Resah

1.8K 56 4
                                    

Resah hati Lisa, Tuhan saja yang tahu. Berbelah bahagi samada nak masuk bilik atau tidak. Azreen yang tenang, sabar , dan selalu faham dirinya hari ni jadi lain. Tak pernah dalam sejarah persahabatan mereka Azreen bertingkah sedemikian rupa. Ya, mungkin Lisa silap sebab tak update tentang plan mengejut makan McD dengan Sara. Tapi nama lagi mengejut. Benda yang tak dirancang.

Lisa mundar mandir depan pintu bilik sendiri. Tadi bila dengar dari Nina tentang Azreen yang risaukan dirinya, bukan main bersemangat lagi Lisa mahu bersemuka dengan Azreen. Tapi sekarang, Lisa jadi berbelah bahagi. Lisa tak tahu cara bagaimana nak menangani situasi Azreen. Sebab selama ini, yeah! Lisa meraup wajahnya. Seperti tertampar diri sendiri bila memikirkan fakta itu. Selama ini, hanya Azreen yang selalu memberi. Baik dari segi perhatian, ilmu, kasih sayang dan macam-macam lagi.

Dan selama itu juga, Lisa hanya menerima tanpa berfikir perasaan Azreen. Fotostat nota, tiru assignment, plan percutian, beli tiket bas. Arghhhh!!! Kenapa tiba-tiba Lisa rasa dirinya tabeguna??? Kenyataan yang pahit untuk ditelan.

"Yo whatsapp yo!" Ana jadi rappers pulak dan menyapa Azreen yang dilihatnya macam kucing hilang anak.

"Ko dah kenapa Lisa? Mundar mandir depan pintu ni." Kemudian Ana mendekati dan mengangkat wajah Lisa sebelum menyambung, "Ish..ish..ish.. asal buruk beno muka ko ni? Apakah masalahnya?"

Melihat Lisa yang langsung tak merespon, Ana kemudiannya berkawad ke depan bilik Lisa. Namun langkahnya terhenti bila dicegah Lisa.

"Ko dah kenapa? Sejak bila aku tak boleh lepak bilik ko? Jangan cakap.." Ana terfikir benda yang pelik.

"Jangan merepek la Ana. Aku~"

Namun kata-kata Lisa termati di situ bila Azreen membuka pintu dan melangkah ke luar.

"Wei Reen, asal aku tak le lepak bilik ko?" Ana tak tunggu lama terus bertanya.

"Siapa kata tak boleh?" Soal Azreen semula.

"Lisa~" Mata Azreen dan Lisa saling bertatap. Nervous Lisa makin menjadi. Untuk pertama kali Lisa rasa gugup berhadapan dengan Azreen.

"Wei mana aku kata tak boleh." Lisa cepat-cepat memotong. "Dah la, jom masuk." Dengan tergesa-gesa Lisa mendorong Ana untuk masuk ke bilik nya. Lisa hanya menunduk mengelak dari beradu tatap dengan Azreen.

"Apa yang kureeng kat bilik korang ni ye? Macam ada benda yang pelik." Ana mula berjalan mengelilingi bilik berkeluasan 20 x 20 itu. Meninjau itu ini sebelum kembali duduk pada kerusi belajar Lisa.

"Ana, ada Reen tanya kau pasal aku?" Lisa tak dapat menahan diri dari bertanya. Dia benar-benar nak tahu sejauh mana kebimbangan Azreen terhadap dirinya.

"Adusss!" Ana tepuk dahi. "Itu la tujuan aku datang bilik korang ni. Macam mana aku boleh lupa ya." Ana menyalahkan memori otaknya yang kurang bekerjasama.

"Maksud ko?"

"Ada. Reen called aku tanya kot-kot ko lepak bilik aku. Dan lagi dia cakap ko dah lama keluar hantar kereta tak balik-balik. Weh, ko pi mana?"

Dan soalan Ana itu tak sempat Lisa jawab bilamana pintu bilik terbuka dan Azreen sudah masuk lalu duduk di kerusi belajarnya, bersebelahan dengan Ana. Walaupun tak berapa bijak, tapi sebagai seorang manusia waras, Ana dapat menghidu ketidak nyamanan atmosfera bilik kedua gang onar nya itu.

"Ok la. Makanya aku minta diri dulu ye. Lambat memerut kang buasir pulak aku ni." Laju Ana beralasan.

"La, dah nak balik ke Ana? Kejap sangat." Azreen berbasa basi. Sungguh dia tiada mood sebenarnya. Namun Azreen tetap memaniskan muka dan menyapa ramah Ana. Satu hal yang buat Lisa makin rasa hormat dannnn bersalah?

BlurWhere stories live. Discover now