Dunia sudah maju. Huruf di papan kekunci ditekan satu dan satu sehingga membentuk perkataan 'Tiket untuk ke Turki'.
Hatinya berdebar-debar menunggu hasil pencarian. Hotel sudah ditempah, aktiviti sudah dirancang, bajet sudah ditetapkan. Hanya pengangkutan saja lagi yang masih belum selesai.
Sibuk melayan hati yang berdegup laju, tiba-tiba jantungnya berhenti dek kerana kejutan apabila anak saudaranya, Anis yang berusia 3 tahun menerkamnya dari belakang sehingga wajahnya menghempap papan kekunci.
"Anis!"
"Haha!" Dia melompat-lompat sambil menarik-narik rambutnya seperti tali yang dipakaikan pada kuda.
"Ya Allah! Anis, turunlah!" Terus kak Raudah yang sedang mengandung itu datang mengangkat Anis dari Alysa Farzana.
"Maaf, ya Lisa. Akak ingat dia tidur." Kakak iparnya, Kak Raudah meminta maaf selepas mencubit anak dara sulungnya itu.
Alysa gelak saja walaupun wajahnya merah menahan geram pada budak berumur 3 tahun itu. "Nama pun budak-budak." Pipi Anis yang menangis itu dicubit geram walaupun perlahan. Segeram-geram dia pun, dia punya kasih sayang. Biasalah budak, dia pun sama dulu, malah lebih nakal lagi. Alysa senyum saja pada Kak Raudah.
"Akak rehatlah, biar Lisa yang masak. Lagipun Lisa dah nak siap dah cari penerbangan. Sempatlah siap nasi sebelum abang dengan mak balik. Akak duduk je, okey? Nanti abang Afza marah pula biar isteri dia buat kerja. Hehe." Kak Raudah dipimpin ke sofa. Kak Raudah hanya mengangguk dan berterima kasih. Anis yang berada disisinya hanya ikut sambil teresak-esak. Mahu pujuk mamanya balik lah tu, Lisa yang kena penyet ni dia buat endah je....
Komputer riba diangkat ke atas meja. Salahnya juga buat kerja sambil berbaring di tengah-tengah ruang tamu. Kalau sesiapa tengok pun rasa ingin terjah, maklumlah Alysa ni kan pujaan ramai. Heh.
Skrin komputer itu dilihat, terus satu laman web yang menawarkan harga paling murah ditekan.
"Lisa! Akak ada goreng ikan tadi! Akak bau hangit!" jerit Kak Raudah dari ruang tamu. Dia bangun ingin ke dapur dengan cemas.
"Ya Allah!" Terus penerbangan dengan syarikat Malaysia Airlines tadi ditekan dan disahkan dengan cepat. Dia berlari ke dapur melintasi Kak Raudah yang terkedek-kedek dengan kandungannya.
Penerbangan sudah selesai. Sekarang, hanya tunggu hari yang ditunggu itu tiba! Dia sudah bersedia!
YOU ARE READING
Au E Alofa Ki A Koe
ChickLitAlysa Farzana. Buat pertama kali, dia mengambil keputusan untuk sendiri. Sudah berapa lama dia hidup bersandarkan keluarga. Kini, dia ingin mencabar diri untuk pergi ke percutian di Turki dengan sendiri tanpa kawan, keluarga atau sesiapa. Apa yang b...