Teh Ais , Sirap Bandung

5.8K 95 17
                                    

Apa kau rasa, bila teh ais meleleh yang kau idam-idamkan tumpah dilanggar monyet? Tumpah tanpa sempat kau meneguk walau sesedut. Apa kau fikirkan bila kejadian tu berlaku di tengah hari terik dan hanya itu sen kau yang akhir buat membasah tekak?

Yeah, kejadian malang itu menimpa aku. Malang memang tak berbau. Tapi srius aku bengang gile!

Aku aim monyet yang langgar aku tu. Kemeja pink! Tak nampak muka sebab hanya dari pandangan belakang. Sangat licik melarikan diri dengan menyusul-nyusup di celah ramai. Selamber dek ja blah tak minta maaf. Demi sejagat raya, jangan harap dapat lepas! Aku dah mempersiapkan kekuda. Baru nak mengejar bahu aku ditepuk lembut.

"Lamanya..?" Aku toleh dan Azreen memandang aku tepat di mata. Sebelum perlahan pandangannya beralih turun pada tangan aku. "Kata nak beli air?" Tak sempat menjawab, Azreen menambah lagi. "Bas dah nak jalan tu. Jom la."

Azreen terus tarik tangan aku dan seperti lembu dicucuk hidung, aku hanya menurut, kami bergegas naik bas. Aku sempatkan diri menoleh ke belakang beberapa kali. Aku ushar bas yang monyet tu naik~ warna biru bas transnasional.

"Bas ke mana Lisa?" Kami sudah di dalam bas. Duduk sebelah-menyebelah dan aku baru habis cerita pada Azreen hal teh ais tadi.

"Bas warna biru~ transnasional" Aku ulang lagi fakta tu pada Azreen.

"Memang la. Semua pun bas transnasional kat situ dan warna biru. Cuma, bas tu ke mana?"

Aku diam. Betul gak kan. Memang tadi kami di stesen bas Transnasional pun. Nape la aku tak terfikir bab bas tu menghala ke mana? Hadei!

"Entah." Tu ja aku jawab dan Azreen dah tergelak-gelak ketawakan aku.

"You ni lawak la." Azreen kesat mata yang berair. Teruk sangat gelak tu.

"Alololo, ni moncong-moncong ni sebab tak dapat teh ais eh? Siannnn dia." Sejujurnya, aku tak tahu la nak cakap rasa terpujuk ke rasa termenyampah dengan si Azreen ni.

"You marah-marah pun, bukan le dapat semula kan teh ais tu yang. Sokay. Nanti bas ni berhenti kat r&r I lanje you teh ais kaw punya."

Tang ni, aku senyum meleret. Azreen ni roommate merangkap classmate aku. Kitorang kenal masa sekolah menengah lagi. Tapi masa tu tak gang pun. Ye la, Azreen ni aktif budaknya. Masuk teakwondoo wakil sampai negeri. Budak kelas sains lagi. Pandai, cantik dan pandai bersosial. Kira dia ni gang budak glamer la kat sekolah dulu. Aku ni biasa-biasa ja. Budak kelas akaun.

"Haha. Comel la you ni. Nah, minum air mineral ni dulu. Basahkan tekak tu sikit."

Selain semua di atas, Azreen ni pun caring orangnya. Pandai ambil hati dan semua yang positif-positif lah. Memula dulu aku tak ambil port pon pasal minah ni. Tapi sejak kami terpelanting kat universiti yang sama, jurusan pun sama dan sekarang sebilik pula, terus jadi kamcing. Tapi menurut firasat aku la, dah orang perfect macam Azreen ni, sesiapa pun selesa nak berkawan. Bukan selesa, suka. Yes, suka lebih tepat.

"Thanks Reen." Aku letak semula botol air mineral pada jaring-jaring seat depan. Aku tepuk-tepuk bantal kecik yang aku bawak dan adjust ngam-ngam biar kepala aku selesa atas bantal tu.

"Nak tidur dah?" Aku celikkan semula mata dan melihat Azreen. Aku angguk kepala dan kembali pejam mata.

"Jom la sembang-sembang dulu." Azreen request sambil cucuk-cucuk pipi aku.

"Ngantuk yanggg.." Meleret ja aku jawab. Tangan Azreen yang cucuk pipi aku tu aku genggam dan bawa ke peha. Duk situ diam-diam, aku nak tido.

Aku dengar suara ketawa Azreen sebelum semuanya hilang. Oh ye, aku memang senang tidur.

BlurWhere stories live. Discover now