PERJALANAN mereka yang memakan masa satu hari daribandar ke Hotel Seri Malam amat berbaloi. Pemandanganpantai yang amat cantik menarik sesiapa sahaja untuk bercutidi Hotel Seri Malam.Dali tidak melepaskan peluang untuk merakamkan saatindah apabila sampai sahaja di Hotel Seri Malam itu.Sementara menunggu Akid mendaftar masuk ke bilik hotel dikaunter, Dali mengambil kesempatan menghilangkan penatakibat seharian duduk di dalam kereta. Dia menghirup udarasegar di tepi pantai sambil melihat pemandangan lewat petangyang mendamaikan.
Dali duduk di atas batu pantai sambil menyaksikanmatahari terbenam. Matanya tertancap ke arah seorangperempuan yang berjalan di persisiran pantai seorang diri.Rambut yang melepasi bahu dibiarkan sahaja mengalunmengikut angin yang menghembus lembut. Blaus putih yanglabuh menambahkan lagi keayuan perempuan itu.Lensa kamera yang tadinya diarah pada matahari yangbaru sahaja terbenam, kini diarahkan pula pada wanita itu.Keindahan pantai pada waktu senja dan keayuan wanita itumenarik perhatian Dali untuk merakam beberapa kepinggambar untuk dijadikan koleksi peribadinya.
"Dali! Buat apa lagi tu? Jom tolong aku angkat barang!"
Suara Akid membingitkan gegendang telinga Dali yangsedang asyik merakamkan pemandangan indah. Dalimerasakan itulah saat yang paling berharga yang tidak akandilupakannya.
"Tak boleh tengok aku senang sikit! Ada yang nakmengacau," omel Dali.Kakinya melangkah malas. Hatinya berat mahumeninggalkan pantai itu.Akid hanya tersenyum sinis.
"Sudahlah tu. Nanti kita sambung ambil gambar," pujukAkid apabila melihat kawannya yang bermuka masam.
Setelah membersihkan diri, Akid terus sahaja memeriksakamera yang dibawa Dali tadi. Banyak juga gambar menarikyang sempat dirakam Dali sepanjang perjalanan mereka keHotel Seri Malam. Tiba-tiba Akid tertarik kepada sekepinggambar yang dirakamkan di pantai tadi.
"Dali, kat mana kau ambil gambar ni? Cantik," puji Akid.Dia merasakan gambar itu adalah paling cantik setakatini.
"Tadi, waktu aku ambil gambar matahari terbenam,"jawab Dali selamba.
"Kau rasa apa kita nak buat dengan duit tu nanti kalaukita menang pertandingan tu?" soal Akid.Dia mula memasang angan-angan.
"Aku rasa aku nak buat business sendiri. Bantu keluargaaku," jawab Dali.
Akid mengusap-usap janggutnya yang jarang. Matanyamemandang siling, terus berangan-angan seolah-olahimpiannya akan tercapai tidak lama lagi.Dali hanya tersenyum melihat Akid yang tersenyumsendirian. Dia mula bangkit dan mencapai tuala yang beradadi atas katil yang disediakan pihak hotel.
"Aku nak mandi dulu, sekejap lagi kita turun makansama-sama," ujar Dali sambil menepuk bahu Akid perlahan.
Lamunan Akid terus terhenti. Akid kemudianmengangguk sambil tersenyum. Dia mencapai alat kawalan jauh di atas meja kecil di hadapannya lalu menekan butanguntuk melihat siaran yang ada di televisyen sambil menunggugiliran untuk mandi pula.
***
SETELAH selesai mengemaskan barang-barang, Dali danAkid mula melangkah laju ke Restoran Selera. Di Pantai SeriMalam ini, Restoran Selera menjadi tumpuan orang ramaikerana makanan lautnya yang segar dan enak. Dali dan Akidtidak mahu ketinggalan untuk mencuba makanan yang beradadi restoran itu.
Akid yang tidak sabar mahu memesan makanan terusmemilih ikan yang segar untuk dibakar dan juga memesandua biji pinggan nasi putih. Tidak lupa dua biji gelas siraplimau. Semua itu untuk mengisi perut mereka berdua padamalam pertama di Hotel Seri Malam. Manakala Dali pulamencari tempat duduk yang strategik untuk mereka berdua.Sambil makan, dapatlah mereka menghirup udara segar padawaktu malam di tepi pantai Hotel Seri Malam ini.
"Kau rasa kita boleh menang pertandingan tu tak, Dali?"soal Akid, membuka cerita sambil menunggu makanan tiba.
"Mestilah! Kau tengok pemandangan kat pantai ni, indahkan," balas Dali dengan riak teruja sambil tangannyadidepakan menghadap Pantai Seri Malam.
Akid hanya ketawa melihat telatah Dali. Dia tahu Daliamat menyukai pemandangan di sini. Dali tidak pernahberenggang dengan kameranya semenjak tiba di Hotel SeriMalam. Apa sahaja yang menarik perhatiannya pasti akandirakamkan dengan menggunakan kamera kesayangannya itu.Tiba-tiba Akid teringatkan sesuatu. Dia berkerut dahimemikirkan sesuatu.
