2 | 342 word

139 9 0
                                    

"Dah sedia ke anak mama ni pergi bercuti tanpa mama?" Wajah Alysa diusap oleh mama dengan wajah sebak.

Tak mahu menangis, Alysa terus ukir senyum. "Mestilah sedia! Anak mama ni bukan budak lagi tau! Anak mama dah besar panjang dah!" Alysa mendabik dada. Abangnya mencebik sambil merangkul pinggang isterinya.

"Besar tak panjang, adalah. Tinggi 150 ada hati nak melancong sendiri." Abangnya perli, terus Alysa menjelirkan lidahnya.

"Abang takut rindu adik, kan sebenarnya! Elleh! Tengok-tengok dia yang menangis rindu orang!" Kaki abangnya disepak geram.

"Buat apa menangis? Abang dah ada Kak Raudah! Kau tu alone lagi. Pergi dekat Turki tu, carilah pakwe satu. Boleh juga mama rasa dapat menantu mata hijau. Ni tak, lonely je. Pergi bercuti pun sorang-sorang. Kesian abang tengok."

Alysa mencebik lagi. Baru saja dia ingin membidas balik kata-kata abangnya, pengumuman berkenaan penerbangan dibuat. Terus Alysa kalut-kalut mengambil begnya dan berlari entah ke mana sebelum kembali terhenti dan berlari ke arah mama.

"Maaf! Tak sempat salam!" Tangan mama dikucup dan mama dipeluk kejap. Abangnya dan Kak Raudah juga sama.

"Setahu aku flight kau arah kiri, kau jalan arah kanan kenapa?" Sempat abangnya menegur.

"Eh? Adik lari arah kanan ke tadi? Habis kiri belah mana?" soalnya bodoh.

Abangnya menepuk dahi, "Nak cakap bodoh kang mama marah! Kiri belah kiri lah bengong!" Tangannya terus menunjuk ke arah kiri, terpampang besar nama Malaysia Airlines di atasnya. Alysa hanya gelak sebelum berlari mengambil beg yang dia tinggalkan.

"Bye!" Tangan dilambaikan pada keluarganya yang masih melihatnya sebelum lambaikannya terhenti apabila terlanggar seorang lelaki Mat Saleh.

Sekali lagi abangnya menepuk dahi melihat gelagat adiknya yang tak habis menunduk dan mengucapkan 'sorry' kepada lelaki itu.

Namun, dalam kerasnya hati lelakinya, dia berasa risau. Alysa masih lagi Alysa yang dulu. Alysa yang cuai, Alysa yang manja, Alysa yang bengongnya setaraf dengan beruk di hutan.

Satu saja dia harap, dia harap Alysa tak masuk hospital gila di Turki sana. Kerana untuk berharap Alysa tidak akan menimbulkan masalah, memang satu harapan yang tidak logik untuk diharap.

Redha sajalah punya adik tak cukup sifat manusia macam tu.

Au E Alofa Ki A KoeWhere stories live. Discover now