Chapter 6 ; Nak Mati Sangat?!

38 7 0
                                    

"Berhenti?!Kau dah gila ke apa?!" Bang PD bercekak pinggang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Berhenti?!Kau dah gila ke apa?!" Bang PD bercekak pinggang.Kembang kempis hidungnya memandang Yoongi yang menayang muka selamba.

Yoongi,salah satu artis kesayangannya ingin meninggalkan Big Hit?Atas alasan apa?

"Kau ingat syarikat ni pintu Doraemon?Boleh keluar masuk sesuka hati?" Bebel Bang Si Hyuk lagi.

Susah-susah dia jadikan Yoongi sebagai Suga,lelaki itu dengan senang sahaja mahu berhenti.Huh,merepek betul!

"Aku terpaksa," balas Yoongi.Semalam selepas habis konsert,ayahnya terkena serangan jantung.Bukan main kecoh lagi keluarganya.

Semalaman dia bertapa di hospital,dia keluar ni pun sebab dia dah fikir masak-masak.Ayah dia terkena serangan jantung,hati siapa yang tak gundah gulana?

"Apa masalah kau?Kalau kau ada problem,bagitahu kami,"

"Kau tahukan aku setuju jadi artis sebab kau yang suruh.Asalnya aku nak jadi producer je.Sekarang aku dah penatlah nak hadap konsert itu semua.Syarikat ayah aku–" kata-katanya terhenti.

Syarikat ayah dia...

Dia ingin berhenti kerana itu.

Dia tahu ayahnya tak lama.Bukan dia berharap akan kematian ayahnya,cuma dia tahu tentang hakikat yang pasti.

Encik Min dalam keadaan kritikal.

Ayat yang doktor ucapkan berjaya membuatkan dia tergamam.

"Okay" seakan terkejut dengan jawapan Bang Si Hyuk,Yoongi mengangkat wajahnya.Muka polos CEO itu dipandang keliru.

Ingatkan lelaki itu akan menentang habis-habisan.

"Tapi dengan satu syarat.Kau masih tak boleh tinggalkan syarikat ni.Aku boleh setuju yang kau nak berhenti jadi artis.Tapi untuk berhenti jadi producer,aku tak benarkan.Kau ada bakat Yoongi.Aku tak nak kau sia-siakan bakat kau.Kalau kau rindu nak jadi artis ke apa ke,pintu sentiasa terbuka untuk kau.Macam mana?Setuju?"

Syarat Bang PD diteliti kembali.Tiga minit kemudian,Min Yoongi mengangguk.

Dia masih sayang dunia hiburan.Dunia muzik.

Jadi apa salahnya kalau dia buat dua kerja dalam satu masa kan?

"Okay.Kitaorang tengok dulu apa yang kitaorang boleh buat.Dalam masa 2,3 hari,status kau sebagai idol rapper akan gugur.Tapi kau masih producer kami,faham?"

Heart Seekers || MYGWhere stories live. Discover now