"Apa yang kau fikir tu?" soal Dali.Dia yang dari tadi sedang asyik dengan kameranyaberasa hairan melihat Akid yang tiba-tiba diam.
"Aku teringatkan peristiwa di kaunter pendaftaran tadi,"ujar Akid. Dali memandang tepat ke wajah Akid tanpa berkata apaapa.
"Orang yang bertugas di kaunter tu kata yang semua bilikdi hotel ni habis ditempah, tapi..." sambung Akid, namuntidak menghabiskan kata-katanya.Kelihatan dia sedang memikirkan sesuatu.
"Tapi apa?" soal Dali, tidak sabar.
"Tiba-tiba ada seorang perempuan yang berpakaian putihdatang ke kaunter dan mengatakan masih ada satu lagi bilikkosong bernombor 702. Apabila pekerja hotel tu memeriksasemula di komputernya, memang ada satu buah bilikkosong," jelas Akid.
"Jadi apa masalahnya? Mungkin pekerja hotel tu salahtengok," ujar Dali, berprasangka baik.
"Aku pun fikir begitu, tapi bila aku menoleh semulauntuk mengucapkan terima kasih, perempuan tu dah tak adalagi di situ. Macam ghaib!" ujar Akid, tidak berpuas hati.
Dia mahu Dali tahu yang dia bukan bohong atau merekacerita.Apabila makanan sudah terhidang di atas meja, merekamenyantap makan malam tanpa berbual panjang. Topikperbualan tadi terus diabaikan. Ikan bakar dan nasi putih yangdipesan membuatkan mereka berselera. Apatah lagi adanyaulam-ulaman dan sambal belacan.
***
DALI yang kekenyangan menyandar di atas sofa sambilmenonton televisyen. Akid pula menyambung kerjanyamencari gambar paling cantik untuk dihantar pada pihakjawatankuasa pertandingan. Tarikh tutup pertandingan itudua minggu lagi.
"Aku rasa yang ni paling cantik untuk kita hantar kepertandingan tu," ujar Akid.Dia mengarahkan komputer riba kepada Dali yang sejaktadi khusyuk menonton rancangan televisyen kegemarannya .
"Dali, yang ni cantik tak?" soal Akid, mahukan perhatianrakannya itu.
Namun, Dali tidak mengendahkan kata-kata kawannyaitu. Dia tidak mengalihkan pandanganya daripada televisyen.Akid menjadi hairan Dali duduk tegak di situ sejak tadi.Langsung tidak bergerak mahupun bersuara. Akid menjadirisau.
"Dali, kau kenapa?" soal Akid.
Tiba-tiba sahaja bulu romanya tegak berdiri. Akid mulabangkit lalu mahu menghampiri Dali yang berada di sofa yangberhadapan dengan televisyen. Dia mahu mencuit bahukawannya.
"Hah!" sergah Dali setelah berpusing secara tiba-tiba.
Akid yang sejak tadi teragak-agak mahu menyentuhrakannya terkejut dan terus terduduk di atas lantai.Dali mula ketawa terbahak-bahak. Dia tahu Akid mestidalam ketakutan tadi.
"Kau ni! Main-mainlah. Terperanjat aku tadi!" marahAkid sambil mengurut dadanya.
Terasa jantungnya berdegup kencang dan darahnya terasaturun naik.Dali terus menghamburkan tawa.Akid mula menarik muka masam. Dia duduk semula ditempatnya di hadapan komputer dan menyambung kerjanya.
"Akid penakut! Akid penakut!" ejek Dali sambil ketawa.
Akid hanya diam membisu.Setelah puas ketawa, Dali meminta maaf dengan kawanbaiknya itu dan menyambung menonton televisyen.Akid tidak ambil hati dengan gurauan kawannya. Diatahu Dali memang begitu. Setelah memilih gambar yangdirasakan sesuai, Akid mengambil tempat di atas katil untuktidur.
"Aku tidur dulu, esok aku nak bangun awal. Nak tengokmatahari terbit," ujar Akid lalu menggeliat di atas katil.
Satu hari perjalanan menuju ke Hotel Sri Malammenyebabkan Akid memerlukan tenaga yang cukup untukmelakukan aktiviti pada keesokan harinya.Dali yang masih menonton televisyen tidakmengendahkan kata-kata Akid itu. Dia terus menontontelevisyen sehingga lewat malam.
YOU ARE READING
Projek Seram Hotel- Tetamu Tak Diundang
Ужасы"Ada makhluk lain antara kita!" Akid dan Dali yang bercuti di Hotel Seri Malam menjumpai sesuatu yang bukan hak mereka lalu mengambilnya. Sejak hari itu, pelbagai kejadian pelik telah berlaku. Hidup mereka tidak tenteram lagi kerana misteri mulai mu...