6 tahun yang lalu~
London
Eva Marlysha bertemu dengan seorang lelaki melayu yang paling digilai di London. Mereka dipertemukan di tempat pengajian yang sama. Selama 4 tahun juga mereka menjalinkan hubungan cinta dalam diam. Sehinggalah pada suatu hari...
.
.
."Eva sayang.." panggil Harman anak Dato' Haider.
"Yee Man." Eva melentokkan kepalanya ke bahu Harman.
Sewaktu ini mereka sedang duduk menikmati kehijauan di Hyde Park."I nak cakap sikit ni. Be serious please." Harman merenung jauh ke dalam mata Eva. Cuba mencari perhatian.
Eva yang sedang menikmati aiskrim mula rasa tak senang apabila Harman merenungnya sebegitu. "Ye, kenapa. Cakap je lah. Tak payah la tengok macam tu" Dia memandang sinis.
"Esok I nak balik Malaysia dah."
"What?! Are you serious?" Aiskrim yang dinikmatinya mula ditolak tepi. Tekaknya mula terasa kelat apabila buah hati ingin berjauhan.
"Ye, Eva. I terpaksa ikut kata daddy I. Dia sedang sakit sekarang ni. Tolong faham please" Harman memegang erat kedua - dua bahu Eva.
"Tapi kenapa you tak bawa je I. You dah janji nak kahwin lepas kita balik Malaysia." Kelihatan air sudah bertakung di kolam mata Eva.
"Ye sayang, I janji. Tapi ni bukan masanya. Daddy I sakit dan you kena faham. I janji lepas semuanya okay, kita akan teruskan plan kita ye." Harman memujuk Eva dan memeluknya seerat mungkin.
.
.Itulah Eva yang dulu. Di zaman kejahiliannya sehinggalah lelaki itu menghilang bersama janjinya. Dan dua tahun selepas Eva pulang dari Malaysia, ibunya meninggal dunia. Sewaktu di majlis pengebumian ibunya, Harman datang dan bertemu dengannya.
"Eva Marlysha! I minta maaf" Tercungap - cungap Harman mengatur nafas kerana penat mengejar Eva yang cuba lari daripada.
"Mana janji yang you kotakan pada I dulu? Dua tahun I cari you, Man. Sampailah arwah ibu I dah tiada, baru you datang nak jumpa?" Setitis airmata jatuh ke tanah.
"I minta maaf. Bukan sengaja I buat macam ni dekat you. I ada masalah keluarga. Dan I mengaku I menyesal tak cari you. Tolong maafkan I. Please jangan diam macam ni. I rindu you" Harman melutut di hadapan Eva.
"Apa yang you buat untuk tebus kesilapan you?" Eva memandang Harman dengan penuh harapan.
Kelihatan Harman sedang meneguk air liur."Dalam beberapa bulan lagi kita akan kahwin. I dah bincang dengan my parents"
Eva terkejut dengan kata - kata Harman. Dia tak sangka yang Harman betul - betul akan kotakan janjinya yang dah tertanam beberapa tahun yang lalu.
.
.Sehinggalah segala persiapan perkahwinan Eva Marlysha dan Izz Harman hampir 80% selesai, terjadilah beberapa peristiwa yang tidak terjangka akan berlaku. Beberapa minggu sebelum hari pernikahan, Eva dikejutkan dengan panggilan dari keluarga mertuanya supaya datang ke rumah mereka.
Eva yang terkejut dengan situasi tegang di rumah bakal mertuanya terkaku melihat seorang wanita bersama dengan bayi yang berusia lingkungan 3 bulan yang berada dalam dakapan wanita tersebut.
"Assalamualaikum, ibu. Ada apa ye?" Semua orang di dalam rumah itu melihat ke arah Eva yang terkaku di hadapan pintu rumah.
"Waalaikummusalam.. Hah, baguslah kamu dah datang. So now, Harman. Please tell the truth!" Melihat Datin Melda mula menyinga, Eva semakin tak faham situasi. Agaknya prank apakah hari ini? Birthday prank siapa sebenarnya? Atau hanyalah mimpi?
