5 | 497 word

111 10 0
                                    

"Jadi koe datang untuk melancong?" tanya lelaki kacukan melayu-jerman itu dalam pelat Tuvaluannya.

"Ya, dalam bahasa mudahnya. Tapi tak, dalam bahasa payahnya. Saya nak bercuti di Turki. Entah bagaimana boleh tersalah penerbangan hingga ke sini. Sudahlah sebatang kara, duit dan pakaian pun tak ada. Mujurlah awak datang." Alysa ukir senyum pada lelaki yang bernama Ariihau. Kemudian dia alihkan pula pandangannya pada baju yang sedang dipakainya kini. Baju Matua (mak) yang paling menutup aurat untuknya.

Arii hanya gelak. "Ao, aku lupa. Nasib baik juga, tika itu aku ada urusan dengan majikan aku. Bila ternampak koe yang basah terus aku datang. Tak sangka pula koe ini Malaysian." Dia pula yang menunduk.

Alysa masih tidak tahu apa sebenarnya terjadi. Patutkah dia bertanya? Huh, well. Alysa Farzana ini bukan bodoh sombong orangnya. Baru saja dia ingin bertanya, Arii terus menarik tangan berlapiknya agar berlari.

"Kita mahu ke mana?" ujar Alysa dengan nafas yang tercungap. Ariihau senyum, "Aku mahu jadikan percutian koe kali ini paling bermakna dan bukan sebuah percutian yang sia-sia. Aku tahu tempat cantik di sini. Koe pasti alofa!"

"Alofa? Apa alofa?" Namun soalannya tidak terjawab. Sebaliknya, Ariihau tersenyum lebar dan terus menutup mataku dengan kain yang sentiasa dibawanya.

"Ariihau!" Alysa tersengih sambil marah. Entah kain pengelap apa yang dijadikan penutup matanya kini.

"Buka selipar koe." Selipar Alysa terasa ditarik. Terus kepala Ariihau diketuk.

"Apa ni?"

"Buka sajalah! Kemudian saale!" Kakinya tersentuh pepasir halus. Dimanakah dia sekarang?

"Saale!" Ulangnya lagi. Entah apa yang dimaksudkan dari Saale!

Kakinya disepak, dengan dengusan yang terlepas, Alysa melangkah. Dan alangkah terkejutnya dia apabila kakinya tersentuh air yang sejuk sehingga badannya turut menggigil.

Ikatan dimatanya terasa longgar, selonggar lututnya yang semakin longlai. Pemandangan indah terpampang. Udara tanpa asap kotor dihirup segar. Ariihau disisinya masih lagi tersenyum lebar.

"Suka?" Terus Alysa mengangguk kegembiraan. Kakinya melangkah lebih dalam ke dalam air. Habis basah separuh kain yang dipakainya kini.

"Jomlah, Ariihau! Ini kali pertama saya mandi laut!" jerit Alysa kegembiraan. Namun Ariihau geleng saja. Mungkin dia dah puas telan air laut, sebab itu dia sudah jadi muak. Alysa buat tanggapan sendiri.

Ariihau langsung diabaikan. Dia berenang-renang di situ. Tidak banyak pelancong yang datang. Mungkin kerana di sini tidak punya cukup kelengkapan moden. Di sini persekitarannya kampung, penduduknya juga masih mengamalkan tradisi dahulu kala. Pakaian pun masih lagi berkain batik, persis melayu zaman dahulu. Percakapannya juga seperti melayu, melayu kuno.

Tapi disini, amannya terjamin. Penduduknya mesra sahaja. Sudah ramai yang menegurnya ketika berjalan dengan Ariihau tadi. Dia suka.

"Cepatlah naik ke darat! Masih banyak tempat mahu kita lawat!" jerit Ariihau dari atas. Cepat-cepat Alysa naik semula. Tuala yang dibeli tadi cepat-cepat dihamparkan pada tubuh Alysa. Sedikit sebanyak Alysa rasa kekok. Tapi terus dia berlakon semula.

"Dengan pakaian ini?"

"Sudah semestinya kita perlu pulang dahulu." Ariihau menggeleng apabila Alysa mencebik.

"Tak nak balik lagi..." rengek dia.

"Persis tamaliki." Ariihau senyum sini.

"Hah, apa? Tamaliki? Apa tamaliki?"

Lidah dijelirkan, "Carilah sendiri!" Sebelum dia berlari balik ke rumah tinggalkan Alysa yang masih memberontak.

"Ariihau!"

Ariihau hanya ketawa.

Au E Alofa Ki A KoeWhere stories live. Discover now