mengingatkan Marley cuba berjenaka, lantas dia mula berloyar buruk. "Ha ha ha... Habistu hilang pergi mana? Terbang?"
"Babe, tak lawaklah!"
"Habistu kau ni cuba straight to the point boleh tak? Aku tak fahamlah."
"Pak Long baru call tadi. Dia kata semua meja dan kerusi tak boleh hantar sebab anak buah dia ada emergency. So, sekarang ni tiada sapa yang boleh hantar. Kalau client tahu ni, masaklah saya!" Marley yang kelihatan ingin menangis, cepat - cepat mengipas matanya.
"What?! Wedding tinggal tiga hari lagi dan Pak Long tiba - tiba cancel? Habistu nak buat macam mana?" Tersedak air oren yang diminum oleh Eva setelah mendengar kata - kata Marley.
Marley hanya diam.
"Takkanlah awak kenal Pak Long je kot? Cuba call orang lain. Mungkin ada yang boleh hantar?" Eva cuba memberi idea yang tidak munasabah. Manalah dia tahu apa - apa tentang ini.
"Hello, miss Eva! Awak ingat dalam masa tiga hari ni boleh tempah macam tu je ke?" Marley menjeling.
Eva terdiam sebelum mula berkata - kata. "Awak beritahu belum pada client?"
"Itulah saya nak telefon lah ini" Marley cuba mencari - cari nama yang tertera di dalam Contacts.
"Assalamualaikum, cik. Saya ada masalah sedikit ni. Sebenarnya... Okay cerita dia macam ni...."
Marley mula memberitahu apa yang telah terjadi. Riak wajahnya sudah menunjukkan yang dia sedang menghadapi seekor singa betina yang sedang kelaparan.
"Ye, cik.. Saya tahu. Saya dah cuba pujuk dia tapi tak boleh. Katanya....."
"Hmmm, masaklah kau!"
"Baiklah, cik jangan risau. Saya akan cuba yang terbaik. Nanti saya akan fikir macam mana nak selesaikan.... Ye, terima kasih. Assalamualaikum" Marley cepat - cepat menekan punat merah di skrin telefonnya lantas mengurut dadanya perlahan.
"Hah, macam mana? Dah macam kena gigit dah saya tengok awak ni?"Eva cuba mengusap belakang Marley perlahan. Cuba untuk menenangkan dia sepertimana Marley pernah menenangkannya dulu.
"Dia kata kalau kita tak selesaikan sebelum hari wedding, dia akan sebarkan pada media tentang syarikat saya. Nak buat macam mana ni? Saya tak sanggup syarikat saya hancur!"
Marley cuba mengusap airmatanya."Okay, Marley. Please be relax. Tenangkan diri. Jangan stres. Sekarang ni awak balik dulu, dan saya akan cuba bantu apa yang patut, okay?" Eva cuba untuk tersenyum. Dia berasa kasihan pula kepada lelaki itu.
.
.Malam itu, sewaktu Eva sedang berehat di atas katil, dia mula teringat tentang kejadian petang tadi. Dia tak sangka yang Marley boleh jadi setakut itu. Memikirkan yang Marley sering membantunya sewaktu dia sedang sedih, Eva mula terhutang budi. Mungkin kali ini, dia akan cuba untuk membalas jasa Marley terhadapnya. YA, buat kali terakhir.
Lama termenung, akhirnya dia mencari - cari nama di dalam telefonnya. Laju tangannya mendail nombor tersebut.
"Mahmud, boleh tolong saya tak besok?" Eva menelefon pemandu lori peribadinya.
"Okay, kalau macam tu, jumpa saya di kedai tepat jam 8 pagi. Bye, Assalamualaikum" Eva tersenyum sendirian.
.
.
.Eva memandu sendirian ke tempat persiapan majlis. Sewaktu dia tiba di sana, Eva terlihat seseorang yang sangat dikenali sedang bercakap dengan Marley di tepi tasik. Lantas Eva menghampiri selebriti terkenal yang merangkap client Marley itu.
"Assalamualaikum, cik Azalea. Saya Eva, kawan kepada Marley" Eva menghulurkan tangan kepada wanita itu.
"Waalaikummusalam." Wanita itu cuba untuk mengelak dari memandang Eva.
Eva memandang wajah masam Marley.
"Berkenaan dengan masalah pengangkutan tersebut, saya harap cik tak perlu risau kerana saya dah hantarkan pekerja saya untuk ambilnya. Dan insyaallah petang nanti, semuanya akan sampai" Eva tersenyum
Serentak itu, Marley dan wanita tersebut memandang Eva dengan wajah terkejut.
"Ehem.. betul apa yang saya dengar ini?" Wanita itu cuba untuk mendapat kepastian.
"Ye. Cik tidak perlu risau. Semuanya kami akan selesaikan dengan segera"
Mendengar kata - kata tersebut, wanita itu mengambil beg tangan jenama Hermes dan bangun ingin beredar. "Kalau itu apa yang saya dengar, esok saya nak semuanya sempurna. Kalau tak, syarikat kawan awak ni akan hancur sekelip mata." Dia lantas pergi meninggalkan tempat tersebut.
Eva tersenyum sinis memandang Marley.
"How did you do that?" Marley bertanya.
"Adalah." Eva mengangkat kening kepada Marley
.
.Tepat jam 2 petang, segala barang sudah tiba. Eva dapat melihat raut wajah Marley yang kelihatan tenang. Dia juga turut berasa gembira kerana Marley tidak akan kehilangan syarikatnya. Dia juga turut membantu beberapa orang pekerja menyusun meja - meja tersebut. Setelah semuanya selesai, Marley berjumpa dengan Eva.
"Saya tak sangka yang awak sanggup minta tolong pekerja awak supaya ambil barang - barang itu semua"
Melihatkan Eva yang berdiam diri, Marley menyambung.
"Saya tak tahu macam mana nak balas jasa awak, tapi saya harap suatu hari nanti kalau awak ada masalah, saya akan sentiasa ada untuk bantu awak. Thanks a lot, Eva"
"Tak.. Sebenarnya saya yang patut terima kasih pada awak. Awak sentiasa hiburkan saya waktu saya sedih, hantarkan saya balik rumah dan disebabkan awak lah, saya banyak belajar tentang wedding ini. Terima kasih Marley."
![](https://img.wattpad.com/cover/159108148-288-k810003.jpg)
YOU ARE READING
S.O.F.T
Romance~Macam mana kalau a cold - hearted girl boleh jatuh hati dengan seorang pondan?! Saksikan kisah Eva Marlysha, seorang gadis yang tiada perasaan pada lelaki boleh bertemu dengan seorang lelaki lembut yang berjaya ubah persepsinya bahawa setiap lelaki...