Chapter 3

496 57 1
                                    

Aku berdiri diatas sebuah batu besar yang di kelilingi batu-batuan kecil . Bayu pantai menerpa wajah , mengirimkan kalam ketenangan kepadaku.

Tidak disangka , sudah seminggu aku berbulan madu di sini dan semuanya masih hampa.

Masih segar di ingatanku betapa makmurnya keluargaku walaupun ibu sedikit pemarah namun tetap ada ayah yang sering membelaku . Sebelum kenyataan pahit itu datang , menyatakan bahawa aku bukan anak kandung mereka . Aku sakit hati , aku pergi dari rumah , ayah mengejarkanku dan waktu itu juga ayah kemalangan .

Ibu stres berat dan lama-kelamaan kehilangan kewarasannya . Aku merasa bersalah . Tak sepatutnya aku marah , sepatutnya aku berterima kasih kerana mereka telah mengasuhku sejak kecil.

Penyesalanku berhujung perit . Sehingga kini ayah masih berbaring koma diatas katil hospital walaupun sudah genap empat tahun berlalu dari tragedi itu , Aku yang masih berumur tujuhbelas tahun amat jahil dalam hal keuangan sehingga membiarkan syarikat ayah lupus di telan hutang-hutang yang menggunung dalam masa empat tahun .

Makin lama ayah di rawat makin tinggi tunggakan kos pembayaran rawatan . Aku buntu , hinggalah aku berkerja di sebuah syarikat ternama , gajiku tidaklah besar namun cukup untuk menampung kos pembelanjaan ibu dan kos rawatan ayah dalam sebulan , tanpa menyisakan sedikit dari wang itu kepadaku .

Tiga tahun aku bertahan berkerja disana , pada cuti umum aku akan mencari kerja separuh masa untuk mendapat pendapatan lebih.

Setiap kali melalui pusat membeli-belah yang menjual barangan idamanku, seringkali aku menahan diri untuk tidak membeli benda itu. Ingat , hutang rawatan ayah belum kau lunasi lagi. Hanya itu yangku semat dalam hati.

Hingga suatu hari , pemilik perusahaan mengadakan pesta makan malam tahunan ; yang berlangsung di rumah utama mereka , riuh sepejabat kerana ini kali pertama Nyonya Park mengadakan majlis tahunan di rumahnya .

Aku ikut serta , tapi bukan dengan gaun mewah mahal ataupun perhiasan berkilat megah di tangan tapi sebagai pencuci piring kotor di belakang rumah.

Para tetamu semakin berkurang,menyisakan Nyonya Park yang sedang bersembang ringan dengan beberapa tamu jemputannya.

Aku dan beberapa orang lagi di arahkan agar untuk mengambil pinggan mangkuk yang ada di setiap penjuru ruang.

Sehingga aku menjejakkan kaki ke sebuah bilik yang pintunya terbuka, dalam kesibukkan ku tiba-tiba seseorang menghempas tubuhku ke ranjang .

Aku memekik , menyedari orang itu mabuk dan menjawat sebagai CEO utama tempatku bekerja , selama tiga tahun aku berkerja di perusahaan keluarganya tak pernah aku bertemu dengannya , adapun dalam gambar , itupun cuma sekali . Ini kali pertama dan memang , dia benar-benar tampan mempesona, bola matanya berwarna hitam kelam hampir menarik hatiku , jika sahaja dia tidak melakukan hal-hal kurang adab yang membawaku dalam situasi membingungkan. Aku memberontak tapi tidak mampu memekik kerana dia menyumpal mulutku menggunakan tali lehernya.

Paginya kami dikejutkan dengan teriakan murka dari Nyonya Park.

Tiada yang mampu aku lakukan selain menunduk . Rasa bersalah dan takut menikam diriku. Nyonya Park ialah wanita baik dan sering membantuku , aku tak mahu dia kehilangan kepercayaan dan paling berat ialah memberhentikan aku kerja .

Tapi tidak, dia memang wanita berhati mulia , dia justeru memarahi anaknya dan meminta anaknya untuk bertanggungjawab.

Aku cuba berdalih, bahawa tiada yang berlaku di antara kami , tapi Nyonya Park terus berceloteh tentang tanda kemerahan yang berada di leherku . Saat itu juga aku menunduk dan berharap Jimin mampu meluruskan kesalahfahaman ini.

Namun, dengan santainya dia mahu mempersuntingkan aku. Aku fikir pagi itu dia masih dibawah pengaruh alkohol nyatanya tidak , dia seratus peratus sedar.

Keesokan harinya kami benar-benar menjadi sepasang suami isteri dan aku hampir gila jika memikirkan itu.

Pernikahan kami sangat tertutup, cuma dihadiri orang-orang penting . Pernikahan impianku lenyap bagai di bawa gulungan ombak .

Malam itu juga kami bertolak ke sebuah pulau terpencil yang cuma di huni kami berdua . Apakah aku tak takut ? Tentu aku takut, manalah tahu, ada lanun laut yang jahat . Tapi dengan santainya dia berkata

"kalau adapun , ku biarkan para lanun membawamu."

Mungkin dia diciptakan dengan mulut sentiasa mengucapkan kata yang menyakitkan hati orang. Ya .

"Sedang fikirkan aku?"

Aku terlonjak saat tiba-tiba suara itu berbisik dari belakang. Tanpa menoleh pun aku sudah tahu siapa orang itu.

"Kau fikir, kau begitu penting untukku fikirkan."

"Mana ada pencuri mengaku."
Tangannya dengan berani merayap ke perutku , mengambil posisi memelukku dari belakang.

"Kamu samakan aku dengan pencuri!"
Kataku tidak puas hati sambil menepis tangannya dari perutku .

"Oh kau terasa ?"

Dia meniup daun telingaku dengan selamba , tapi itu membuat aku merinding.

Aku berdiam diri , memandang hamparan laut yang kini sedang mempersembahkan gulungan ombaknya.

"aku mahu pulang."

Dia yang sejak tadi juga berdiam diri kini menempatkan dagunya di bahuku , dapatku rasa dia semakin memperatkan pelukannya.

"kenapa ?" suara berat itu mengalun perlahan

"aku merisaukan ibuku."

Aku meminta tolong kepada jiranku untuk menjaga ibu. Aku takut ibu melakukan hal-hal ekstrem dan menyusah Jung Ahjumma.

"Jadi ?"

"Aku mahu pulang !"
Alunan suaraku meninggi , pria ini jelas mempermainkan aku . Apa sebenarnya yang dia mahu daripada aku ?

Dia terkekeh .

"Calm down , baby girl . Dont be angry."

Ku tepis tangannya dari perutku lalu aku melompat ke bawah , berpijakkan sebuah batu sederhana besar.

"Aku tak mahu apapun, yang aku tahu , aku mahu pulang !"

Aku pergi dari sana, meninggalkan Jimin yang hanya menatapku dengan tatapan yang sulit untuk kufahami. Apa peduliku ?!.

TBC .

Bastard ManTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang