•••••
"Tae..."
"Ching..."
Aku dan dia saling terkedu dengan pertembungan secara mengejut antara kami ni.
"Kau--"
"Kau buat apa kat sini?"
Tak sempat aku membuka mulut Tae hyung terlebih dahulu menyoal.
"Ak,aku datang sebab Yoon Gi suruh.Dia cakap nak jumpa aku kat sini.Kau pulak buat apa kat sini?Kau ada kerja kat area sini ke?"soalku pula setelah aku jujur padanya akan tujuan aku boleh berada kat bangunan yang menempatkan sebuah kelas belajar muzik persendirian ni.
"Ani...aku datang sini sebab nak jumpa kawan aku,Suga.Entah apa mimpi dia tiba² je nak ajak aku melepak kat sini."jawab Tae hyung pula buatkan aku terangguk sendirian saat mendengar bicaranya.
"Ooh~.."
"Dahlah,tak payah nak jadi burung belatuk sangat.Jom kita duduk dulu sambil tunggu diorang.Sambil² tu kita boleh sambung borak."
Lantas Tae hyung menggapai tanganku untuk mengikut langkahnya ke arah sebuah meja dan beberapa buah kerusi yang dah tersedia didalam bilik muzik tersebut tanpa sempat aku mencerna dengan jelas akan bicaranya.
Dan sebaik tiba di meja tersebut,terus Tae hyung mendudukkan aku diatas sebuah kerusi sebelum giliran dia pula mengambil tempat berhadapan denganku.Aku dah terkebil,blur dengan tingkahnya.
"Kau ni dah kenapa Tae?Mabuk nasi basi ke?Sweet tak bertempat je?Ni kalau Yoon Gi tertengok nanti dia tuduh aku curang pulak."ngumamku geram dengan tingkah Tae hyung yang suka buat benda ikut suka hati dia.Tapi Tae hyung hanya tayang senyum petaknya padaku.
"Kau makin banyak bercakap ya sekarang ni?Setahu aku masa aku datang rumah kau hari tu kau banyak diam dan sedih je.Ke sekarang ni kau dah bahagia dengan Yoon Gi?"
Namun aku yang mendengar soalan terakhir Tae hyung lantas menggaris nipis senyum sengetku.Tiba² terasa hatiku tercarik dengan soalan Tae hyung walau aku tahu dia bukan sengaja nak lukakan hatiku dengan soalannya.
"Bahagia?...Yup,aku tengah bahagia bekukan hati aku dengan frost yang dia cipta..."
"Itu yang sebetulnya...Tae hyung."ungkapku bernada kendur dan wajahku aku tundukkan dari terus bertatapan dengan wajah Tae hyung.
Aku tak nak Tae hyung terus²an tebak isi hati aku dengan tatapan matanya.Aku tak nak Tae hyung terus tengok kesedihan hati dan aku turut tak nak Tae hyung terus jadi backup aku untuk bangkitkan semangat aku yang kian hilang kerana Yoon Gi sedangkan dulu aku tak mampu jadi backup Tae hyung disaat omma dan appa cuba mematahkan semangatnya untuk bersama aku.
Ini...karma untuk aku,kan?
Namun tiba² terasa tanganku digenggam dan ditepuk lembut oleh seseorang.Perlahan-lahan aku kembali mengangkat wajahku bagi memandang gerangan si dia yang seperti cuba tenangkan aku tu.
Tiba² aku terkedu...
"""""'"
—Tbc—@Just_Mine
YOU ARE READING
[C]Frost-|myg|-
Short StorySampai bila aku harus tunggu hingga frost dalam hati kau tu hilang... Min Yoon Gi? ××××× Create by:@Just_Mine Year:2k18 Status:Complate DateofDone:-11-Oct-2018-