REVEAL 4

1.5K 58 5
                                    

Minggu exam dan aku tak cukup tidur. Normal la untuk student last minute macam aku ni. Baru la kelam-kabut nak cover setiap syllabus yang masuk exam untuk setiap subjek. Paling ngeri, aku 7 paper sem ni dengan 24 credit hours. Masak!!!

Dalam hall aku duduk betul2 belakang Azreen. Selain Azreen bff aku, aku pun percaya yg gelombang otak manusia ni boleh berhubung. Maknanya, kalau kita berdekatan dengan orang pandai, kita pun jadi pandai. Muahahahahaha... senang kan teori berjaya seorang Lisa. Hehe..

3 jam berlalu dan kertas jawapan pun telah selamat dikumpulkan. Kini kami bergegas untuk makan dan sambung studi. Azreen masa ni biasanya akan jadi guru tuition aku.

"Okey tak tadi?" Azreen menyoal on the way ke blacky.

"Boleh la. Yang you ajar malam tadi keluar semua." Itu special nya Azreen ni. Dia macam dapat agak soalan yang nak naik. Aku perasan dah lama benda ni.

"Eleh you tu, boleh la boleh la.. keluar result gempak!" Azreen siap cuit2 pinggang aku.

"Hehe..tak lawan you la yang, dekan every sem." Yeah, Azreen memang scorer sejak sekolah.

"You rajin sket je yang. Sket ja naikkan sikap rajin you tu, in sya Allah 4 flat dalam tangan." Wow...biar betik Azreen ni. Nak dapat 3 pointer pun azab, ni boleh sebut 4 flat. Aku buat muka malas layan kat Azreen.

"Yang..." Panggilan Azreen buat langkah aku hentikan dan berpaling. Yup, sebagai tanda protest sebab terasa diperli isu 4 flat tu, aku saja langkah besar2 tinggalkan Azreen kat belakang.

"You dapat 4 flat, apa ja you minta semua I tunaikan." Dan Azreen melintas aku lepas hadiahkan ciuman kat pipi bersama senyuman merekah.

Maksudnya, aku boleh minta Azreen pulak basuh baju aku selama seminggu. Nop, bukan seminggu, sebulan. Tak pun setahun. Aku tengok jari jemari aku. Berbotol losyen aku guna demi dapatkan kembali kelembutannya setelah didera basuh baju Azreen secara hand-wash. Diulangi, hand-wash!!!

xxxxxxxxxxxxxx

"Sejak bila you minum milo tabur ni yang? Manis sangat ni. Tak bagus la untuk kesihatan." Lepas ja makan kat cafe tadi, aku tapaw milo ais tabur kawwww punya. Cuaca agak terik dan milo ais tabur sangat la menggairahkan tekak aku.

"Sekali sekali tak pe kan. Haus la yang. Cuaca terik panas lagi." Aku sedut penuh nikmat milo ais tabur. Perghhhh, kepuasan tiada tara.

"Pelik pula. I ingat you nak tapaw teh ais tak pun sirap bandung." Azreen masih lagi dalam stage analisa.

"Hehe, skali skala tukar selera." Sebenarnya sejak Sara belanja aku milo ais tabur, aku memang dah addicted dengan minuman ni.

Panjang umur..baru terkenang, aku dah nampak Sara dekat hujung cafe. Namun senyum lebar yang aku cuba ukirkan terbantut. Sara berpaling dan membalik arah.

"Yang..." segera aku menoleh ke arah suara. Azreen menatapku. "Ada apa?" Soalnya lagi.

"Takde apa. Jom la.." Tangan Azreen aku tarik dan kami segera beredar.

xxxxxxxxxxxx

AZREEN POV

Wajah Lisa yang terlelap aku pandang. Budak manja nan pemalas ni sedang bertungkus lumus belajar. Minggu exam la katakan.

Dari duduk tegak, aku kini bersandar pada kerusi. Masih wajah Lisa aku tatap tanpa jemu. Wajah manis menawan macam madu lebah. Itu lah wajah Lisa. Budak blur yang tak alert dengan persekitaran. Juga tak alert dengan situasi semasa.

Aku sendiri tak faham. Aku tak tahu apa yg buat aku sangat sayangkan budak sekor ni. Sedang leka dengan fikiran sendiri, tiba2 fon Lisa berbunyi...

TBC...

BlurWhere stories live. Discover now