BAB 4

134 1 0
                                    


"ALHAMDULILLAH, akhirnya kita jumpa jugak jalankeluar," ujar Akid.Dali hanya menjeling rakannya itu. 

"Aku tahu jalan ni boleh bawa kita keluar," ujar Dali,mahu membela diri. 

Mereka berdua nampak tenang.Akid menekan pedal minyak, mahu kereta melunjur lajusupaya mereka boleh keluar cepat dari hutan kecil itu. Tiba-tibaada sesuatu melintas di hadapan kereta mereka. Akidhilang kawalan lalu berhenti di tepi jalan. 

"Apa yang lalu di hadapan kita tadi?" soal Akid, risau. 

Dilihatnya Dali kelihatan begitu cemas. Dia merasakantelah melanggar sesuatu yang besar, tetapi tidak pasti apakahbenda itu.Mereka berdua amat panik dan berdoa supaya tiada lagiperkara yang tidak diingini berlaku kepada mereka. 

"Aku tak tahu. Kau pergi tengok," balas Dali. 

Mukanya pucat seperti banyak kehilangan darah.Akid hanya mengikut arahan. Dia mula melihat disekeliling, tetapi tiada apa-apa tanda yang membuktikan diamelanggar orang ataupun binatang. Akid juga melihat dibawah kereta, tetapi tiada apa-apa yang dijumpainya. Diamenghembus nafas lega. Akid mengetuk tingkap kereta di bahagian penumpang.Dali yang khayal memikirkan sesuatu terperanjat. 

"Tayar kereta pancit," ujar Akid sebaik sahaja tingkapkereta diturunkan.Dali yang terperanjat terus turun dari kereta lalu melihattayar kereta yang pancit. 

"Alamak! Apa nak jadilah, macam-macam hal berlaku,"rungut Dali.Dia mula menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal danmenghembus nafas dengan kasar. 

"Jom kita tukar tayar," ajak Akid.Dia terus membuka bonet dan mengambil tayarsimpanan. 

Dali membantu Akid tanpa banyak soal. Mereka perlubekerjasama untuk cepat keluar dari hutan ini. Sedang merekaleka menukar tayar kereta, seorang lelaki tua sedangmemerhatikan mereka sejak dari tadi. Namun, Akid dan Dalitidak menyedari kehadiran lelaki tua itu di belakang mereka. 

"Assalamualaikum nak. Boleh pak cik tanya?"Dali dan Akid yang sedang menukar tayar terperanjatmelihat lelaki tua itu tercegat di belakang mereka dengansebatang cangkul yang dipikul di bahunya. 

"Waalaikumussalam pak cik," jawab Akid dan Daliserentak.Lelaki kurus dan berkulit pucat itu memandang tepat kearah mereka. 

"Anak berdua buat apa di sini? soal lelaki tua itu.Akid dan Dali berpandanagan sesama sendiri. Peluh yangmenitis di dahi dikesat. 

"Kami berdua nak ke Hotel Seri Malam, pak cik. Tibatibaaje tayar kereta ni pancit," ujar Dali, berterus terang.Pak cik itu hanya mengangguk lesu. Cangkul yang dipikuldibahu diletakkannya ke bawah. 

"Pak cik dari mana?" soal Akid. 

Dia berasa pelik melihat lelaki tua itu. Berjalan seorangdiri manakala pakaiannya lusuh sambil membawa cangkulyang kotor dengan tanah. 

"Pak cik dari tanah perkuburan di hadapan sana. Adaseorang gadis meninggal dunia kerana kemalangan dilanggarkereta di kawasan ni jugak kelmarin," terang lelaki tua itu.Dali dan Akid hanya mampu menelan liur. 

"Di sini ada kemalangan pak cik?" soal Dali dengantergagap-tergagap. 

Lelaki itu itu hanya tersenyum dan mengangguk.Sebelum beredar, lelaki itu telah memesan sesuatukepada mereka berdua yang menyebabkan terus meremangbulu roma mereka. 

"Anak berdua hati-hati ya. Di kawasan ni memangbanyak penunggu. Minggu lepas ada tiga orang pemuda telahterjumpa dengan seorang gadis di tepi simpang jalan kat sana.Mereka telah mengganggu gadis tu dan secara tiba-tiba gadistu telah bertukar menjadi lembaga yang menakutkan," teranglelaki tua itu. 

Langsung Akid teringatkan lembaga yang barudijumpainya di tanah perkuburan tadi. Akid dan Daliberpandangan sesama sendiri. Lelaki itu terus beredar danmeninggalkan mereka berdua tercegat di situ.Dali terus menyambung tugasnya yang terbengkalai. Akidmenarik nafas dalam-dalam sebelum menghembusnyaperlahan-lahan. 

Tanpa berfikir panjang, Akid terus membantu Dali yangterbongkok-bongkok menukar tayar kereta. Mereka haruscepat supaya tiada lagi perkara yang tidak diingini berlakukepada mereka. Cukuplah apa yang berlaku sepanjangperjalanan di dalam hutan ini. Mereka hanya berserah kepadaTuhan supaya melindungi mereka daripada gangguan yangtidak diingini.  

Projek Seram Hotel- Tetamu Tak DiundangWhere stories live. Discover now