Its ME 1

1.4K 55 26
                                    

Aku tengah sedap minum susu panas cicah biskut merry bila tiba-tiba pintu bilik diketuk dari luar.

Bukan pergi buka pintu sebaliknya aku ambil fon dan terus type whatsapp pada Azreen.

Aku: Yang, where r u?

Fon masih ditangan sementara aku terhendap melihat bawah pintu.

Azreen: Still in class. Y? R u coming?

Aku: Is there anyone looking for me?

Azreen: U r absent, of coz Prof asking.

Aku: Do Prof send some-one to find me?

Azreen: Huh? Haha, I don't think so 😅

Aku: Okok, tq

Azreen: Don't 'okok' me Yangggg... You datang ke tak?

Huhu, serammmm pulak baca ayat Azreen yang ni. Ye aku tuang kelas jam 8~10pagi ni. Aku bagi alasan basi 'sakit perut' pada Azreen dan minah tu bagi macam2 nasihat dan syarat sebelum akhirnya akur untuk tak heret aku masuk kelas.

Aku: Kelas 10~11 pg ni I masuk.

Yeah, itu antara syarat Azreen dan janji aku pagi tadi. Hanya tuang 1 kelas ja..

Azreen: Pastikan datang! Presentation!

Dan aku tersenyum baca whatsapp Azreen yang akhir ni. Ketukan di pintu buat aku kembali melirik. Dengan malas-malas aku bangun juga membuka pintu.

"Kak Lisa.."

xxxxxxxxxxxxxxxx

"Lisa! Baik ko cepat masuk." Terkezut aku dengan keteganga suara Bengah.

"Nape ni?" Aku lihat wajah Bengah yang agak tegang. Aku pulak tercungap-cungap tarik nafas setelah aku bermarathon ke kelas dari kolej.

"Dah 10 minit. Kesian Azreen, teruk dia kene dengan Sir." Tak tunggu lama dengan Bismillah aku ketuk pintu kelas dan masuk.

Keadaan senyap sunyi dannnn muram? Ke tegang? Ke... okey whatever tapi aku dapat rasa atmosphere yang kurang mesra alam.

"There you are!" Aku tak lengah terus ukir senyuman paling manis yang aku mampu. Tak lupa aku hulurkan juga beg plastik mengandungi setin Nescafe Clasico Mild yang sejuk beserta sepeket coklat Cadbury Dairy Milk Orea giant size kepada Sir Huzir.

Okey, biar aku bela diri di sini. Aku dapat info dari para senior, yang Sir Huzir ni kalau nak sejukkan hati dia senang ja. Belanja ja dua benda ni (Nescafe Clasico Mild dan coklat Cadbury Dairy Milk Oreo), segala kesalahan korang akan terhapus dari ingatan beliau! Well, aku ikut petua ja. Untung sabut, selamat la aku. He he..

"I'm really sorry Sir for being late." Wajah sedih dan bersalah aku pasang. Yang ni terjadi dengan sendiri bila mata aku sempat menangkap wajah Azreen yang suram berdiri terpacak depan kelas dengan 🎤  ditangan.

"Hmmm, why so late dear. Your group is presenting right now. Okey-okey, hurry dear.Join your group." Lemah gemalai suara Sir Huzir bersama senyuman merekah. Pfff, syukur Alhamdulillah..

Aku segera berjalan ke hadapan kelas sambil telinga menangkap announcement Azreen yang mempersilakan second speaker dari group kami untuk sesi pembentangan seterusnya.

Yeah, kami dalam kelas Bahasa Inggeris sekarang ni. Disebabkan kami adalah jurusan perakaunan, makanya Sir Huzir mencadangkan agar kerja kumpulan kami buat berkaitan perbankan. Risik punya risik, sebab dia nak tahu bank mana tawar pinjaman perumahan, kenderaan, kad kredit, insurans dan simpanan yang paling menguntungkan. Bijak! Tapi bagus juga, bermanfaat untuk semua. Maklumat tu kami sekelas kumpulkan dan buat buku. Lepas tu jual pada harga RM10 senaskah. Pergh, macam goreng pisang panas kot pensyarah-pensyarah beli. Student pun ramai yang copy. Tak kisah la tu..

Aku hampiri Azreen yang sudah duduk molek di kerusi. Sengaja aku letakkan tangan aku pada peha Azreen dan dia masih tak bergeming. Wajahnya masih bertekuk melihat lantai.

Keadaan berlanjutan macam tu sampaila nama aku kene panggil. Well, its my turn to give a speech! Aku bangkit tapi sempat juga aku bisik pada Azreen.. 'i love u..'

TBC...

BlurWhere stories live. Discover now