+Epilogue+

161 19 12
                                    

••••••

7 tahun kemudian....

"Kim Yoon Gi!!Mari sini kamu si budak bertuah!!"

"Andwae!~Omma dah nak naik minyak!"

Mendengarkan saja ngauman garang dari ommanya itu membuatkan si kecil bernama Kim Yoon Gi itu terus mencicit lari bagi mendapatkan appanya untuk minta khidmat perlindungan.

"Appa help Onji appa!Omma dah nak naik minyak!Onji tak nak kena gigit dengan omma!.."rengek Yoon Gi dalam cuak sambil dia mengoncang-goncang kalut bahu appanya tapi appa dia buat derk je.

"Nasib kaulah,Yoon Gi. Kau dah tau omma kau tu mudah naik minyak yang kau pergi buat bagasi omma kau macam kereta tu apasal.Kan dah tak pasal²."balas si appa penuh selamba tapi Yoon Gi pula dah tarik cebik lebarnya.Nak nangislah tu!

"Appa juga yang cakap,kan...yang beg bagasi boleh jadi kereta.Appa pun pernah buatkan...bagasi jadi kereta. Onji cuma ikut apa appa ajar je."

Hah,sudah!Muka si bapak terus berubah cemberut bila si anak mula membongkar satu-satu ajarannya.

Namun belum sempat si bapak ingin bersuara memujuk,telah memetir satu suara ngauman garang dari arah belakang dua beranak tu.

"APAA??!!AWAK YANG AJAR ANAK KITA JADIKAN BEG BAGASI SEBAGAI KERETA,KIM-TAE-HYUNG?!!DAN AWAK PUN PERNAH BUAT MACAM TU JUGAKK??!!OH,GOD!PATUTLAH SETIAP BULAN PASTI BERTUKAR BEG BAGASI BARU KALAU NAK PERGI KURSUS MANA²!RUPANYA NI KERJA KORANG!"

Zzupp,zzupp,zzupp...

Berdesup-desup setiap bebelan dari si isteri menampar gegendang telinga sang suami dan si anak buatkan dua² dah terkulat ditempat mereka.

"Sayang...dahlah tu.Malu nanti kalau jiran² dengar sayang membebel.Lagipun pasal beg je kut.Kan Yoon Gi kecil lagi.Tak kesian ke tengok anak kita terbatas nak buat apa yang dia suka kalau awak marah dia.Lagipun beg bagasi tu kalau rosak masih boleh beli yang baru.Tapi kalau anak kita ni merajuk,entah mungkin sampai ke Lombok sana dia bawak diri."

Namun si isteri yang mendengar bicara terakhir dari Tae hyung terus mencerlung geram pada suaminya.Orang tengah serius boleh pulak dia bagi lawak alien dia.

"Anak kita tak sepelik awak sampaikan bila merajuk pergi lari Lombok.Before awak yang kena selam dalam lombong baik awak berhenti beri ajaran pelik kat Yoon Gi."warning si isteri penuh berapi sebelum dia kembali berlalu dari tempat tersebut bagi menyambung kerjanya mengemas ruang tamu yang baru saja diselerakkan si anak dengan barang mainannya.

Tu dia tak usik studio mini si bapak a.k.a Tae hyung lagi.Entah dah bertimbun mungkin sampah dalam bilik studio suami dia tu.Haish,Tae hyung...kau tak pernah berubah!

Haish,jinja!~

Sekarang baru saya tahu macam mana rasanya bila ada keluarga yang riuh,Min Yoon Gi.

Tak macam sewaktu perkahwinan kita dulu...kini saya lebih sibuk.

Tae hyung seorang suami yang sentiasa punya otak dan perangai diluar kotak.Walaupun anak lelaki saya,saya cuba letak nama dia sempena nama awak supaya perangai dingin dan cool awak boleh lekat dekat dia...tapi bila appanya dah bernama Kim Tae hyung...

Haish,susah!~

Bila diorang berdua bersama rumah ni dah boleh diibarat sebagai medan combet buat diorang.Setiap masa ada je mainan pelik yang diorang akan cuba.

Tapi apapun saya nak ucap...

Terima kasih Yoon Gi, sebab sudi satukan kembali saya dengan Tae hyung. Awak sanggup serahkan syarikat yang awak usahakan selama ini kepada Tae hyung semata untuk samakan taraf Tae hyung dengan keluarga saya supaya senang untuk keluarga saya benarkan Tae hyung kahwini saya.

Awak memang baik,Min Yoon Gi.

Jujur saya kata...saya sedang bahagia dengan hidup saya yang sekarang.Tapi kisah cinta antara kita...saya masih simpan kemas dalam hati dan memori saya...Min Yoon Gi.

Saya masih cintakan awak,
akan tetap cintakan awak,
dan selamanya saya akan setia cintakan awak...
Sebagai stranger husband saya.

(Tak lupa juga sekarang ni anak saya Kim Yoon Gi dah berusia 5tahun.7tahun sudah perjalanan cinta kita berlalu,kan...Yoon Gi?)

......

7 tahun lepas...

"Aku tak pernah suka kau.Tapi aku tak tahu kenapa...hati aku boleh terbuka untuk belajar bercinta dengan kau."

"Mungkin sebab kau wife aku..."

"Walaupun hanya sebagai stranger wife."

......

Yup,Min Yoon Gi...saya hanyalah stranger wife buat awak.Tapi didalam hati stranger wife awak inilah telah awak tanam rasa cinta antara kita.

Tapi kenapa?Awak tetap tanam cinta awak dalam hati saya dulu walaupun awak sendiri dah tahu dari awal...yang awak takkan mungkin akan dapat nikmati detik cinta kita bersama selamanya.

Hati saya tak mampu jadi sedingin awak,Min Yoon Gi.

Walaupun awak hanyalah stranger husband buat saya tapi saya tetap tak mampu untuk berlagak okey setelah kehilangan awak.

Walaupun awak bukan first love saya tapi awak masih tetap...

Suami yang paling saya cintai...

Jeongmal saranghaeyo,my stranger husband...

And,goodbye.

(Adakah frost didalam hati awak dah mulai mencair kini,Min Yoon Gi?)

""""""
-The End-

@Just_Mine

[C]Frost-|myg|-Where stories live. Discover now