Sorry?

135 5 0
                                    

"Kau tak pergi kerja hari ini?" Alin terkejut melihat Eva yang santai di hadapan televisyen. Walaupun dia tahu Eva seorang pemalas, tetapi Eva tidak pernah memandang remeh tentang hal bekerja.

"Taklah, malas." Balas Eva pendek.

"Kau ni kenapa? Dah dua minggu terperuk dalam rumah macam orang menganggur. Jangan - jangan.... kedai kau kena ceroboh tak?!" Mata Alin terbeliak luas.

"Ya Allah.. mulut tu jaga sikit eh. Kedai aku elok je lagi okay. Aku pulak yang tak okay tengok kau" Eva menjeling tajam

"Hey, pergilah tengok apa yang patut. Kesian dia kat sana. Kot - kot dia perlukan pertolongan kau. Sedar sikit yang hutang kau dengan dia tak habis lagi tau" Alin mula membebel sambil mengunyah pancake yang disapu nutella di atasnya.

"Hish, kau ni jangan buat aku rasa bersalah boleh tak?" Eva mula tak senang duduk. Bukan susah pun nak lembutkan hati dia.

"Hmmm dah tu. Kau yang tiba - tiba terasa. Kau lah yang masalah sekarang. Kalau kau tak minta maaf maksudnya kau pengecut. Dengan pondan pun boleh takut!" Selamba Alin menjawab. Dia tahu Eva pantang dicabar.

"Hey, mulut tu jaga sikit eh. Dia pondan bukan sebarang pondan tau. At least dia bukan lelaki miang macam kat luar sana okay!" Eva cuba mempertahankan Marley.

Alin menghentak gelasnya di atas meja kopi lalu merampas remote tv yang ada pada Eva. "Tulah kau.. Aku dah pesan. Dulu kutuk sangat pondan itulah, inilah. Sekarang ni dia pulak yang panas bila orang cakap pasal lelaki tu. Loser!" Alin terbalikkan ibu jarinya dihadapan wajah Eva.

"Eeeeee!!!!"

.
.
.

Eva melangkah keluar dari perut keretanya. Kerana tercabar dengan kata - kata Alin tadi, terus dia membawa diri ke sini. Sememangnya jujur dia katakan yang dia sudah mula rindu dengan si pondan tersebut. Perkenalan mereka yang sudah masuk dua bulan itu cukup mengeratkan hubungan di antara Eva Marlysha dan Maalik Musa.

Laju kaki Eva menuju ke arah kanopi tersebut. Dia melihat Marley yang sedang sibuk berkerja. Mungkin sedang meneliti kesempurnaan di matanya. Sepanjang perkenalan, dia sudah masak dengan perangai Marley yang tajam matanya apabila terlihat walaupun sedikit kecacatan daripada hasil kerja.

Dari belakang, Eva melihat Marley seperti seorang 'Maalik'. Lelaki gagah perkasa dan bukannya 'Marley' iaitu si mat bunga yang dikenalinya.

"Ehem.. Am I late?"

Eva menegur Marley yang berdiri membelakanginya. Eva tersenyum dan menarik rambut ke belakang. Marley yang terkejut hanya mampu ternganga

"Evaa..."

"Sebelum kita mulakan kerja, boleh saya cakap sikit? Kalau awak tak sibuk, sudi tak awak ikut saya ke sana?" Eva menuding jarinya ke arah sebuah bangku berdekatan.

"Sebenarnya, saya nak minta maaf atas kejadian tempoh hari. Saya tahu saya tak sepatutnya buat macam tu pada awak. Awak tak salah pun. Jadi,...."

"Dah, tak payahlah. Jangan risau. Well, saya tak kisah pun sebenarnya. Cuma, saya lega yang awak dah kembali" Marley menongkat dagunya di atas meja.

"Sorry?"
.
.
.

"Lamanya saya tinggal kerja saya. Rindu rasanya nak jejakkan kaki di sini" Eva menghirup udara sedalam - dalamnya.

"Saya tahu awak rindu saya. Hey, janganlah begini. Malulah saya!"Marley menutup mulutnya yang sedang ketawa lalu menampar bahu Eva.

"Erghhh, tolonglah! Saya cuma kata saya rindukan kerja saya. Jangan perasan boleh tak?" Eva mencebik.

"Tapi macam mana pula kalau saya kata saya rindukan awak?" Marley menghala pandangan ke tempat lain. Dia malu ingin memandang wajah Eva yang sedang memerah sekarang ini.

Eva membaling span bunga yang berdekatan dengannya. Balingan yang tepat mengenai kepala Marley.

"Hey, janganlah! Saya gurau je. Awak ni serius sangatla.. Eeeee benci saya!" Marley membalas balingan ke arah Eva.

"Yelah... okay, okay. Awak ni jangan mengada sangat boleh tak?"Eva memandang Marley. Meluat dengan kegedikannya.

"Saya ada sebab kenapa saya jadi macam ni. Bukan sengaja". Pandangan Marley mula jatuh. Eva memandang sayu.

"Kenapa? Sebab awak jatuh cinta dengan lelaki eh?" Eva cuba melawak. Alih - alih hanya dia seorang yang gelak. Dia berdehem.

"Hello, dear! Saya masih ada perasaan pada perempuan eh. Excuse me!"

"Gurau saja. Janganlah terasa. Okay, cerita lah kenapa awak macam ni?" Eva mula serius

"Dulu, kakak saya dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Dan mengenangkan nasibnya yang mengandung anak luar nikah, ayah saya buang dia dari keluarga. Sejak itu, saya tak jumpa dia lagi. Dan saya mula benci dengan lelaki. Saya janji pada kakak saya yang saya akan balas dendam atas perbuatan jantan tak guna itu"
Marley termenung mengenangkan nasib kakaknya. Entah dimana lah dia sekarang.
Tetapi dia berjanji dia akan jejak lelaki itu sampai jumpa.

Kisah Marley seolah - olah kena tepat dengan nasib yang ditimpa wanita yang menjadi mangsa rogol Harman. Tapi kerana perbuatannya itulah aku dan dia tidak dapat dijodohkan. Semuanya kerana perbuatan keji

"Saya harap suatu hari nanti awak dapat bertemu dengan kakak awak. Insyaallah saya yakin sekarang ni dia tengah selamat" Eva mengusap lembut belakang Marley.

"No worries, dear. So, now i'm okay! Let's start our work. My flowers are missing you so much!" Marley yang sedang sedih tadi tiba - tiba bertukar menjadi periang.

Pelik sungguh dengan perwatakannya.

S.O.F.TWhere stories live. Discover now