8 | 361 word

154 11 0
                                        

"Taro Cake! 1$! Taro Cake! 1$!" Mereka sama-sama menjerit.

Setelah hampir 10 minit menjerit perkataan yang sama, akhirnya ada seorang mak cik tua datang dengan cucunya. Dia berinteraksi dengan Ariihau, Alysa hanya menunggu.

Ariihau tergelak mendengar riaksi budak kecil di sisi neneknya. Entah apa yang mereka bualkan. Ariihau mengangguk-angguk.

"15 Kek Taro."

Mata Alysa terbuntang. Serius? Cepat-cepat dia membungkus 15 kek Taro kepada mak cik tua itu. Wang dihulur. Terpampang nombor 20 disitu, not 5$ dicari untuk menjadi baki. Namun apabila dihulurkan, mak cik itu menggelengkan kepala dan terus berlalu.

Dengan wajah terkesima, Alysa memandang Ariihau yang tersenyum. "20$ lagi."

Terus Alysa terloncat gembira. "Yeay!"

Lagi 20$, rancangan mereka akan tercapai! Pulangnya dia ke Malaysia bukan lagi sendiri! Perlian abang tempoh hari menjadi kenyataan! Dia akan pulang dengan seorang Pakwe!

Rezeki tuhan, lagi 50$ diperlukan untuk menampung 2 penumpang kapal terbang ke Malaysia. Matua memberi mereka 10$ dan membantu mereka membuat Kek Taro untuk dijual supaya mereka dapat mencukupkan duit.

"Aku tak sabar mahu jumpa keluarga koe." Ariihau senyum.

Alysa juga senyum, tapi tawar. Mampukah keluarganya menerima Ariihau yang ternyata berbeza dari mereka? Kepercayaan Ariihau juga sudah menjadi tentangan hebat buat mereka.

"Kenapa? Soal agama, koe jangan risau. Sudah lama aku berminat dengan Islam. Aku tolong koe tempoh hari itu juga kerana koe memakai hijab. Aku sudah bersedia, dan aku sememangnya perlukan koe untuk bantu pimpin aku kepada Allah." Allah disebut dengan pelatnya. Air mata Alysa terus jatuh dalam senyumannya.

"Syukurlah."

Mereka berdua senyum bersama. Memori ini, langsung takkan dia lupakan walau sesaat. Bagaimana dia boleh tersesat, bagaimana dia boleh tertinggal bagasi, semuanya memberi satu makna yang indah! Bertemu Ariihau ialah satu nikmat yang paling disyukuri seorang Alysa Farzana. Ditambah pula apabila Ariihau sememangnya ingin memeluk Islam.

Datang ke bumi Tuvalu ini sejujurnya bukanlah satu memori yang indah, tapi dengan hadirnya Ariihau dan Matua, sakit dan perit itu tertutup. Dia rasa selamat, dia rasa dilindungi.

Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.

Mereka memandang satu sama lain.
"Au e alofa ki a koe."

Ariihau ketawa kuat mendengar percubaan Alysa bertutur menggunakan bahasanya.

"Au e alofa ki a koe i. Aku suka koe lebih." Mereka sama-sama senyum.

____
Word : 2994

Au E Alofa Ki A KoeTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang