I.O 5

263 11 5
                                    

"Chan!! Teman aku pergi tandas jap!! Dah tak tahan ni woi!!" jerit Boo Seungkwan sambil berlari kecil ke arah Chan, yang sedang khusyuk menatap skrin telefon.

"Pergi lah sendiri. Aku malas lah. Dah la jauh. Tingkat atas sana," balas Chan tanpa mengalihkan pandangannya dari telefon.

"Alah... jom lah! Aku dah tahan bebenor ni!" Seungkwan merengek, wajahnya jelas menggambarkan ketidakselesaan.

"Pergilah sorang. Bukannya ada hantu pun kat tingkat atas tu," jawab Chan dengan nada selamba.

"Alah~ teman lah aku... kita kan b.f.f..." Seungkwan cuba merayu, memegang lengan Chan sambil menggeselkan mukanya manja di bahu kawan baiknya itu.

"Heish!" Chan menarik lengannya dari genggaman Seungkwan, wajahnya sedikit terganggu dengan tingkah laku Seungkwan yang berlebihan.

"Jebal~ Hmm?" Seungkwan memandang Chan dengan mata bersinar-sinar, tiba-tiba dia melakukan aegyo yang tak diduga di hadapan Chan. Chan terdiam sejenak, memandang Seungkwan dengan ekspresi serba salah.

"Aish, yelah!" Akhirnya, Chan menyerah juga. Bukan kerana dia terkesan dengan aegyo Seungkwan, tapi dia benar-benar tak tahan dengan perangai kawannya itu. Lebih baik ikut daripada berhadapan dengan rengekan manja Seungkwan lagi.

"Kajja!" Seungkwan menarik tangan Chan dengan penuh semangat, membawanya keluar dari kelas dengan pantas. Chan hanya mengikut langkah kawan baiknya itu, meskipun hatinya masih berat.

Sampai sahaja di hadapan tandas tingkat atas, Seungkwan dengan cepat meluru masuk ke dalam tandas, meninggalkan Chan yang bersandar pada dinding di luar. Chan hanya mampu menunggu dengan sabar, sudah terbiasa dengan perangai Seungkwan yang suka buat kecoh.

Chan mundar-mandir di hadapan pintu tandas, cuba mengisi masa yang terasa panjang. Matanya tiba-tiba menangkap seorang guru lelaki yang keluar dari kelas di hadapan. Guru itu perasan kehadiran Chan dan melangkah menghampirinya.

"Kamu Lee Chan kan?" Guru itu, yang namanya tertera sebagai Joshua pada tag namanya, bertanya dengan senyuman.

"Nae," jawab Chan, sedikit hairan.

"Boleh tolong bagi fail ni kepada Jeonghan Saem?" tanya Joshua sambil menghulurkan sebuah fail nipis berwarna hitam.

"Oh, okey," Chan mengambil fail itu tanpa banyak soal.

"Terima kasih," ucap Joshua sebelum dia pergi meninggalkan Chan bersendirian di situ.

Tak lama kemudian, Seungkwan keluar dari tandas, wajahnya penuh dengan kelegaan. "Apa tu?" tanyanya sambil menunjuk ke arah fail di tangan Chan.

"Oh, ni fail untuk Jeonghan Saem," jawab Chan sambil mengangkat fail tersebut sedikit.

"Jom teman aku hantar kejap."

Seungkwan hanya mengangguk. Baru sahaja mereka melangkah beberapa meter, Seungkwan tiba-tiba berhenti dan memegang bahu Chan.

"Kenapa?" tanya Chan, kebingungan.

"Nak ikat tali kasut kejap," kata Seungkwan sambil melutut untuk mengikat tali kasutnya yang terurai.

Di saat itulah, Chan tiba-tiba memalingkan wajahnya ke kanan. Dia ternampak aku—Park Minseo—berdiri di hadapan pintu kelas sambil memegang pemegang pintu. Mata kami bertentang, dan masa seolah-olah terhenti. Kami berdua kaku, hanya mampu saling memandang.

"Weh, tadi kau kata nak pergi tandas. Ni yang tiba-tiba berhenti kat sini buat apa?" Yeji bersuara, perasan aku berhenti tiba-tiba. Tapi suaranya terhenti bila dia nampak seorang lelaki yang berdiri di hadapan pintu kelas, memandang aku tanpa berkedip.

If Only - Lee ChanWhere stories live. Discover now