REVEAL 2

1.4K 53 12
                                    

MASIH AZREEN POV

"Assalamualaikum, Kak Lisa.." semua mata tertuju arah pintu yang sengaja kami buka.

Liza nampak risau. Berkerut dahi dan mata tepat memandang Lisa. Lisa segera keluar namun sempat beradu pandang dengan aku.

"Kenapa tu?" Ana menyoal dan aku hanya angkat bahu. Ana nampak tak puas hati dan terus bangun menuju pintu.

"Nak pergi mana?" Soalan aku mematikan langkah Ana. Dia berbalik dan kini duduk sejajar dengan aku.

"Kenapa weh?" Wajah Ana nampak bersungguh nak tahu. Sementara aku diam sebab tak de jawapan untuk soalan Ana tu. Yup, aku pun curious dengan situasi tadi.

"Agak2, ada kaitan tak dengan bakul kain Lisa yang jatuh tadi?"

What theeee??? Sumpah aku tak tahu nak marah ke nak gelak dengan statement Ana.

"Apa masalah ko ni Ana?" Ntah apa2 je la analisa awek Ijai ni. Well walaupun dedua tak ngaku, kitorang semua dapat hidu hubungan Ana-Ijai ni macam mana.

"Ye la. Kan pelik. Lama dowh budak Liza tu tak lepak dengan kita. Alih2 muncul muka kerut2 pastu panggil Lisa. Kita ni dia tak tegur langsung pun." Ana menyungut2 sambil jalan mundar-mandir dengan jari telunjuk yang mengetuk2 dagu sendiri. Keras sangat berfikir nampaknya tu.

"Sebenarnya ko ni kenapa? Terasa? Sebab budak Liza tu tak tegur?" Saja aku serkap jarang.

Wajah Ana nampak teruja. Seolah menemukan jawapan untuk rumus add math. Siap petik2 jari dan langsung kembali duduk sejajar dengan aku. Dengan wajah syahdu yang menghadap aku, Ana siap tekan2 dada kiri beliau.

"Aku rasa betul. Hati aku tergurissss." Ana berdrama sambil pejam2 mata.

H.A.M.P.E.H!!!

Aku terus bangun. Ambil mug2 yang kotor dan terus ke tandas untuk mencuci.

"Ko ni, aku cakap dari tadi. Tak de ke nak komen?" Ana membontot aku mencuci mug.

"Komen apa?" Aku ke rak yang fungsinya macam dapur kecil. Mug2 yg telah siap dicuci aku lap sehingga kering sebelum menyusun semula atas rak.

"Pasal Lisa ngan Liza." Aku merenung Ana. Kemudian Jam dinding aku pandang dan aku langsung ke meja belajar.

9 pagi dan masa untuk aku studi.

Dari ekor mata aku dapat lihat wajah tak puas hati Ana. Tapi aku endahkan ja. Perlahan minah tu berjalan ke luar.

"Ana.." dan Ana berpaling pada aku. "Tolong tutup pintu ye." Dan aku hadiahkan senyuman sementara Ana mengangkat jari tengah pada aku. Okey, Ana bengang. 😅

xxxxxxxxxxxx

Jam menunjukkan angka 11 pagi bila Lisa kembali ke bilik kami. Sekilas dapat aku tangkap wajah lesu sebelum Lisa memaksa senyuman sewaktu melihat aku.

"Yang..." Lisa berjalan ke arah meja belajar. Ye aku masih bertekuk dengan dengan buku-buku dari tadi. Wajah Lisa aku pandang dan dia nampak serba salah.

"Yang..." masih memanggil dan aku tetap setia menatap wajah Lisa.

"Erm, kalau I cakap sikit, boleh?" Lisa teragak-agak. Sementara aku memberi isyarat untuk Lisa berterus terang.

"Kalau..." Lisa terhenti. Mata bundar Lisa meliar ke semua arah mengelak tatapan aku. Lisa kenapa?

"Tak de apa lah." Terdengan putus asa dan Lisa beranjak untuk pergi. Namun sempat aku tahan dengan memegang tangan Lisa.

"Speak." Sepatah arahan aku dan Lisa kembali duduk.

"Kalau?" Soalku menyambung ayat Lisa yang tergantung tadi. Lisa nampak menarik nafas.

"Kalau I cuci baju you guna washing machine boleh tak?"

1...
2...
3...

Wow, really Lisa??? Wajah Lisa aku renung lembut. Seboleh mungkin aku taknak Lisa rasa tertekan.

"Baju you banyak yang..luka jari jemari I.." Lisa menunjukkan kesemua 10 jari tangan. Yeah, aku tahu tu semua alasan.

Aku pegang kedua tangan Lisa. Aku belek2 dan menemukan jari beliau yang merah sket tadi. Aku tiup2 dan kembali aku pandang Lisa.

"Dah okey?" Soal ku to the point. Lisa nampak kelu dan hanya mengangguk.

Aku tahu ada yang tak kena. Dan aku tahu Lisa merubah fikiran daripada mahu berterus terang kepada berahsia. Ayat 'kalau' dan alasan yang Lisa berikan tak menyambung.

Cuma...aku putuskan untuk diam dan memerhati...

TBC...

BlurWhere stories live. Discover now