"Tak, ibu. Sebenarnyaa...." Belum sempat Harman menyambung, wanita tersebut mula memotong percakapan Harman.
"Sebenarnya anak yang saya dukung ni anak Harman. Kami sudah dua tahun bersama tapi Harman tak pernah beritahu pada Dato' dan Datin tentang anak dalam kandungan saya selama ni adalah anak dia!" Wanita itu mula menangis sambil mencium anaknya yang sedang lena seolah olah tiada masalah yang berlaku.
Eva yang mendengar terasa bagaikan halilintar yang terpanah dalam lubuk hatinya. Dia yang hampir pengsan sempat ditangkap oleh ayah kandung dan ibu tirinya.
Mendengar kata - kata tersebut, Dato' Haider menghadiahkan sebuah tamparan pada pipi Harman.
"Kurang ajar punya budak! Aku jaga kau selama ni rupanya ini yang kau balas! Patutlah belum habis lagi pengajian, kau dah balik sini awal. Membuntingkan betina rupanya! Sekarang ni kau cerita pada aku baik - baik apa yang terjadi selama ni" Nafas Dato' Harman mula tidak teratur. Dia mula mengurut dadanya.
Eva seakan - akan tidak percaya dengan kata - kata Dato' Harman. Tidak sangka bahawa sangkaan dia yang selama ini ingatkan bahawa Harman balik awal ke Malaysia bukan kerana daddynya sakit, tetapi kerana perempuan lain!
"Sebenarnya, kejadian dua tahun lepas, Man mabuk daddy. Man tak sedar apa yang Man buat. Man rogol dia. Selepas Man dapat tahu dia mengandung, Man balik sini untuk bertanggungjawab atas perbuatan Man. Man dah kahwin.." Harman melutut di hadapan Dato' Haider
"Astaghfirullah..." Masing - masing di situ mula mengucap panjang. Sungguh tidak menyangka yang Harman sanggup menipu Eva selama ni. Bukan hanya menipu kekasihnya, malah keluarganya juga. Eva seakan lumpuh dan tidak mampu berkata apa - apa.
"Disebabkan perbuatan bodoh kamu, daddy sendiri yang malu dengan Eva. Apa daddy nak cakap dengan keluarga dia?! Sekarang ni kamu beritahu dengan daddy apa yang kamu nak buat!" Suara Dato' Haider semakin meninggi. Datin Melda sudah lama membawa diri naik ke bilik. Tidak sanggup melihat dan mendengar apa yang telah terjadi.
"Beginilah. Saya tidak mahu panjangkan cerita. Saya sebagai ayah Eva tidak sanggup lagi untuk lihat anak saya menderita. Dan saya tak akan biarkan anak saya jadi perampas rumahtangga orang. Dengan ini, saya sebagai wakil ingin pulangkan cincin yang telah diberi oleh Harman kepada Eva. Terima kasih kepada Dato' kerana telah menerima segala kekurangan anak kami. Kami pergi dulu. Assalamualaikum" Ayah Eva, Encik Hisham yang telah lama berdiam diri akhirnya membuka mulut untuk mengundur diri.
Kini tiada lagi persiapan majlis yang meriah dibuat. Semuanya tinggal sisa dan debu.Sejak peristiwa itu, hatinya telah mati. Tiada lagi perasaan cinta yang terbuku di dalam hatinya. Tiada sekelumit pun perasaaan cinta pada mana mana lelaki selepas apa yang terjadi. Baginya, semula lelaki adalah sama! Habis madu, sepah di buang.
Lebih rela bersendirian dari diri dipermainkan. Dan dia berjanji sampai mati pun dia tidak akan bertemu dengan lelaki itu.
YOU ARE READING
S.O.F.T
Romance~Macam mana kalau a cold - hearted girl boleh jatuh hati dengan seorang pondan?! Saksikan kisah Eva Marlysha, seorang gadis yang tiada perasaan pada lelaki boleh bertemu dengan seorang lelaki lembut yang berjaya ubah persepsinya bahawa setiap lelaki...