AKID menepuk-nepuk stereng sekuat hati. Percutian yangdirancang dengan baik selama tiga hari dua malam di tempatpercutian menarik berakhir dengan mimpi buruk yang tidakdisangka-sangka.
"Nampaknya kita tidur di sini malam ni," ujar Akid.
Rambut yang tadinya tersikat rapi kini sudah tidakterurus lagi.
"Ini semua salah kau! Kalau kita tak ikut jalan ni tadi, kitatak sesat macam ni!" bentak Akid, tiba-tiba mengamuk.Suaranya tiba-tiba menjadi lantang. Rasa terbuku di dadatidak dapat ditahan lagi.
"Dia sengaja mahu menuduh kau!"
Satu suara berbisik ditelinga Dali.Tiba-tiba sahaja Akid seperti dirasuk hantu, sehingga diamengamuk secara tiba-tiba. Keadaan yang tegang kinimenjadi lebih kalut.
"Kenapa semua nak salahkan aku? Kau buat apa?" soalDali, memulangkan paku buah keras.
Masing-masing diam seribu bahasa.Suara halus itu hanya ketawa apabila berasa puas melihatmereka berdua bertengkar. Dali terus keluar dari kereta danmenendang-nendang tayar kereta, mahu melepaskan geram.Sesekali dia menjerit kuat. Akid tidak mahu keluar. Dia hanya mampu berdiam diri.Jika tidak, perang besar akan meletus. Akid sangat kenal Dali,lelaki jenis kepala angin.Akid membuka dashboard kereta yang berada dihadapannya. Niatnya mahu mencari peta atau apa-apa sahajayang boleh menunjukkan arah ke Hotel Seri Malam, tetapi diaterjumpa sebuah buku diari. Akid mengambilnya danmembukanya untuk melihat apa isi di dalamnya. Tiba-tibaAkid terlihat sekeping gambar dia bersama Dali terjatuh darihelaian buku itu. Akid mengambil gambar itu dan tersenyumapabila mengingati kenangan pada waktu itu.
"Selamat hari jadi Dali yang ke-23!""Akid bersama beberapa orang kawannya yang lainmemberi kejutan sempena sambutan hari lahir Dali di sebuahrestoran yang telah dirancangnya dan pasukannya.
Dali yangditipu Akid bahawa dia kemalangan membuatkan Dali panikdan terus mengikut kawan kolejnya untuk bertemu Akid dihospital.Dali pada mulanya marah dengan gurauan itu. Namun,apabila mengenangkan Akid sihat dan gembira menyambuthari lahirnya bersama teman-teman lain membuatkan Daliberasa bahagia.
"Mari semua kita ambil gambar."
Salah seorang kawan mereka mula mengira dan merekabergaya sakan seperti model bina badan.
"Terima kasih, Akid. aku tak sangka ada kawan sebaikkau," ujar Dali sambil menghulurkan tangan kepada Akid.
"Sama-sama. Kitakan kawan. Kawan sampai mati," balasDali.
Akid dan Dali berpelukan. Itulah kali pertama kasihsayang antara dua orang sahabat terjalin. Hari itu tidakmungkin akan dilupakan mereka berdua.Khayalan Akid tersentak apabila Dali masuk semula kedalam kereta dan duduk di bahagian penumpang. Gambaryang dipegang cepat-cepat disimpan kembali di tempatasalnya. Akid cepat-cepat menghidupkan enjin kereta dan meneruskan perjalanan mereka sebelum hari gelap. Dia hanyadiam seribu bahasa. Tumpuannya terus difokuskan padapemanduannya.
Dali hanya memandang kosong ke luar tingkap. Tiba-tibaDali ternampak seekor kijang yang berlari tidak jauh darimereka. Dali seperti biasa tidak akan melepaskan peluanguntuk merakamkannya menggunakan kamera kesayangannyaitu. Tetapi secara tiba-tiba apabila Dali melihat melalui lensakameranya, dia terlihat sesuatu yang tidak terduga Kelihatanlembaga putih berdiri di sebalik pokok sambilmemerhatikannya. Dali terperanjat. Nafasnya turun naik.Akid yang perasan akan kelakuan Dali yang pelik hanyaberkerut dahi.
"Kenapa ni?" soal Akid.
Sempat dia mengerling tangan Dali yang menggigilmenyebabkan dia menjadi risau.Dali hanya menggeleng berulang kali. Dia tidak mahumenceritakan hal itu kepada Akid.Setelah beberapa minit menyusuri hutan kecil itu, merekamampu tersenyum lega apabila terlihat satu papan tanda yangmenunjukkan arah keluar. Mereka berdua berasa amat legadan masing-masing mengukir senyuman.
YOU ARE READING
Projek Seram Hotel- Tetamu Tak Diundang
Terror"Ada makhluk lain antara kita!" Akid dan Dali yang bercuti di Hotel Seri Malam menjumpai sesuatu yang bukan hak mereka lalu mengambilnya. Sejak hari itu, pelbagai kejadian pelik telah berlaku. Hidup mereka tidak tenteram lagi kerana misteri mulai mu...