3 | 519 word

122 7 0
                                    

FUNAFUTI.

Terpampang besar perkataan itu walaupun dilihat dari atas. Hatinya terdetik, tempat apa ini? Memang ini laluan ke Turki, kah? Tapi kenapa pemandangannya jelas seperti kapal terbang ini sudah mahu mendarat?

Tiba-tiba seorang pramugari cantik datang dan memberi arahan untuk bersedia kerana mereka bakal mendarat. Alysa terkejut, terus pramugari tadi dipanggil.

"Tempat apa ni?" tanya Alysa ragu-ragu. Inikah pemandangan Turki yang sering diperkatakan itu? Bukankah ia perlu dipenuhi bangunan-bangunan cantik dan mencakar langit? Bukan lautan yang luas dengan pokok penuh menutupi bumbung bangunan.

Pramugari tadi senyum, "Funafuti, Tuvalu."

Alysa senyap. Bahasa apa pramugari tadi bercakap? Wajah Alysa ini seperti wajah orang asli Jawakah sehingga perlu bercakap bahasa sepelik itu?

Kapal terbang mula menjatuh. Jadi benarlah kapal terbang ini ingin mendarat? Ini pendaratan kecemasan, kah? Belum sampai lagi destinasinya, kenapa perlu mendarat? Akalnya diasak persoalan satu dan satu. Akhirnya, dia ikutkan saja. Matanya dipejam, cuba untuk damaikan diri.

XX

"Dimana bagasi saya?" Alysa cuba untuk bertutur. Sudah 5 jam dia menanti di sini. Soalan yang sama diajukan. Tapi mereka langsung tidak menjawab. Sudah penat dia mencari sehingga ke dalam ibu pejabat lapangan terbang. Berusaha bertutur hingga perlu melukis agar mereka memahami. Entah apa bahasa mereka gunakan, dia pun tidak tahu.

"We're very sorry. We could not found your luggage." Mereka menunduk. Hatinya rasa sebal, satu kerana begnya tiada, dan satu lagi kerana mereka mampu bertutur dalam bahasa Inggeris. Kenapa tak beritahu awal-awal?

"How can you can't find my luggage?" jeritnya lantang pada pekerja-pekerja di situ. Air matanya hampir menitis. Macam mana dia mahu hidup? Semua keperluannya ada di dalam bagasi-bagasinya itu!

"I already...." Kata-katanya tersekat dek kerana memori yang melintas... Ketika dia terempuh Mat Saleh itu, dia tak ingat untuk mengambil semula bagasinya yang jatuh! Aduh!

Dia tundukkan wajahnya. "I'm sorry." Tanpa berkata lagi, terus dia berlari keluar dari lapangan terbang itu.

Air matanya mengalir teresak-esak. Dompet, baju dan telefon semuanya berada di dalam itu! Hanya dokumen yang dikehendaki saja yang dibawanya bersama di dalam sebuah beg kecil. Arh!

Dia terduduk. Habis macam mana? Hari sudah malam. Dia, sendiri di bumi yang langsung tidak dikenali nama ini. Tanpa duit, tanpa sesiapa. Matanya terpejam rapat sambil mendongak ke langit. Semakin laju air mata mengalir.

Macam mana dia nak balik? Dia tidak ambil pakej pergi-balik kerana kalut ikan hangit. Dia tiada baju untuk ditukar. Dia tiada tempat untuk berteduh.

Tiba-tiba hujan pun sama turun membasahinya yang masih tidak berganjak. Ke mana lagi dia mahu pergi? Dia langsung tidak tahu selok-belok di sini.

Air hujan menitis satu persatu di atas wajahnya. Rasa hilang harapan.

Namun, matanya dibuka semula apabila air hujan tidak lagi dirasai.

Wajahnya terpana melihat seorang lelaki berkulit hitam manis sedang memayunginya.

"E 'lei mea katoa?" Dia berkata dalam bahasa yang entah apa-apa.

"Can you speak English?" Alysa bangun dari duduknya. Memandang lelaki itu yang semakin mendekat kerana hujan.

Dia menggaru belakang lehernya.

Alysa mengeluh sebelum senyum dan menggelengkan kepala tanda tak apa. Lelaki itu senyum janggal.

Tanpa berkata lagi, tangan Alysa, dia heret mengikutnya. Dengan keadaan yang terdesak, Alysa hanya ikut saja ke mana tangan kasar itu membawanya.

Au E Alofa Ki A KoeWhere stories live. Discover now