6 | 273 word

93 7 0
                                        

Selipar jepunnya dipegang dengan tangan apabila kaki yang tidak berlapisnya melangkah di atas tar hitam kampung itu.

Air menitis satu dan satu, dari rambut, turun ke gunung senyumannya, kemudian jatuh ke tanah dari dagu.

Dia baru selesai mandi di air terjun. Tenang sungguh rasanya. Kali ini lebih gembira kerana Matua turut serta. Sempat kami berkelah hingga ke petang. Kek Taro dan Sup Kelapa yang dibuat oleh Matua sungguh enak! Hingga Alysa minta resepi darinya. Bolehlah dia masak dan perkenalkan resepi ini di Malaysia.

Itupun kalau boleh pulang.

"Kenapa koe sedih saja ini? Koe tidak gembirakah berada di sini?" Ariihau menegur. Tangan Alysa dia genggam menyuruh Alysa berhenti berjalan dan memandangnya.

"Bukan. Saya..." Air mata yang tertutup dengan senyuman itu akhirnya dibiarkan terlepas.

"Saya rindu Malaysia. Saya nak balik Malaysia." Esakan mula kedengaran. Luluh rasa hati seorang Ariihau bila melihat gadis dihadapannya itu teresak-esak minta pelukan.

Tanpa fikirkan riaksi Alysa, terus tubuh genit itu ditarik ke dalam dakapannya.

"Koe mesti boleh pulang."

"Macam mana? Saya tak ada duit. Penerbangan pulang ke Malaysia tinggal sehari saja lagi. Macam mana saya mahu pulang tanpa tiket? Tanpa duit?" Alysa terus menangis di dada bidang Ariihau. Sememangnya ini yang dia perlukan.

"Esok kita cari duit. Mesti sempat. Sekarang, rehat dahulu. Malam ini hajatnya aku mahu bawa koe ke pesta malam. Koe mesti suka." Ariihau ukirkan sebuah senyuman, cuba mengusir air mata yang jatuh itu.

Alysa hanya mengangguk. Tubuh Ariihau ditolak, cuba mencipta jarak.

Ariihau pantas melepaskannya, rasa bersalah terbit dalam jiwa. "Fakamolemole, au kō 'sē."

"Hah?"

"Minta maaf, sebab peluk koe." Badannya menunduk sedikit tanda hormat.

Alysa hanya senyum kecil dan menggeleng sebelum kembali melangkah. Dia, sopan.

Au E Alofa Ki A KoeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang