Luar biasa

164 5 0
                                    

Hari ini sudah genap seminggu Eva bekerja dengan Marley. Setelah penat mengangkut barang - barang, dia akhirnya berehat di tepi tasik.

Flashback~

"Man, cantikkan tasik tu?" Eva yang sedang duduk di sebelah Harman mula tersenyum gembira. Tak sabar ingin menanti hari pernikahannya.

"Of course lah cantik. Macam you. Sebab tu lah I pilih tempat ni. Very romantic like us" Harman merangkul pinggang Eva.

"Tapikan sayang. Macam mana you tahu tempat ni is one of my wishlist?"

"Of course lah I tahu. Habistu bakal suami apa lah saya ni 6 tahun bercinta pun tak tahu lagi apa yang kesayangan dia nak" Harman mengusap perlahan rambut Eva.

Semasa sedang berpegangan tangan bersiar - siar di tepi tasik, tiba - tiba Eva tergelincir lalu jatuh ke dalam air. Risau melihat keadaannya yang lemas, Harman membuka bajunya lalu terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan Eva yang dalam kelemasan. Mujur ada orang disekeliling yang membantu mereka dalam kebasahan.

Eva tersedar dari pengsan sewaktu dia berada di hospital. Dia memandang Harman yang berada di sebelahnya.

"Man..."Eva memanggil lemah.

"Sayang, you dah bangun?"

"Apa dah jadi ni?" Eva memicit perlahan kepalanya yang sedang pening.

"You pengsan tadi lepas lemas dalam tasik. Insyaallah sekarang ni you dah okay" Harman mengusap tangan Eva.

"You janji jangan tinggalkan I ye" Eva mengalirkan air mata ketakutan.

"Ye sayang. I janji sampai mati pun I takkan tinggalkan you. I kan cintakan you.." Harman mencium dahi Eva.

End of flashback~

"Bodoh! Kenapa kau tak biarkan je aku lemas dulu? Kenapa kau selamatkan aku? Kenapa kau tak bunuh je aku dulu? Disebabkan kau, hidup aku merana.. Harman. Sebab kau!"

Eva menangis keseorangan. Sedih dia memikirkan kenangan silam yang telah mengubah 100% dirinya yang lembut menjadi seorang gadis yang berhati batu.

Tahniah buat para lelaki yang berjaya bunuh hati perempuan!

"Heyy, dear. Kenapa nangis - nangis tiber nih. Tell me what's your problem? Period eh?"
Marley cuba berjenaka. Tapi malangnya tak lawak.

Tahukah anda bahawa wanita sejati pantang bila lelaki tanya tentang period?!

"Hey, come on dear. Kenapa nangis ni. Eee tak mau nangis. Eee macam pondan la awak ni!" Gaya percakapan Marley yang bagaikan Mak Jemah sambil tangan kirinya di bahu mengundang tawa Eva. Tak sedar diri betul pondan ni!

"Sudah la tu. Awak ni jangan buat lawak boleh tak"Sisa ketawa Eva masih kedengaran.

Marley menghulurkan sepaket  tisu kepada Eva.

"Terima kasih" ucap Eva.

"Kenapa dengan awak ni? Ceritalah. Saya dengar."

"Tiada apa - apa pun. Jangan risau. Saya okay" Eva cuba tersenyum.

"Kalau macam tu, jom saya bawak awak makan nak? Saya tahu kat mana tempat yang sesuai untuk awak" Marley menampar perlahan bahu Eva sambil mengenyit mata ke arahnya.

.
.
.
Akhirnya tempat yang dikunjung telah tiba. Ingatkan jauh sangat sampai perlu naik kereta bagai, rupanya Marley hanya membawa Eva masuk ke dalam sebuah rumah tumpangan yang tersedia di sini.

"Eh masuklah cepat!"Marley mengajak Eva masuk ke dalam namun langkah Eva kaku tiba - tiba.

"Kita dua je?" Jari Eva menunjuk ke arah Marley dan dirinya. Risau kerana hanya dia dan Marley yang berada di situ.

"Habistu siapa lagi kat sini? Eee awak cepatlah...Saya lapar ni"Marley menghentak kedua - dua kakinya persis anak kecil yang kelaparan.

"Hey, awak fikir apa sekarang ni? Cakap cepat! Eee tak kuasa saya nak makan awak lah! Eee geli tau..Cepatlah"Marley menarik tangan Eva masuk ke dalam.

Eva masih berjaga - jaga. Walaupun 'lelaki' di hadapannya lembut mengalahkan perempuan, tetapi dia tetap harus berhati - hati kerana Marley tetap mempunyai nafsu

Marley menarik tangan Eva dan membawanya duduk di bar berhampiran dapur. Lantas dia mengambil bahan yang tersedia di dapur tersebut. Laju tangannya 'bekerja'. Terpegun Eva melihat kecekapan Marley dalam melakukan kerja. Lelaki yang berada di hadapannya sangat istimewa dan luar biasa!

~Penat menunggu, akhirnya makanan yang ditunggu akhirnya terhidang di hadapan Eva. Steak! Bau kambing menusuk hidung. Kehebatannya memasak mampu mengalahkan Eva yang hanya duduk goyang kaki di rumah menunggu Alin hidangkan makanan untuknya. Mujur lah sahabat baik nya itu hanya melayan karenah Eva.

"Wah, sedapnya!" Untung Eva dapat suami macam ni. Eh!

"Of course lah sedap. Tengok siapa yang masak" Melihat gaya Marley ala - ala flying kiss, hilang selera makan Eva yang lapar sedari tadi.

"Sudahlah. Daripada saya layan awak ni, baik saya makan" Belum sempat suapan pertama meluncur laju kedalam mulut, Marley cepat - cepat menampar tangan Eva.

"Hey, apa ni?! Baca doa dulu sebelum makan" Mulut becok Marley mula membaca bismillah sebelum menjamah hidangan di hadapannya.

Eva mencebik mulut lalu memulakan suapan setelah membaca doa makan.

"Macam mana? Sedap?" Marley memecahkan suasana yang sunyi sedari tadi.

"Hmm.. Not bad" Jawab Eva selamba walaupun mulutnya laju mengunyah persis orang tak makan sehari.

Marley yang ternganga mendengar komen Eva mula laju mengambil pinggan steak yang dimakan oleh Eva. Eva cuba mencapai pinggan yang diaangkat tinggi oleh Marley.

"Awak bagilah balik! Saya laparlah! Bagi steak saya balik" Eva cuba memberontak sambil kedua belah tangannya memegang pisau dan garfu lagak mahu berperang.

"Penat saya masakkan untuk awak, sampai hati eh awak cakap macam tu?"Marley meletak kembali pinggan tersebut lalu memeluk tubuh tanda merajuk.
Betul - betul macam perempuan!

"Eh laa.. Mana ada. Sedaplah..Ye betul, sedap sangat steak awak!" Eva tersenyum sambil bebola matanya dijegil ke atas.

"Betul ni?" Marley mula menggedik.

"Ye betul, Marley. Terima kasih tau. Sayang awak" Eva ketawa perlahan. Tapi, betul ke apa yang dia sedang katakan?



S.O.F.TWhere stories live. Discover now