Pondan!

264 5 1
                                    

"Hoi, termenung apa tu!"

Eva yang sedang berteleku di tepi tingkap terkejut kerana disergah oleh Alin. "Ish, takde apa lah. Janganlah kacau. Aku takde mood ni."

"Eleh.. ni asal termenung jauh nih? Kau ada masalah eh? Ceritalah..." Alin mencuit pinggang dan lengan Eva.

"Orang kata tak de apa - apa tu tak de apa - apa lah!" Eva menjeling tajam. Rakan serumahnya sejak di bangku sekolah itu sering mengusiknya lagi - lagi bila sedang badmood.

"Hmm takdelah. Teringat kisah lama jee." Eva mengeluh kecil

"Cakap pasal kisah lama, aku dengar...."

Belum sempat Alin membalas, bunyi nada dering telefon milik Eva mula kedengaran.

Tertera nama panggilan pada skrin telefonnya,

                   //Dahlia//

"Haih apa lagi?.. Ni tak lain tak bukan mesti client ada complain ni. Hish orang nak cuti pun tak senang ah" Eva mula membebel sebelum menjawab panggilan. Pantang sekiranya cutinya diganggu pekerja.

"Waalaikummusalam, kenapa Dahlia? Ada masalah ke?"

"Macam ni, bos. Ingat tak Encik Maalik yang buat tempahan bunga haritu?"

"Iye, kenapa ye? Ada apa - apa yang tak kena?"

"Ada, bos. Ni haa.. Encik Maalik ni wedding planner dekat The NewlyWeds. Dia mengadu yang bunga - bunga yang dihantar ini tak cukup dan ada yang rejected. So, dia mintak ganti rugi kalau bos tak jumpa dia."

"Alamak, macam mana boleh      jadi macam ni?! Hah yelah. Kejap lagi saya datang. Suruh dia tunggu okay"

"Baiklah bos. Emm tapi bos...."

Tet. Tet. Tet.

"Hah Alin. Aku nak keluar kejap. Client buat hal. Nanti kau tengok - tengokkan rumah eh" Eva mula kalut.

"Eleh.. Client takkan buat hal kalau tak de masalah.. Weiii!! Aku doakan client tu jodoh kau!" Alin jerit sambil ketawa terbahak - bahak.

          "Urghh, what ever!"
.
.

"Assalamualaikum"

Di dalam kedai terlihat seorang lelaki maskulin di ruang menunggu sedang membelakanginya. Mungkin ini pelanggan yang sedang menunggunya sedari tadi.

"Maaf, Encik Maalik. Saya terlewat sedikit..." Eva membetulkan pakaiannya. Sudah menjadi lumrah bagi Eva yang sering berada dalam kekalutan

Lelaki itu akhirnya memalingkan tubuhnya. "Sila panggil saya Marley dan saya pantang bila orang panggil saya Maalik!"
Encik Maalik yang selesa dipanggil Maaley itu mula menghentak meja lalu menyilang kakinya persis feminin. Dia meniup kukunya lagak seperti gadis yang baru lakukan rawatan manicure.

"Oh My God!"

Jerit Eva di dalam hati. Spesies apakah ini? Keras di luar, lembut di dalam?! "Masak aku kalini!"

"Bbbaiklah, encik...Marley. Ehemm" Eva membetulkan duduknya. Entah kenapa hatinya terasa berdebar seolah - olah baru kali pertama bertemu dengan pelanggan. Mungkin pertama kali bertemu pelanggan spesis ini? Biasanya dia seringkali bertemu dengan lelaki sejati yang ingin membeli sejambak bunga bagi dihadiahkan kepada buah hati. Tapi kali ini.....Luar biasa!

"So, saya Eva Marlysha. Boleh panggil Eva dan saya pemilik kedai ini. Boleh saya tahu apa masalah Encik....Marley?" Eva mula berlakon serius dalam kerjanya walaupun kadang - kadang perilaku lelaki dihadapannya begitu lucu sekali.

"Awww, mat bunga pujaan hatiku!"

"Saya menempah sebanyak 200 kuntum bunga carnation dan bilangan yang saya dapat tidak mencukupi dan malah ada juga bunga rejected! Heyy, bussiness apa yang awak buat ni haa?! Hellooo..kalau awak rasa awak tu nak kenakan client, awak boleh tutup kedai ni saja laa!"

"Hishh panasnya hati aku  dengar pondan ni mengata! Kau ingat aku ni kuli kau?! Hey, naik juling la mata aku tengok jari dia tu meliuk lentok macam sotong.. Aku patahkan jari dia buat jejari goreng celup tepung baru tahu! Muka hensem, baju bergaya tapi pondan!"

Eva mengutuk Marley di dalam hati.

"Okay, macam ni lah Encik Marley. Boleh saya tahu berapa ganti rugi?"

"No, saya taknak ganti rugi." Selamba Marley berkata kata sambil mengusap halkumnya. Eh, ada rupanya!

"Habistu, encik nak suruh saya buat apa?" Eva mula tak faham dengan lelaki di hadapannya. Tadi bising sangat tapi bila orang nak bayar ganti rugi dia tolak pula.

"Saya nak awak ikut saya siapkan wedding ini dua bulan dari sekarang. Kalau awak tolak permintaan saya, jangan tanya kenapa kedai awak jadi rumah hantu besok!"

"Uish, mamat ni pondan ke gangster celop?"

"Baiklah. Saya terima. So, bila kita boleh mula?"

Marley tersenyum sinis lalu membetulkan rambutnya. "Esok"
.
.
.

Eva yang baru pulang, menghempas pintu rumahnya lalu menghenyak punggung ke sofa. Dia menghentak kakinya ke lantai tanda geram.

"Eee..geramnyaaaa!!!!" Eva bebal

"Wey, tumpah ah milo aku! Kau ni apahal?" Alin memarahi Eva yang kelihatan seperti orang gila.
Dah kena santau dengan client ke perempuan ni?

"Kau tahu tak mamat tu kann.. aku mintak nak bayar ganti rugi. Tapi boleh pula dia suruh aku ikut dia gubah bunga untuk wedding client dia selama dua bulan! Apa dia ingat aku takde kerja lain ke? Tu kat kedai tu siapa nak jaga? Sibuk sangat buat bussiness orang tak pasal - pasal bussiness sendiri yang lingkup! " Eva menggigit kusyen yang ada di atas sofa.

"Ouh yeke. Dia sangkut dengan kau lah tu" Alin mensisip minumannya.

"Amende kau merepek ni?"

"Tu maknanya jodoh yang aku doakan untuk kau tu nak luangkan masa dengan kau. Lembap!"

"Hoi, apa kejadahnya kau ni! Mamat tu pondan lah!" Eva menarik perlahan rambut Alin. Serentak itu, tersedak Alin apabila mendengar kata - kata Eva.

Alin tergelak kuat. "Haha seriously jodoh kau dengan pondan?! Oh my goodness!" Alin meletakkan tangan di bahu dan menjegilkan bebola matanya ke atas.

"Hey, kau jangan macam - macam eh?! Silap hari bulan sotong tu kenyang aku kerjakan" Eva mengipas dirinya yang kepanasan.

"Hmmm..tulah kau. Jual mahal sangat kang yang tu jugak yang melekat"

Eva ternganga melihat Alin. Dia menghentak Alin dengan kusyen lalu lari ke bilik.

"Woiii!!!"

S.O.F.TWhere stories live. Discover now