HASSAN telah mengarahkan anggotanya untuk berjagajagadi stesen kereta api yang seterusnya. Berkemungkinanbesar ketiga-tiga perompak itu akan melarikan diri diStesen Kenanga Jaya.
"Kau ingat kau boleh lepas?" dengus Hassan sambiltersenyum sinis. Dia pasti akan dapat menangkap perompak-perompakitu dalam masa yang singkat.
"Kami semua dah sedia, tuan." Seorang anggota yangditugaskan mengawal di Stesen Kenanga Jaya telahmembuat persediaan rapi untuk menyerbu kereta api yangdimaksudkan.
"Bagus, saya akan ke sana segera." Hassan bergegasmenaiki kereta polis bersama pasukannya untukmenangkap perompak itu. Dia tahu pasukannya tidak akanmenghampakannya.
Pon! Pon! Pon!
Kedengaran bunyi kereta api yang dimaksudkan darijauh. Semua anggota telah bersiap sedia untuk menangkappenjenayah tanpa mencederakan orang awam yang beradadi dalam kereta api itu. Semua anggota menanti dengan tenang.
Sebaik sahajakereta api itu berhenti dan pintu dibuka, pihak polisterpaksa menunggu para penumpang untuk turun sambil memerhatikan mereka jika kelihatan mencurigakanbersama dengan seorang kanak-kanak. Orang ramai yang berpusu-pusu menyebabkan pihakpolis tidak dapat mencari perompak itu sehinggalah keretaapi lama itu beredar ke destinasi yang berikutnya.
"Ada apa-apa maklumat?" soal Hassan, termengah- mengah apabila mendengar bunyi kereta api yang mahu beredar. Dia berharap anggotanya dapat apa-apa petunjukmengenai perompak itu.
"Maaf tuan, kami tak dapat apa-apa maklumat lagi," ujar anggotanya yang mengetuai pasukan itu sambiltertunduk. Dia juga tidak dapat berbuat apa-apa. Para penumpangyang berpusu-pusu keluar telah menghalang dia daripadamasuk. Mereka seolah-olah menghalang para anggota polis untuk memasuki gerabak. Malah, pintu kereta api jugaditutup dengan pantas dan terus beredar.
"Macam mana kau orang buat kerja?" herdik Hassan. Dia tidak menyangka benda yang sekecil itu tidak dapatdilakukan oleh anak buahnya yang ramai. Alasan yang diberikan sungguh tidak masuk akal. Hassan melepaskan geram ke dinding. Nafasnya turun naik.
"Ah!" Hassan melepaskan keluhan. Dia dapatmengagak seperti ada yang tidak kena. Sewaktu dia mahu menuju ke Stesen Kenanga jugatelah dihalang oleh orang ramai yang menghalang jalannya. Dia mula berfikir dari mana datangnya orang yang begituramai di tengah jalan.
Sebaik sahaja Hassan melepasi mereka, dia sempatmelihat ke cermin sisi, tetapi tiada sesiapa pun yangkelihatan di jalan itu. Dia juga agak pelik apabila laluanuntuk ke Stesen Kenanga juga terasa lebih jauh daripadayang sepatutnya. Dia seolah-olah telah melalui laluan itusebanyak tiga kali!
"Apa yang berlaku sebenarnya?" soal Hassan sendiriansambil berfikir.
Kali ini Hassan nekad akan menangkap perompak- perompak itu. Dia mahu tahu apa yang sebenarnya berlaku dan pelik dengan kehilangan perompak-perompak itusecara tiba-tiba di Stesen Kereta Api Lama.
Walau bagaimanapun dia telah mengarahkananggotanya untuk mencari di kawasan yang berdekatan. Ada kemungkinan juga mereka telah turun di antara stesenkereta api itu untuk mengaburi mata pihak polis dan laribersama duit rompakan itu. Hassan terus beredar menuju ke Stesen Kereta ApiLama semula.
"Jika ada apa-apa maklumat mengenai ketiga-tigaperompak itu, cepat lapor pada saya." Hassanmengingatkan anggotanya yang bertugas di stesen itu. Para anggota yang lain mengikut arahan itu dan mulabersiap sedia.
***
SYAFIQ memandang kosong ke luar tingkap. ManakalaKamil hanya diam. Dia tidak pandai melayan kanak-kanak. Tiba-tiba dia ditegur oleh Syafiq.
"Abang pernah nampak hantu?" Tiba-tiba sahaja diaditanya sedemikian.
Kamil hanya diam. Terasa seram tiba-tiba apabiladitanya mengenai hantu. Meremang bulu romanya. SekilasKamil memandang ke arah Syafiq yang tidak lepas daripadamemandang ke luar tingkap. Entah mengapa dirasakanbudak ini seperti ada sesuatu yang sukar difahami olehnya.
