•••••
"Yoon Gi...boleh saya masuk?"
Senyap...
"Tukk,tukk,tukk!"
"Saya bawakan minuman untuk awak ni.Boleh saya masuk?"
Sekali lagi aku meminta kebenaran setelah tiga kali pintu biliknya aku ketuk tapi responnya tetap sama.Yoon Gi tidak membuka pintu biliknya untukku malah panggilanku juga tidak bersahut.
Malas nak tunggu lama kat luar bilik dia ni...aku segera memulas tombol pintu lalu membukanya sebelum aku masuk kedalam bilik Yoon Gi bersama dulang berisi secawan Caremel Moccha dan sepiring Brownies cookies yang sedang ditatangku.
Tiba² gegendang telingaku menangkap bunyi air siraman jatuh ke lantai yang datang dari kamar mandi.
"Patutlah tak bersahut aku panggil. Dia tengah mandi rupanya." ngumamku sendirian sebelum aku melangkah mendekati katilnya dan meletakkan dulang yang dibawaku tadi diatas meja kecil disebelah katilnya.
Kemudian aku melangkah ke meja kerja mininya lalu kucapai satu batang pen dan sekeping sticky note yang dah tersedia disitu sebelum aku tuliskan sesuatu diatas sticky note tersebut untuk Yoon Gi.
Dan kemudian aku kembali menuju ke meja kecil disebelah katil Yoon Gi tadi lalu aku menyelit sticky note yang dah terisi dengan tulisanku itu dibawah piring biskut sebelum aku berlalu keluar dari bilik Yoon Gi.
'Saya harap awak terima minuman yang saya buat untuk awak...Min Yoon Gi.'
×××××
Dengan langkah tak bersemangatnya Yoon Gi keluar juga dari bilik mandi setelah hampir setengah jam dia biarkan seluruh anggota badannya dibasahi pancuran air dari penyiram didalam bilik mandi.
Dia cuba nak hilangkan tekanan yang sedang ditanggungnya.Dia cuba nak lari dari kenyataan yang sekarang ni dia dah berkahwin.Bukan Yoon Gi tak nak berkahwin tapi dia tak nak kahwini gadis yang bukan kekasihnya...seperti mana sekarang.
Yoon Gi betul² tertekan dengan keadaannya.Namun disaat Yoon Gi melintasi katilnya untuk ke almari pakaian dia...tiba² dia terbau satu aroma yang cukup dikenali dan digemarinya berada didalam biliknya itu sebelum matanya tertangkap pada satu dulang yang terisi dengan minuman kegemarannya iaitu Caremel Moccha berada diatas meja kecil ditepi katilnya buatkan Yoon Gi terus menukar haluannya dengan mempercepatkan langkahnya kearah meja tersebut.
Dan sebaik tiba dimeja tersebut,Yoon Gi terus mengambil tempat dibirai katil sebelum dia mengambil cawan caremel tersebut lalu menyisipnya penuh nikmat namun sisipannya terhenti sebaik matanya terlekat pada sticky note yang terselit dibawah piring biskut brownies yang turut ada dalam dulang tersebut.
Setelah dia merenung kertas kecil tersebut untuk seketika...akhirnya dia ambil keputusan untuk baca juga isi nota tersebut.
Sticky note tersebut diambilnya lalu ditatapnya untuk seketika..
"Caremel Moccha dan Brownies ni saya buat khas untuk awak.Awak makan ya?Then,malam ni kita dinner sama² boleh?Saya tunggu awak kat ruang makan kalau awak nak.Okey?"
-ur.stranger.wife-
Buat seketika Yoon Gi bisu ditempatnya.Perlahan-lahan cawan caremel yang masih dipegangnya, diletakkan kembali didalam dulang.
'Dia hanyalah stranger dalam hidup aku.Perlu ke aku terima dia dalam hati aku?'
"""""
-Tbc-@Just_Mine
YOU ARE READING
[C]Frost-|myg|-
Short StorySampai bila aku harus tunggu hingga frost dalam hati kau tu hilang... Min Yoon Gi? ××××× Create by:@Just_Mine Year:2k18 Status:Complate DateofDone:-11-Oct-2018-