SUDAH setengah jam mereka meninggalkan hutan kecil itu.Dali berasa lega apabila mereka sudah berjumpa jalan besar.Percutian yang diidamkan sudah terbayang-bayang dimindanya.
"Tak sabar rasanya aku nak melihat pemandangan indahdi tepi pantai," ujar Dali sambil tersenyum.
Kamera kesayangannya itu bakal merakamkan saat indahmereka di sana nanti.Dali memandang hairan Akid yang tidak senang duduk.Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Akid langsung tidak fokuspada pemanduannya. Sesekali Akid memegang kepalanyayang tiba-tiba terasa pening.
"Kenapa dengan kau ni, Akid?" soal Dali yang tadi hanyamemerhati sahaja.
"Aku lapar," jawab Akid sambil menekan perutnya yangkosong minta diisi.
Semenjak pagi tadi, mereka berdua tidak makan apa-apa.Dali juga merasakan yang sama. Tiba-tiba sahaja perutnyayang kosong bergendang kuat.
"Kat mana kita nak makan ni?" soal Dali.Dia menoleh ke kiri dan ke kanan, melihat-lihat jika adakedai makan yang boleh disinggah.
"Kat sana macam ada gerai makan. Jom kita singgah,"ujar Akid sambil menunjuk ke satu arah.
Kelihatan sebuah gerai makan yang terletak betul-betul dibahu jalan. Akid terus memberhentikan kereta berhampirangerai itu .Tidak ramai orang makan di gerai itu. Mungkinkedudukannya yang agak jauh dari penempatan dan laluanorang ramai menyebabkan gerai itu agak sunyi dengankunjungan pelanggan. Mereka tiada pilihan lain lagi. Dali danAkid membuat keputusan untuk makan di situmemandangkan mereka berdua sudah terlalu lapar dandahaga. Mereka terus keluar dari kereta dan masuk ke dalamgerai itu. Apabila mereka masuk sahaja ke gerai itu, merekatelah disambut mesra seseorang .
"Silakan duduk encik berdua, nak makan apa?" sambutseorang pak cik yang hampir berusia 50 tahun dengansenyuman mesra.
Setelah mengambil tempat yang agak selesa untukmenjamu selera, mereka terus berfikir untuk memesanmakanan.
"Apa yang sedap makan di sini?" soal Dali sambiltersenyum mesra.
Langsung pak cik itu membawa menu yang tersenaraimakanan yang dijual digerai itu. Dali dan Akid tersenyummelihatnya. Kelihatan tersenarai banyak jenis makanan yangmenarik perhatian mereka. Harga yang dipaparkan jugaberpatutan. Mereka terus memesan makanan.
"Bagi saya nasi goreng kampung dan teh ais," oder Dali.Pak cik itu terus mencatatkannya di dalam buku kecilmiliknya.
"Saya pulak mahu nasi ayam dan kopi ais," oder Akidpula.
Dia menyerahkan semula buku menu kepada pak cikgerai itu. Pak cik itu mengangguk dan perasan sesuatu yanganeh.
"Kawan kamu tu tak makan makan sekali?" soal pak cikitu sambil menundingkan jarinya ke arah kereta mereka. Dali dan Akid memandang pak cik itu dengan rasahairan.
"Siapa pak cik? Kami datang berdua aje," soal Dalisambil mula menjengah keluar.Tetapi tiada sesiapa yang dilihatnya disitu.Akid hanya mengangguk setuju.
"Mungkin pak cik salah lihat, maklumlah dah tua," ujarpak cik itu sambil tersenyum tawar.
Mereka serentak ketawa. Tanpa berlengah pak cik ituterus berjalan ke belakang untuk menyiapkan makanan yangdipesan mereka. Akid dan Dali hanya menggeleng melihatgelagat pakcik itu.Mata Akid mula melihat keadaan gerai yang tersusun rapidan mejanya yang beralas bersih dan cantik. Walaupun tidakpunya ramai pelanggan, tetapi gerai itu dijaga dengan baik.Mungkin pemilik kedai ini sangat menitikberatkan kebersihandan kekemasan supaya pelanggan yang datang akan berasalebih selesa.
"Cantik jugak gerai ni," puji Akid sambil menoleh kepadaDali.
Dali hanya mengangguk setuju.Setelah makanan tiba, mereka makan dengan lahap tanpamempedulikan sesiapa.Pak cik yang memerhatikan kedua-dua orang anak mudaitu berasa hairan. Memandangkan tiada pelanggan lain lagiyang memesan makanan, jadi pak cik itu terus duduk di mejaberhampiran sambil terus memerhatikan mereka berdua. Caraberpakaian dan lagak mereka jelas sekali menunjukkan yangmereka berdua bukan penduduk di sini.
