PROLOG

623 27 2
                                    


  Kampung Lama, 1935... 

SATU kampung heboh memperkatakan tentangkehilangan cucu ketua kampung yang bernama Suraya. Sudah dua hari orang kampung mencarinya. Namun tidakjuga menemuinya. 

"Sabarlah Itam, anak kau pasti selamat." 

Salah seorangpenduduk kampung cuba untuk memberikan kata-katasemangat kepada seorang ibu yang kehilangan anaktunggalnya. 

"Mana boleh sabar, Yam. Kalau anak kau yang hilang, macam mana?" Itam meluahkan apa yang dirasakan. Manakala yang lain hanya mendiamkan diri. Tidak beranimasuk campur. 

"Sabar Itam, jangan ikutkan perasaan marah kau tu." 

Seorang lagi teman rapatnya juga tidak mampu mengawalkemarahan Itam. Sememangnya Itam dikenali seorang yang sangatgarang dan degil. Suraya adalah satu-satunya peninggalanharta bersama arwah suaminya. Dia sudah tiada sesiapaselain Suraya. Dia mahu menuntut bela. Seseorang pastibertanggungjawab atas kehilangan anak perempuannya. 

"Aku akan balas dendam!" Janji Itam pada dirinyasendiri. 

Penduduk kampung yang lain juga gerun dengan sikapItam. Ilmu tinggi yang dimiliki oleh Itam yang7diperturunkan oleh bapanya dahulu menyebabkan orangdengki dan busuk hati dengannya. Malah, Itam juga dilantik menjadi ketua di KampungLama itu menggantikan bapanya yang meninggal setahunyang lalu. Dia dipertanggungjawabkan untuk menjagaKampung Lama ini sebaik mungkin. 

Malam itu, Itam tidak dapat tidur lena. Suara anaknyasering terngiang-ngiang di cuping telinganya. 

"Suraya... anak ibu." Hati Itam merintih, namun tiadasiapa yang tahu. Dia nekad untuk membalas dendamdengan ilmu yang dimilikinya. 

"Ya, balas dendam adalah perkara yang patut dilakukankepada seseorang yang kejam!" kata salah seorang yang adadi situ. 

"Jangan biar dia terlepas, Itam!" Kedengaran lagi satusuara yang mengapi-apikannya. Itam menjadi lebih marah. 

"Aku takkan lepaskan mereka yang terlibat ataskehilangan anak aku! Argh!" jerit Itam, melepaskankemarahannnya. 

Jeritan itu membuatkan semua penduduk kampungtakut mendengarnya. Tiada siapa yang mampu menghalangnya lagi. Setelah beberapa tahun, Itam dikatakan menjadi giladan sasau akibat kehilangan anaknya. Ada yangmengatakan dia termakan sumpahannya sendiri, lalu meninggal. Ada juga yang mengatakan dia menghilangkandiri entah ke mana bersama orang-orang kampungnya yangsetia. Ghaib tanpa sebarang jejak sehingga kini.  

Projek Seram Tren - GhaibWhere stories live. Discover now