SUASANA di dalam tren yang dinaiki mereka kelihatanlengang. Tidak ramai yang berada di dalam tren itu. Kamilyang duduk di salah sebuah kerusi kosong memandang kesekeliling. Tiada sesiapa pun yang kelihatan, hanya dia danbudak yang baru diculik itu.
"Siapa nama kau?" soal Kamil sambil memandang kearah budak yang diculiknya itu.
"Syafiq," balas budak itu sepatah.
"Syafiq?" ulang Kamil.
Budak dalam lingkungan umur sembilan tahun itu hanya mengangguk. Keadaan menjadi sunyi semula, tiadaapa yang mahu dibualkan. Kamil mengeluh. Jauh di suduthatinya untuk mengapa-apakan budak itu. Diamengarahkan budak itu duduk bersebelahan dengannyasupaya senang dia memantau gerak-gerinya.
"Manalah dia orang ni pergi, lama sangat." Kamil mulaberasa bosan. Dia akur sahaja bila diarahkan oleh Jamal untuk menjaga budak itu.
***
JAMAL dan Saad pergi meninjau-ninjau ke gerabak yanglain. Kelihatan ada beberapa orang sedang duduk di tempatmereka. Mungkin mereka tidak perasan apa yang berlaku diStesen Kereta Api Lama tadi. Jamal dan Saad hanya mengangguk sesama sendiri. Dalam diam mereka mempunyai rancangan yang tersendiri. Saad mengambil beg rompakan secara diam tanpapengetahuan Kamil.
"Mana kita nak sembunyikan duit ni?" Saad seakan- akan berbisik, tetapi dapat didengar dengan jelas olehJamal.
"Tunggu sini, biar aku uruskan." Jamal tersenyumsumbing.
Dia melangkah perlahan menyusuri jalan kecil diantara penumpang yang sedang melakukan hal merekamasing-masing. Ada seorang lelaki yang sedang tidur nyenyak. Manakala seorang lagi pula sedang mendengar muzikmenggunakan earphone sambil membaca majalah. Danseorang lagi wanita sedang bermain dengan telefonpintarnya.
"Line clear," ujar Jamal memberi isyarat tangan kepadaSaad. Saad yang masih terpinga-pinga dengan rancanganmereka mahu menyembunyikan duit itu.
"Kau nampak tak beg tu?" soal Jamal sambil menudingjari ke arah sebuah beg hijau milik penumpang yangmemakai earphone itu. Saad hanya mengangguk, namun tidak faham apa yangingin dimaksudkan oleh Jamal.
"Kenapa dengan beg tu?" soal Saad.
"Kita masukkan duit rompakan ni ke dalam beg diasebelum kita sampai ke stesen yang berikut. Polis mestisedang menunggu kita kat sana. Kalau dia jumpa duit ni, habislah kita semua," terang Jamal.
Saad hanya mengangguk tanda setuju. Dia juga tidakterfikir akan perkara itu. Jika polis menahan mereka nanti, mereka tiada bukti. Lagipun pihak polis mungkin belummengecam wajah mereka lagi. Senang untuk merekameloloskan diri nanti daripada tertangkap.
"Betul jugak cakap kau. Sepatutnya dari dulu lagi kaujadi ketua kumpulan kita. Bukan si lembap tu," ujar Saadsambil menjuihkan bibirnya.
Jamal hanya tersenyum bangga. Dari dulu lagi dia inginmengetuai kumpulan itu. Dia telah aturkan segalanyasupaya dapat mengetuai kumpulan itu tidak lama lagi. Sedang mereka berbual di kerusi kosong itu, lelaki yangmereka perhatikan sejak tadi telah bangun dari tempatduduk dan meninggalkan barang-barangnya.
"Ini peluang kita." Jamal terus melangkahmenghampiri tempat duduk lelaki itu dan mengambil begitu perlahan-lahan supaya tidak diketahui oleh penumpanglain.
Jamal dan Saad terus memasukkan duit rompakan kedalam beg penumpang itu dengan segera. Sempat juga Saadmengambil pakaian penumpang itu untuk ditukarpakaiannya. Setelah selesai, Jamal meletakkan semula beg itu ketempatnya. Kemudian mereka segera kembali ke gerabak dimana Kamil dan budak yang diculik itu berada sebelumKamil mengesyakinya.
![](https://img.wattpad.com/cover/160732193-288-k7592.jpg)
YOU ARE READING
Projek Seram Tren - Ghaib
Horror"Jangan turun sebelum kau sampai ke destinasi! " Hassan seorang anggota polis yang amat berdedikasi. Pada suatu hari dia terjebak dalam satu kes yang luar biasa. Kes tiga perompak yang melarikan wang tebusan dengan kereta api menjadi rumit apabila k...