Lapan Tahun Kemudian
"Kau nak pergi mana malam-malam buta ni?" Joo Hee mendiamkan diri untuk seketika,tingkap biliknya dikuak luas.Cap hitam dipakai.Sepasang kasut converse berwarna hitam juga disarungkan pada kakinya.
"Ada cadangan?" soal Joo Hee.
Dia menunggu Hyun Jae untuk membalas,"ada kot.Jumpa je lah aku dekat stesyen minyak Wonheung.Lepastu kita fikirlah nak pergi mana.Nak ajak Becca?Sky ke"
"Tak payah.Diaorang dah tidur agaknya"
"Okay"
Joo Hee mengeluh apabila panggilan telefon itu dimatikan.Dia memandang tingkap itu dengan sepi.Bukan sekali,bukan dua kali,tetapi sudah berpuluh kali dia lakukan begini.Kenapa?Kenapa dia tidak boleh keluar rumah secara normal melalui pintu seperti orang lain pada waktu malam?
Apa bezanya dia dan orang lain?Apa bezanya dia dengan gadis-gadis lain?Kenapa dia perlu terperangkap di dalam rumah agam yang bagaikan penjara Rapunzel ini?
Joo Hee menggelengkan kepalanya.Kalau dia persoalkan perkara-perkara itu pada ayahnya pun,lelaki itu tidak akan faham.Lagipun,lebih baik dia berdiam diri sahaja.Tiada guna kalau duduk rumah dan keluar hanya untuk bekerja tetapi tidak menikmati kehidupan.Tiada gunanya dia untuk hidup lagi.
Tok tok tok
"Cik Muda belum tidur lagi?" Kedengaran suara Reen,seorang pembantu rumah berumur 17 tahun,bertanya di sebalik pintu biliknya.
Joo Hee mengigit bibir.Silapnya sebab tidak tutup lampu.Hampir sahaja rancangan lari rumah buat sementara waktu itu gagal.Mulanya Joo Hee tidak menjawab,tetapi lama-kelamaan dia terfikir.
'Kalau Reen,boleh juga aku kenakan dia'
Dengan pantas Joo Hee mengambil purse hitam dan telefon bimbit.Dengan serta merta dia membuka pintu,membuatkan Reen terkejut dengan perlakuannya.
"Reen,pagar utama buka lagi?"
Gadis itu kelihatan teragak-agak sebelum menjawab, "Uh..rasanya ya.Pak Cik Soh tengah ronda dekat taman,lepastu baru dia tutup pagar"
"Oh,pengawal?"
"Pengawal tengah ronda dekat laman belakang"
Joo Hee mengecit,laman belakang merupakan tempat yang perlu dia lalui jika dia ingin menyelinap keluar daripada kediaman itu.Kalau lalu situ,memang kena tangkaplah.
"Kenapa tiba-tiba ronda?Biasanya pak cik Soh je yang buat semua tu"
"Uhh,sebab ada khabar angin yang Cik Muda keluar rumah malam-malam?"
Joo Hee menggigit bibir lagi.Siapa pula lah yang sebarkan khabar angin tu?Macam mana pula orang tu boleh tahu?
Joo Hee tersenyum kecil,selepas menutup suis lampu biliknya yang berdekatan dengan pintu,dia memegang kedua-dua belah bahu Reen."Reen boleh tolong akak?"
YOU ARE READING
Heart Seekers || MYG
RomanceAku tak minta banyak,aku cuma mahu kau kekal di sisi aku. #heartseeker #angstseries1 #originalbook ※SuChel※ Started : 03 . 09 . 18 Finished : ©jimineastry2018