HASSAN hairan melihat di sekitar kawasan Stesen KeretaApi Lama yang tadinya lengang, kini dipenuhi ramai orang. Mereka seperti sedang menunggunya di hadapan bangunanstesen itu. Hassan yang baru turun daripada keretaterpinga-pinga.
"Tuan, kami daripada penduduk kawasan ni minta tuanhentikan penyiasatan kat sini. Tak ada gunanya tuan terusmelakukan sisasatan," ujar salah seorang daripada mereka.
"Kenapa pulak saya nak buat begitu? Ada perompakterlepas dan kamu semua mahu mereka dibiarkan begituaje?" soal Hassan kembali. Soalan itu membuatkan mereka yang lainnya terdiam.
"Tuan tak tahu apa yang tuan sedang hadapi sekarangni. Mereka akan marah dan kami yang akan menjadimangsanya kelak!"
Seorang wanita tua muncul di antaramereka. Hassan terus diam. Mata wanita tua itu buta dibahagian kiri dan menggunakan tongkat untuk berjalan. Dia kelihatan lebih dihormati daripada yang lain.
"Kat sini pelbagai kejadian telah terjadi sejak dulu. Tuan sendiri jugak tak dapat bayangkannya jika mak cikceritakan. Namun, apa yang berlaku dulu akan kembali jikatuan ganggu kediamannya. Masalahnya, kami yang akan menjadi mangsanya." Wanita tua itu sedaya upaya cubamenahan marahnya.
"Saya tak faham apa yang mak cik nak beritahu. Sayadah tak ada masa sekarang ni." Hassan sudah bosandengan kepercayaan karut yang belum tentu kesahihannya. Zaman sudah banyak berubah. Begitu jugapembangunan dan kepercayaan. Hanya mereka yangtinggal di kawasan terpencil sahaja percaya akankepercayaan karut itu.
"Jangan nak mengarut. Kamu sendiri yang mereka-rekacerita ini dan membuatkan semua orang takut. Saya takkanlepaskan kamu semua jika perkara begini berulang lagi. Faham!" Hassan merengus kasar sebelum beredar dari situ. Sedang dia berpaling, lengannya dipaut kasar oleh makcik tua itu.
"Jangan terlalu sombong. Kau belum tahu apa yangada di sebalik bangunan Stesen Kereta Api Lama ini," ujarwanita itu sambil melirik tajam ke arah Hassan. Hassan yang berasa kurang selesa terus merentaptangannya dan segera beredar dari situ dalam keadaan yangamat marah.
"Ali, awak halau semua orang yang sedang berkumpulkat luar bangunan stesen ni. Jangan biarkan merekasebarkan berita-berita palsu dan menakut-nakutkan orangawam yang menggunakan Stesen Kereta Api Lama ini,"arah Hassan kepada anggotanya.
Ali yang mendapat arahan terus bergegas ke sana. Namun sebaik sahaja dia sampai, tiada sesiapa yangkelihatan di situ. Kawasan tempat kereta juga lengang. Tiada sesiapa pun yang berkumpul di sana.
"Mana dia? Mungkin mereka dah pergi agaknya." Aliterus berpatah balik dan kembali menyambung tugasnya. Angin terus berhembus. Tindakan Hassanmembuatkan penduduk di situ amat terkilan dan marah.
"Mereka belum tahu apa yang bakal mereka hadapikelak." Wanita yang buta mata sebelah kiri itu kedengaranhampa.
"Mereka akan tahu padah dan akibatnya nanti keranatidak mendengar amaran kita," sahut satu suara.
"Dia akan tahu akibatnya nanti jika tak mendengarkata." Wanita tua itu berasa sangat hampa. Akhirnya suara itu berlalu pergi bersama angin. Bukanmereka tidak memberi amaran, hanya yang betul-betullayak sahaja dapat menangani dan lepas daripadacengkaman roh jahat itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Projek Seram Tren - Ghaib
Horror"Jangan turun sebelum kau sampai ke destinasi! " Hassan seorang anggota polis yang amat berdedikasi. Pada suatu hari dia terjebak dalam satu kes yang luar biasa. Kes tiga perompak yang melarikan wang tebusan dengan kereta api menjadi rumit apabila k...