Sirap Bandung

2.7K 67 8
                                    

Berakhir cuti seminggu dan Alhamdulillah aku tak extend cuti sendiri. Haha. Mana tak nya, Azreen keep remind aku pasal jadual naik bas. Aku kadang heran dengan Azreen. Tak faham kenapa dia treat macam aku ni budak bermasalah.

Kadang aku terfikir Azreen terbawa-bawa imej pengawas sekolah dia dulu. Kan aku cakap, aku ni opposite dengan Azreen. Dia pengawas, aku mawas. Zaman sekolah dulu Azreen ni budak harapan. Aku biasa-biasa  ja. Tak aktif dan tak juga pasif. Aku dengan dunia aku sendiri. Cuma ada la juga kes ponteng sekolah, kes tak pakai lencana sekolah. Kes pergi sekolah pakai kasut warna hijau. Benda-benda kecik camtu je la. Ada sekali ja kot, aku menyusup keluar dari sekolah ikut bawah pagar dawai. Bukan lari ya. Cuma aku ikut member pekena bihun sup berasap kat warung makcik belakang sekolah tu. Memang takde la pihak sekolah buat rush kat situ time tu. Cuma hebatnya, cikgu Suhaimi a.k.a cikgu disiplin aku boleh plak kebetulan makan semeja dengan aku kat situ. Jam tepat angka 11 pagi masa tu. Muahahahaha. Sporting kan cikgu disiplin aku. Siap pesan habiskan bihun sup berasap tu, jangan membazir. 😁

Result SPM aku okey juga. 8A 2B. Tak masuk pun dalam list best student. Tak macam Azreen la. Dia scored 10A kot!

"You, sejuk la." Azreen dah menggigil dekat locker dia. Minah tu baru lepas mandi, masih bertuala lagi.

Cepat-cepat aku menghala ke suiz kipas dekat pintu dan kecilkan volume kipas. Dari 5 tukar 2. Azreen say thanks dan senyum. Aku cuma angguk kepala dan teruskan aktiviti aku tadi. Roti gardenia aku sapu peanut butter. Satu lagi aku sapu kaya. Tangkup dua tu dan aku letak kat mesin sandwich macker. Aku buat 2 set, satu untuk Azreen dan satu untuk aku. Sambil tu aku bancuh milo kosong untuk Azreen. Aku pula suka susu fernleaf.

"Sedapnya bau.." Azreen yang dah siap berpakaian terhidu-hidu bau roti bakar. Molek ja dia duduk kat kerusi sebelah aku. Kami biasa breakfast kat meja study yang kebetulan memang terletak bersebelahan. Dah susunan bilik ni macam ni kan.

Ting! Mesin sandwich macker berbunyi dan aku cepat-cepat keluarkan dua set roti tadi dan "auch!"

Agaknya aku sapu kaya atau peanut butter terlebih tadi. Benda tu cair dan sebab kecuaian sendiri, benda tu meleleh kena jari aku. Sakit woo. Panas kot.

Tapi yang buat terkejut, bila Azreen sepantas kilat ambil jari aku, belek-belek sebelum masuk kan ke dalam mulut dia. Azreen hisap sikit jari aku yang sakit tadi. Geli plak rasanya. Tapi perlahan rasa sakit tu hilang. Muka aku yang berkerut pun dah jadi tenang.

"Okay dah?" Soal Azren. Dia dah keluarkan jari aku tu dan masih membelek.

"Dah okay. Thanks Reen."

Azreen dah lepaskan jari aku tadi dan kini ambil alih tugas aku prepare breakfast kami. Kami makan dalam diam dan aku sedikit pelik sebab Azreen tak pula membebel macam selalu. Ye la, Azreen akan bebel bila aku buat benda-benda yang pada dia tak sepatutnya. Contoh terdekat, kes jari aku tadi. Kes macam tu boleh jadi inti ceramah perdana Azreen pada aku untuk isu keselamatan sepanjang hari! Tapi apa pun aku bersyukur. Diam nya Azreen bermakna, tiadalah ceramah untuk aku. Ahakz!

" Jom Reen. Dah 7.40 pagi dah ni." Aku berinisiatif mengajak Azreen untuk segera ke kelas. Untuk hari Isnin, kelas kami mula jam 8 pagi.

Mug yang aku basuh tadi aku dah siap lap dan letak semula kat tempat simpanan. Azreen pengemas orangnya jadi aku dah sedikit terikut cara dia.

"You bawa boleh?" Azreen requests sambil bagi kunci motor pada aku. Honda Wave 125i warna hitam merah~ baby Azreen~ blacky namanya.

Aku naikkan double stand blacky dan mula tekan stater. Sementara tunggu Azreen naik,  mata aku menyapu seluruh ruang parking motor dan mata aku terhenti pada kelibat baju pink. Jarak 10 meter buat visual aku sangat jelas. Aku cam kemeja pink tu. Yes! Itu dia!~ Monyet!

BlurWhere stories live. Discover now