"Abang... tak pernah," jawab Kamil tergagap-gagap, tidak pasti dengan jawapan yang diberikan.
Terdengar ketawa kecil daripada Syafiq yang seakan- akan mengejek. Kamil menelan liur. Dia menoleh kesekitar gerabak, namun kawan-kawannya tiada di situ. Gerabak itu kosong.
"Abang tahu, dulu ada sebuah kereta api yang terlibatdalam kemalangan. Ramai penumpang yang mati. Ada orang kata roh mereka masih lagi bergentayangan dikawasan kemalangan itu." Syafiq yang masih memandangke luar tingkap hanya menyambung perbualan tanpamenoleh ke arah Kamil. Kamil mengerutkan dahi.
"Habis, apa kena-mengena dengan aku?" Kamil hanyamenjeling tajam.
"Kalau abang nak selamat daripada diganggu oleh roh- roh mereka yang tak tenteram itu, jangan keluar dari keretaapi ni," sambung Syafiq lagi. Kali ini Kamil berasa seram sejuk.
"Macam mana kau tahu?" Kamil hairan melihat Syafiqsejak tadi tidak berkutik. Perbualan mereka tidak berhenti di situ sahaja. Syafiqmeneruskan ceritanya. Manakala Kamil pula tidak selesadengan kisah itu.
"Ada orang kata, ada lintasan kereta api yang akanmelalui Stesen Kereta Api Lama ini setiap sepuluh tahunsekali. Apabila itu terjadi, pasti akan ada pengguna awamyang hilang. Sebab tu ada yang mengatakan Stesen KeretaApi Lama itu berhantu. Kamil menelan air liurnya, namun terasa pahit dikerongkong. Dia mahu beredar. Namun, kelibat Saad danJamal tidak pula kelihatan ketika ini. Mana mungkin diameninggalkan Syafiq seorang diri di situ.
"Aku tak nak dengar lagi, mengarut aje kau ni," dalihKamil. Sesekali kedengaran suara Syafiq ketawa mengejeknya.
"Kau bercakap dengan siapa tu?" Saad yang tiba-tibamuncul entah dari mana menegur Kamil yang sepertisedang berbual.
"Kau tak nampak ke? Aku tengah..." Kamil menolehke arah Syafiq yang duduk di sebelahnya. Dia terperanjat apabila melihat Syafiq sedang nyenyaktidur di sebelahnya. Kamil terkedu.
"Kau nampak Jamal?" soal Saad sambil melihat kesekeliling.
"Entah, mana aku tahu," jawab Kamil acuh tidak acuh.
Sebal pula apabila mendengar nama Jamal. Saad terusberedar ke gerabak sebelah, mencari Jamal. Kamil berfikir sebentar. Dia memandang wajah Syafiqyang sedang lena, lalu menghela nafas panjang.
"Dengan siapa aku bercakap tadi?" soal Kamilsendirian.
Dia hanya menggeleng lemah. Sesekali menguapkerana terlalu mengantuk. Mungkin keletihan kerana darisiang tadi dia belum lagi tidur. Jam juga sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Diaberfikir ada baiknya dia tidur seketika. Sebelum melelapkanmata, kelihatan susuk tubuh Saad sedang mengambiltempat duduk di bangku kosong berhampirannya. Mungkin dia juga keletihan.
"Haa... Haa... Kamil..." Terdengar sayup suaramemanggil nama Kamil. Kamil hanya memandang kosong, keletihan. Kelihatansusuk tubuh yang lalu-lalang di hadapannya. Kelibat yangbayang-bayang hitam itu seperti kelihatan keluar masukmelalui tingkap dan pintu kereta api.
"Abang, tolong saya..."
Terdengar esakan seorangkanak-kanak perempuan. Kamil tidak pernah melihatnya sebelum ini. Dia mahulari, namun tidak terdaya untuk bangun. Tubuhnya seolah- olah dihimpit dengan benda berat. Dia kaku di situ. Diahanya dapat melihat sahaja kanak-kanak itu ditenggelamikelibat bayang-bayang yang lalu-lalang di hadapannya, kemudian hilang. Nafas Kamil turun naik. Dia seakan-akan tidak percayadengan apa yang berlaku di hadapannya ketika ini. Matanyajuga secara perlahan tertutup rapat tanpa sesiapa punmenyedari apa yang berlaku kepada dirinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Projek Seram Tren - Ghaib
Horror"Jangan turun sebelum kau sampai ke destinasi! " Hassan seorang anggota polis yang amat berdedikasi. Pada suatu hari dia terjebak dalam satu kes yang luar biasa. Kes tiga perompak yang melarikan wang tebusan dengan kereta api menjadi rumit apabila k...