"Anak berdua ni dari mana?" soal pak cik itu,memberanikan diri bertanya.
Senyuman tidak lekang daripada bibirnya.Dali dan Akid yang khusyuk makan terus berhenti. Dalimenghirup teh aisnya perlahan.
"Kami dari bandar. Nak pergi ke Hotel Seri Malam.Berapa jauh lagi hotel tu dari sini, pak cik?" jawab Dali sambiltersenyum lebar.Pak cik itu yang tadinya tersenyum lebar terus berubahriak wajah menjadi pucat. Dia menelan liur.
"Buat apa kamu ke sana?" soal pak cik itu dengan riakwajah serius tanpa menjawab pertanyaan itu.
Kelakuan pak cik itu tidak lagi seperti tadi. Dia mulabergerak ke hulu dan ke hilir sambil tangannya muladigenggam erat seperti memikirkan sesuatu.
"Kami nak bercuti kat sana pak cik," jawab Akid.Dali hanya mengangguk setuju.
"Hati-hati di Hotel Seri Malam tu," pesan pak cik itusambil menggoyangkan jari telunjuknya.
Pak Cik itu mula merapatkan diri kepada mereka berdua.Pak cik itu menoleh ke kiri dan ke kanan. Lagaknya sepertimahu memberitahu sesuatu yang sangat rahsia. Matanya yangmembesar membuatkan Dali dan Akid ketakutan.
"Katanya di hotel tu ada penunggu," bisik pak cik itu.
Dali dan Akid terus berhenti makan. Merekaberpandangan sesama sendiri. Pak cik itu merapatkan jaritelunjuknya ke bibir, mengisyaratkan supaya jangan buatbising.Dali terus bangkit lalu membayar duit nasi diikuti Akid.Mereka berdua terus beredar dari situ tanpa menghabiskanmakanan mereka. Kedengaran suara pakcik itu tiba-tibaketawa seperti mengilai. Akid terus menghidupkan enjinkereta dan beredar dari situ secepat mungkin tanpa menolehlagi.
Dalam perjalanan mereka berdua tidak banyak bercakap.Akid yang sedang memandu tidak dapat fokus sepenuhnyapada pemanduan. Dia hanya teringatkan kata-kata pak cik digerai itu. Otaknya berserabut, tidak dapat berfikir denganbetul. Nafasnya dihembus perlahan. Sesekali dia menoleh kearah Dali yang sibuk dengan kameranya.
"Kau rasa, pak cik tadi..." ujar Akid, namun berhentiberkata-kata.Dia mahu meneruskan kata-katanya, tetapi perasaannyabercampur-baur.
"Sudahlah, jangan difikirkan sangat kata-kata pak cik tutadi. Mungkin dia bergurau atau gila," ujar Dali.Dia tidak mahu fikiran Akid terpengaruh dengan ceritahantu yang selalu dilihat di televisyen.
"Habis kalau pak cik tadi bergurau, kenapa muka kaupucat semasa pak cik tadi cakap hotel tu ada penuggu?" soalAkid, tidak puas hati.Dia mahu tahu apa yang difikirkan Dali ketika itu.
"Sudahlah, aku tak mahu kerana perkara kecil ni kitabertengkar. Ingat misi kita."
Dali mahu fokus pada pertandingan merakam gambarpaling kreatif yang disertai mereka. Dia tidak mahu percutianyang dirancang menjadi sia-sia.Akid hanya diam. Dia juga tidak mahu perkara yang tidakdiingini berlaku. Akid membulatkan hati untuk menangpertandingan itu. Itulah tujuan utama mereka ke Hotel SeriMalam itu.
"Aku harap pun begitu jugak," ujar Akid akhirnya.Terus dia melemparkan pandangan ke luar tingkap.Nafasnya dihembus lega. Barulah dia berasa bersemangat danseronok untuk pergi bercuti di Hotel Seri Malam.
YOU ARE READING
Projek Seram Hotel- Tetamu Tak Diundang
Horror"Ada makhluk lain antara kita!" Akid dan Dali yang bercuti di Hotel Seri Malam menjumpai sesuatu yang bukan hak mereka lalu mengambilnya. Sejak hari itu, pelbagai kejadian pelik telah berlaku. Hidup mereka tidak tenteram lagi kerana misteri mulai mu...