"Yo-Yoongi?"
"Hah!Kau ni aku rasa Stupid Blonde tu memang sesuai lah dengan kau.Eh tahu tak dekat sini tak ramai orang lalu kalau dah pukul 10.Nasib aku lalu tau.Kau gila ke apa?Bodoh eh?Mak bapak kau susah-susah besarkan kau,kau boleh pula nak cabut nyawa sendiri.Eh tak fahamlah aku!Aku yang depressed tengok kau ni," akhirnya bebelan lelaki itu sudah tiba ke penghujungnya.
Terkebil-kebil Joo Hee menatap wajah Yoongi.Dia...marah...aku?
"Kenapa selamatkan aku?"
"Sebab aku tak nak jadi saksi orang bunuh diri lah pandai!Kau nak bunuh diri pergi bunuh diri dekat tempat yang tak ada orang.Jangan bunuh diri dekat tempat awam," marah Yoongi lagi diselitkan dengan cadangannya untuk tempat-tempat yang sesuai menjalankan upacara membunuh diri.
Joo Hee bangun.Badannya terasa sedikit sengal disebabkan lelaki ini menghempas badannya ke lantai."Maaf," ucapnya sebelum membuka langkah.
Yoongi bertindak pantas dengan mencengkam lengan Joo Hee,menghalang gadis itu daripada bergerak.
"Kau nak apa?"
Yoongi tidak berkata apa-apa buat seketika.Dia pun tak tahu kenapa sekarang tangan dia boleh melekat pada tangan Joo Hee.Cepat-cepat dia menarik kembali tangannya ke sisi.
"Kau nak bunuh diri?" soalnya meminta kepastian.Memang dia tahu apa maksud disebalik perbuatan wanita itu.Cuma dia mahukan kepastian.
Mengapa seseorang yang cukup segala nikmat ingin membunuh diri?Sudahlah kaya,ada rumah besar,makan pun tak perlu fikir,petik jari je sudah sampai.
"Tak lah.Aku nak skuba," balas Joo Hee penuh sarkastik.Ditambah lagi dengan jelingan maut terkenal nya.
Yoongi mengecit.Mungkin dia tak nak berkongsi apa-apa lagi setakat ini.Mereka berdua ni pun bukannya suka bercakap bersama-sama.Kalau fikiran tu tak waras agaknya dah lama diaorang rancang nak bunuh masing-masing.
"Tak perlu nak bunuh diri sangatlah.Apa-apa pun masalah yang kau ada,ingat yang masalah orang lain lebih besar dari kau," nasihat Yoongi.
Namun Joo Hee tidak mahu dengar,"sekali lagi Min Yoongi,awak bercakap seperti awak kenal saya"
Pintu kereta terus dibuka dan dia meninggalkan Min Yoongi berdiri di tepi jambatan itu berseorangan.
Lantak kau lah perempuan.
Malas nak masuk campur,dia pun turut beredar daripada situ.Situasi tadi bermain di mindanya tanpa henti.
Terlalu tepat.Masanya terlalu tepat.Adakah ini kebetulan atau memang ini takdirnya untuk selamat kan gadis itu?
"Apa sebab dia nak bunuh diri?" gumamnya perlahan.Kang Joo Hee dan dia mungkin sekarang tidak berada di zon 'berkawan' tetapi peliknya,dia tidak tenang selagi dia tidak tahu punca Joo Hee bertindak sebegitu.
Lantak lah lantak lah.Ayah kau lagi penting.
Sampai sahaja di halaman rumah,Min Yoongi mengeluh.Tidak kira betapa banyaknya dia ungkap kan perkataan lantak lah,dia tetap kembali kepada satu.
Kang Joo Hee
Wanita misteri yang menyorok segala perasaan di sebalik topeng di wajahnya.
YOU ARE READING
Heart Seekers || MYG
RomanceAku tak minta banyak,aku cuma mahu kau kekal di sisi aku. #heartseeker #angstseries1 #originalbook ※SuChel※ Started : 03 . 09 . 18 Finished : ©jimineastry2018