Holiday 2

1.7K 59 19
                                    

     Oh kome durian dah berbunge🎶
     Cepat-cepat pinang anak dare🎶
     Anak dare anak dare bote🎶
     Tinggal dekat hujung kampung sane🎶

Terhenjut2 bahu Ijai mengikut rentak lagu yg beliau sendiri sumbangkan dengan sangat sumbang nya itu.

Fleshback On
Suara Ana yang lain macam dan keadaan krik krik krik bila ditanya samada beliau gaduh dengan Ijai tu tak bertahan lama. Sebab tetib ja Ijai munculkan diri beliau dan duduk di seat pemandu. Dan Ana dengan girangnya cakap~ suppriseeee!!!

🙄🙄🙄

Fleshback Off

Macam2 topik si Ana dan Ijai sembangkan. Tak de pula dengar diorang bergaduh. Berbaik pakat nampaknya. Kereta pun meluncur sederhana laju.

Aku menoleh ke sisi. Bersentuhan hujung hidung dengan Azreen. Ye, bff aku sangat lena berbantalkan bahu kiri aku ni. Kedua tangan Azreen turut memeluk erat pinggang aku depan dan belakang.

"Tido mati ke Azreen tu?" Segera aku menatap mata Ijai melalui cermin pandang belakang.

Aku sekadar mengangguk. Sebolehnya aku tak mahu bercakap. Tak nak tidur Azreen terganggu. Kemudian aku keluarkan fon dan menaip message.

Aku: Ana, tanya jap Ijai, apa kes sampai dia yang drive kete ni? Bukan patut Bengah ke?

Ana: Ko dah kenapa x tanya sendiri ja?

Aku: Reen tido. Tak nak ganggu dia.

Ana: Oo, ok jap.

"Ijai, pasal ko  plak drive kete ni?" Soalan Ana direct to the point.

"La nape? Bukan ko happy ke?" Ijai sempat menoleh pada Ana.

"Bilamasa aku happy? Ko jangan nak perasan ye." Ana tak terima dituduh gembira oleh Ijai. 

"Apa plak? Bukan aku ja. Semua orang pun perasan." Ijai menekan hujahnya. 

"Eeiiii. Mana plak?!" Ana dah membentak beremosi. 

"Dah kalau ko tak happy, yang nyanyi sekali dengan aku tadi tu siapa? Kemain sumbang lagi. Suara ko ja sesumbang macam tu." Ijai makin mencurah minyak.

'Pap!'

"Ko jangan nak cari pasal ye!" Ana, sekali dengan penampar kat lengan Ijai kene dengan dia.

Aku hanya mampu tahan hati. Memang tak boleh harap si Ana ni. Lain aku suruh, lain yang dia buat 🤦‍♀️

"Yang..." Suara Azreen serak manja kat telinga aku.

"Ye..? Bangun dah?" Aku menjawab, melihat Azreen dengan hanya ekor mata sahaja.

"Bising..." Rungut Azreen bila tidurnya terganggu.

Ye memang bisingpun. Dua makhluk mangkuk kat depan tu masih bertikam lidah. Aku pun tak faham, benda-benda kecil pun boleh jadi gaduh.

"Korang!" Okey, ni sebenarnya panggilan aku untuk Ana dan Ijai yang ke-3 kali nya. Suara aku naikkan seoktaf selepas dua panggilan yang awal tadi seperti angin lalu ja buat dua mangkuk tu.

"Nape?" Ana menyoal sambil pusing belakang melihat aku. Sedang Ijai kembali fokus memandu. Terhenti terus sesi kelahi Ana dan Ijai.

"Diam. Reen nak tido." Selamba aku cakap macam tu tapi wajah aku garangkan sikit.

Ana macam nak menjawab sebab mulut dia macam terbuka sket tapi cepat2 aku jegilkan mata dan beri isyarat untuk Ana tengok fon dia. Ana akur ja nampaknya.

Aku: Aku suruh tanya, bukan suruh gaduh. Pandai!!!

Ana: Mangkuk tu mula dulu.

Aku: Dah2, tak yah nak gaduh dengan aku pulak. Ni diam sket. Azreen nak tido. Cepat la tanya Ijai. Ingat, Tanya bukan gaduh.
(Saja aku bold kan ayat akhir tu)

Ana: Ye la, ye la...

"Ada benda. Tapi elok la kita bincang nanti. Sekarang, kita enjoy dulu!"

Ana menoleh memandang Ijai. Kemudian Ana pandang aku. What the...? Aku berisyarat pada Ana dan Ana hanya angkat bahu.

"Tak yah risau la Lisa. Aku tahu dari tadi benda tu yang ko suruh Ana tanya kan. Tapi makcik mangkok ni bukan tanya, cari gaduh adalah."

'Pap!!!' Kali kedua Ijai makan penampar Ana untuk hari ni.

"Jauh lagi ke Jai?" Aku memutuskan untuk ikut cadangan Ijai. Fokus untuk plan holiday kitorang untuk hari ni.

"Dalam 1/2 jam lagi."

Aku memerhati luar tingkap. Menikmati pemandangan yang menghijau. Cuaca pagi yang nyaman dan suhu air-cond yang sejuk buat aku rasa selesa. Azreen makin eratkan pelukan di pinggang serentak dengan hujung hidungnya bergesel dengan pipi aku.

DEG!!!

Aku tarik nafas dalam dan hembuskan perlahan. Fuhhhh... semoga aku kuat!!!

BlurWhere stories live. Discover now